2009年7月22日水曜日

SOLOK LADA


solok lada ni kl pekena dgn nasi kerabu ....perrrrrrhhhh!!!sungguh nikmat. Oleh sbb xder kerajinan nk buat nasi kerabu jdnyer hentam jer dgn nasik putih biasa....pun sedap jugak!!!!hihihiiii.

nk buat nyer sgt la ringkas tp kat sini susah nk jumpa cili,xkira la cili kecik ker cili besar ker mmg amat2 jrg kelihatan...kl ader pun mgkin yg t'sesat kot!

cara ku buat sama dgn resepi ni, jd ku c&p jer la dr MyR...resepi dr umifeeza,

Bahan-bahan ( 5-8 biji -bergantung saiz cili )

* 5-8 biji cili hijau
* 3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
* 1/2 cawan kelapa parut putih
* 3-4 biji bawang merah
* 1 sudu teh lada hitam
* 1 cawan santan
* Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.
2. Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.
5. Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.
6. Angkat dan bolehlah dihidangkan

2 件のコメント:

blogresipi さんのコメント...

Sedapnye solok lade... makan ngan nasik putih pon sedap jugak tue...

are さんのコメント...

kat sana ader ker cili yg besar2 ni...kl ader boleh buat jugak!!