ラベル mee の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル mee の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年8月17日月曜日

MEE BANDUNG DAGANG


sedap la mee bandung ni....xrugi mengetest resepi ni,sesaper yg suker mee bandung cuba la tyr resepi ni...

ku cilok dr Myr,tq dagang!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 500g udang kering segar
* cili untuk menumis
* gula pasir
* bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
* bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
* mee kuning 1 peket
* sotong basah
* telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
* Sayur sawi 2 ikat
* tauhu goreng 5 keping
* garam
* air untuk kuah
* 5 biji tomato segar
* minyak untuk menumis
* daging (optional)
* Bawang goreng

Cara-cara

1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
4. Cuci mee kuning dan toskan
5. Potong sayur sawi dan tomato
6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
14. Makan semasa panas
15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

2009年8月6日木曜日

MEE HAILAM MENYENGAT


resepi c&p dr MyR...sumbgn intanredha,timakasih empunya resepi.
cubalah...sedap!!!

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

* Sedikit daging lembu dihiris nipis. (Ikut suka berapa banyak. Kalau suka banyak, letaklah banyak, kalau tak, letaklah sikit. Kalau nak masukkan ayam boleh gak.
* 10 ekor udang (sederhana besar - dibuang kepala dan separuh kulit di badannya)
* Bawang merah besar ( 1 labu - yang sederhana je dicincang)
* Bawang kecil 2 ulas. (dicincang halus)
* 1 sudu makan lada hitam (kalau nak pedas tambahlah lagi - ditumbuk, tapi janganlah sampai hancur sangat)
* 2 sudu makan sos tiram
* 2 sudu makan kicap manis
* 2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
* bunga kobis
* sawi
* lobak (dihiris ikut bentuk sesuka hati orang yang masak)
* 2 mangkuk air (air ni boleh tambah ikut banyak kuah yang kamu suka. tapi kalau kuah banyak kena tambah tepung jagung sikit lagi ( ikut kesesuaian kepekatan kuah)
* Sedikit garam (jangan banyak sebab dah ada sos tiram dan kicap
* Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
2. Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk. Kalau air kurang, tambahkan air lagi .(daging kalau rebus asing boleh juga tapi nanti kurang manis)
3. Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap. Biar mendidih sekejap
4. Masukkan udang
5. Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
6. Lepas tu curahkan kuah ni kat mi tadi. Bolehlah bedal.

2009年7月21日火曜日

MEE REBUS


dinner smlm buat mee rebus ni cilok dr dapur hana....sedap sgt!!!semua suka,timakasih hana kongsi resepi.

resepi ni ku c&p dr MyR...malas nk selongkar dr dapor hana!!hehehe...

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 400g mee kuning - celur n toskan
* tauhu goreng - goreng n hiris
* sawi celur dan taugeh
* lada merah - hiris
* daun sup/daun bawang - hiris
* telur rebus
* limau nipis@ limau kasturi
* jeruk lada@ cili
* UTK KUAH
* 5 btg atau lebih cili kering
* segenggam udang geragau - hana tmbh skit udang kering
* 1/2 biji bawang besar @ 3-5 biji bwg merah
* 2 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 2 sudu makan sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa
* 2 biji keledek sederhana - rebus dan blend ngan air rebusan daging@udang.
* 300g daging - rebus hingga empuk n hiris nipis. air rebusan ketepikan.
* 5++ ekor udang segar - rebus separuh masak. air udang ketepikan.
* gula melaka
* garam n perasa (jika suka)
* air secukupnyer - jika kuah terlalu pekat

Cara-cara

1. bwg besar@bwg merah,bwg putih dan lada kering potong2 kemudian goreng sekejap dengan minyak yg sedikit.angkat.
2. blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas hingga hancur.
3. panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau. tumis lagik.
4. masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. didihkan hingga kuah agak pekat baru kaww! jika terlalu pekat sgt tmbhkan air yer..last sekali baru masukkan udang. tutup api.
5. hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, sawi,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, lada merah, jeruk chili/jeruk lada dan curahkan kuah tadi. siap!
6. SeLaMaT MenCuBe!
7. Utk membuat cili jeruk leh rujuk resepi k.jun ni..

2009年7月16日木曜日

MEE BANDUNG


Resepi ambk dr blog Noreen(uk)...

baru 2@3kali buat mee bandung sendri...sblm ni guna perencah segera jer,sedap jugak guna resepi ni...budak2 pun suka,tq noreen!!

utk b.fast buat mee goreng jer utk budak 2 org ni sbb mamanyer nak mkn mee bandung tp nk masak utk lunch...bimbang jugak takut mee ni pedas....tp bila time ku nk mkn budak2 ni teliur la pulak...mujur la xpedas jd boleh la diorg mkn...siap b'tambah2 lg..hehehehe!!!

ku tambah serbuk pati belacan dlm 2,3 sb...suka dgn bau2 belacan tu.


Bahan-bahan (2 orang):
300gm mee kuning - dicelur
2 sudu besar cili kisar
3 cawan air rebusan tulang lembu
200gm daging - dihiris halus
300gm udang basah
200gm sotong - dipotong bulat
2 keping tahu goreng - dihiris halus
100gm sawi hijau - dipotong
50gm kobis - dihiris
3 biji telur rebus
cili merah - dihiris
bawang goreng
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

cara:

* panaskan minyak di dalam kuali
* tumis bahan2 tumbuk sehingga wangi
* masukkan cili kisar dan kacau sebentar sehingga naik baunya
* setelah itu masukkan daging dan kacaukan rata
* renihkan sekejap sehingga daging sedikit lembut
* kemudian tuangkan air rebusan tulang lembu dan biarkan daging empuk
* setelah itu masukkan udang, sotong, sayur dan sos tomato
* gaulkan rata
* perasakan dengan garam dan gula
* masak sehingga kuah pekat dan barulah dimasukkan mee
* kacaukan sebentar
* angkat dan masukkan ke dalam mangkuk
* hidangkan dengan cili merah, tahu goreng, telur rebus dan bawang goreng

source: chef ismail (diubah sedikit)

2009年7月15日水曜日

MEEHOON GORENG LADA PUTIH


Dlm minggu ni dh 3ari b'turut2 menu b'asaskan KANGKONG...sungguh teruja bila jumpa kangkong kat jepun ni....yer la time panas2 ni jer boleh nmpk kangkong tu pun bkn semua supa ader jual benda ni....agak2nyer jepun ni xsuka kot dgn kangkong tu sbb payah nk jumpa.

ari p'tama tu ku masak kangkong goreng belacan+sotong
ari kedua nasik goreng kampung yg pedas berapi+udang
ari seterusnyer buat meehoon ni....tamat la riwayat kangkong yg b'harga 100yen tu...

masa kluar g supa td xjumpa pulak...nmpknyer kena terjah MUMIE lg laa...

oklah,..resepi ni dr k.zana(Inspirasiku)..c&p dr MyR la lagi...

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 400 gm meehoon (direndam 30 min)
* sedikit daging lembu dipotong kecil
* 10ekor/lebih udang
* 1 btg carot dipotong memajang(3cm)
* sedikit sawi
* 4 ulas bawang kecil*
* 2-3 ulas bawang putih*
* 2 cm halia*
* sedikit garam, serbuk lada putih
* daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
* sedikit minyak untuk menumis
* 1 cwn air

Cara-cara

1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.
3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi., biarkan 2-3 minit.
5. Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah

2009年7月13日月曜日

MEE KARI UDANG


sedap sgt mee kari ni....lbh2 lg kl letak udang byk2,heheehehe....akulah peminat seafood yg tegar!!!tq masz kongsi resepi ni...

resepi ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

* 2 peket mee kuning
* (bahan ditumbuk lumat) *
* * 3 ulas bawang putih
* * 3 ulas bawang merah
* * cili kering (ikut tahap kepedasan memasing) - sy letak 2 sdb pes cili buat sendiri)
* 2 sudu serbuk kari ayam/daging
* 2 tangkai daun kari
* sedikit kayu manis, bunga lawang n cengkih (utk bau wangi)
* 16 ekor udang harimau (kalo nak lebih pon bole aje!)
* 2 peket fish ball & 2 keping fish cake
* 1 peket tau pok (tauhu kering) - dibelah 2
* Santan kelapa secukupnyer
* Sayur sawi, taugeh, daun sup/bawang, bawang goreng & telur rebus (kalo suke.. sy x letak pon)
* 2 ketul kiub ayam dan sedikit garam - sesedap rasa

Cara-cara

1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih seketika kemudian masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat yg telah dicampur dgn serbuk kari dan daun kari - tumis sehingga wangi
2. Masukkan udang dan kacau seketika.
3. Kemudian masukkan santan secukupnya dan biarkan mendidih dan masukkan garam & kiub ayam sambil tu dikacau selalu - supaya x pecah minyak nnt x cantik kuah tu..
4. Apabila sudah mendidih dan hampir masak, masukkan fish ball, fish cake dan tau pok tadi.. biarkan mendidih sekali lagi dan bule ler ditutup api.. rasa dulu ye.. dah cukup belum rasanya...
5. Mee dan sayur tadi bule le dicelur sebelum dihidang bersama dengan kuah dan bahan hiasan yg lain... selamat menjamu selera!...
6. Oh ya!..jgn lupa masak ler dgn penuh keikhlasan dan kasih sayang, sambil dimulakan dengan Bismillah... Insyaallah.. pasti lebih sedap dan enak masakan kita.... sekian ler ye.. selamat mencuba! :)

2009年6月19日金曜日

SOTO AYAM


ni 1st time buat soto ayam tanpa rempah segera...biasa ku guna rempah soto MAK SITI....oleh sbb dh abih stok ku try pulak guna resepi dr DianaA...tp ku x masukkan santan....dah xjd resepi asli dr DianaA,tp utk bhn2 lain tu ku ikut sebijik2...sbb bhn2 pun ader kat dapurku...wlp xletak santan tp rasanyer ttp sedap....xpayah guna rempah segera dah lps ni...

nnti lain kali ku nk try letak santan pulak...lagi satu,kuah soto ni ku mkn dgn meehoon bkn dgn lontong...

resepi ni ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( 12 orang )

* 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
* 2 ekor ayam, dibelah empat
* 3 - 4 liter air
* 1 cawan santan pekat
* 1/2 cawan serbuk ketumbar
* 2 sudu teh serbuk jintan halus
* 2 sudu teh serbuk lada putih
* 3 batang serai, dititik
* lengkuas sebesar ibu jari, dititik
* 1 batang kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 4 biji buah pelaga
* 5 tangkai bunga cengkih
* garam secukup rasa
* 1 cawan minyak untuk menumis
* Bahan untuk Dikisar
* 3 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup
* Bahan untuk Sambal Kicap
* 5 batang lada merah
* 20 biji lada padi merah thai
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 cawan kicap lemak manis
* Bahan Hiasan
* bergedil
* taugeh yang telah dicelur
* daun sup, dipotong halus
* bawang goreng
* sambal kicap
* ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

2009年4月19日日曜日

UDON GORENG


menu b.fast td...xder idea dh nak masak aper....kl pikir psl menu nak masak,aku rasa sgt2 tension...perut lapar tp xtau nak mkn aper...hihihiiii!!!

ku buat mcm mee goreng biasa jer...campak jer la aper yg ader dlm peti ais tu...aslkan kenyang perut.

2009年4月15日水曜日

PAGI NI....



ni menu b.fast arini...mee goreng & sandwich telur...skali ngadap dh licin. x payah letak resepi lah sbb mee goreng tu semua org tahu buatnyer...sandwich telur tu pun simple jer...sajer ku nak tayang gambar..hehehehe!!!!

2009年3月14日土曜日

MEE KARI




menu lunch...
resepi c&p dr dapur SL(nina)

Bahan-bahan:
1 peket mee kuning - celur dan toskan airnya
500gm dada ayam - potong kecik-kecik
200gm isi kerang
segenggam lada kering - potong2 dan rendam dengan air panas **
segenggam udang kering - rendam **
4 biji bawang merah - sederhana besar **
3 ulas bawang putih **
1 inci halia **
3 sudu makan serbuk kari - buat paste
1 tangkai kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 pcs tahu goreng - potong2
4 pcs fish cake - potong
1 kotak santan - 200ml - bancuh bersama 1/2 cawan air
2 1/2 cawan air
1 cawan jus asam jawa
bahan hiasan: sawi celur, taugeh celur, bawang goreng, telur rebus, cili merah, dan yang sewaktu dengannya...

Cara membuatnya:
- Kisar bahan yang bertanda **.
- Panaskan minyak dalam periuk. masuk kayu manis dan bunga lawang.
- tunggu hingga naik bau. kemudian masuk bahan kisar tadi.
- gaul hingga garing.
- masuk paste kari dan gaul hingga pecah minyak.
- masuk jus asam jawa. tunggu hingga mendidih.
- kemudian masuk 2 1/2 cawan air. masuk ayam.
- biar kuah mendidih menggelegak hingga minyaknya naik ke atas.
- kemudian masuk tahu goreng, fish cake dan isi kerang.
- masuk garam dan sedikit gula hingga cukup rasa..
- biarkan dalam 5 minit. kemudian akhir sekali masukkan santan.
- Biarkan mendidih seketika. Tutup api.
- tuang ke dalam mangkuk yang berisi mee kuning yang di celur.
- hidang bersama bahan2 hiasan...

2009年2月25日水曜日

MEGI BERAPI !!!!!!


megi pun bleh masuk blog ker????hihihihiiii...ni gara2 aku jeles tgk org mkn megi...mujur ader lg 2,3 bukus dlm peti besi aku(ni brg b'harga oiiii)nk mkn pun syg!!!nnti blk ni aku nk telan sepuas2nyer segala jenis megi...ehhh,megi kat msia skrg ni mahal kan???

aku mkn 3 beranak dgn aniq & bby....tp utk budak2 tu ku letak megi+air panas jer...hikhikhikhik!!!!budak2 mner bleh mkn pedassss....

2009年2月21日土曜日

Pasembo Kodiang


dr blog Mat Gebu...resepi asal NORZAILINA NORDIN


BAHAN KUAH :-)
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah (mat guna gula melaka)
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)

BAHAN CUCUR UDANG :-)
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar(ku letak air sejuk jer...sbb guna udang frozen yg dh siap buang kulit)
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
2. UNTUK CUCUR UDANG :- Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
3. UNTUK PASEMBOR KODIANG :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera...Mat rasa kan, resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2 rojak..

2009年2月2日月曜日

Rojak India(Pasembo)


menu kemarin...baru 2kali jer ku buat rojak ni...mula2 buat thn lps lg...pastu x ingt dah sbb byk sgt koleksi resepi2 dlm file aku tu...bila tgk resepi yg mengancam kat mner2...ku terus print dan simpan dlm file elok2...time xde koja baru ku belek2 tgk mane2 yg berkenan nk buat...

bila fikir menu aper nk buat utk bday aniq baru ku belek2 file tu dan teliur pulak tgk resepi ni...bhn2 pun slalu jer ade kat umah ni...stok keledek byk gilerr duk dlm kotak..hihihihiii!!!

ni ku c&p dr mamaera fotopages...

Kuah Rojak

Bahan-bahan:

450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
3 camb minyak
2 biji bawang merah - dicincang halus
2 biji cili merah - ditumbuk/kisar
2 camt serbuk cili
3 camb gula
1/2 camb asam jawa + 2 camb air - ditapis
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus
Beberapa titik kicap hitam

Cara membuat:

1. Kisar keledek dengan air hingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, cili merah dan serbuk cili hingga wangi.
3. Masukkan keledek kisar dan dikacau.
4. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
5. Renihkan 2-3 minit kemudian bubuh kacang kisar dan kicap hitam. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak pekat.

Bahan Sampingan:

8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris - kita tak de nie
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus,goreng & dihiris
ayam goreng
mee(ku curah dgn air panas sekejap/celur dulu)


Cucur Udang

Bahan:
udang(ku guna udang frozen jerk)
bawang merah
bawang putih(petua: lebihkan bawang merah dari putih dan ditumbuk)
tepung gandum
1 biji telur ayam
1 camt serbuk kunyit
1 camb majerin
cili boh - ikut kepedasan masing2
1/2 camt baking powder - untuk kegebuan cucur

Caranya:

Gaul semua bahan yg basah dulu untuk mensebatikan ramuan, jangan lupa garam
sekali. Akhir sekali bila dah sebati barulah masukkan tepung. Maaf le, tepung nie kena pandai agak2. Yg penting ramuan jangan tenggelam dek rasa tepung. Spoil le rase nanti. Dah masuk tepung tu barulah bancuh dgn air.Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

2009年1月29日木曜日

Mee Goreng


bahan;

mee
bwg putih-dicincang halus
cili kering-diblend
ayam
sayur mayur-aku letak tauge,sawi,kubis
tauhu
kicap manis
sos tiram
garam

caranyer;
-tumis bwg putih+cili kering hingga garing,masukkan ayam...masuk air skit,biar masak dulu ayam tu...campak la sgl jenis kicap/sos...last,baru masuk sayur &mee serta secubit garam.
-siap,boleh makan daaaaaa..

2008年12月26日金曜日

mee campak


dinner mlm nih...
ku dah bengang xtau nak masak aper utk dinner mlm nih...kebtulan en.hubby ajak kluar,ku t'pikir nak buat mee yg mmg jd feveret budak2 nih...sbb xpedas....mak budak & bapak budak suka pedas..sesuai la dgn sambal kicapnyer!!!tq nurleen..tuan punyer resepi ni.


Bahan-bahan ( 4 orang )

* 600 gm atau sekati mee kuning
* 200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging
* 100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
* 2 sudu besar kicap manis
* air untuk jadikan kuah
* Bahan untuk kisar:
* 2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
* Bahan untuk sambal kicap:
* 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!

Cara-cara

1. Basuh mee kuning tadi dan toskan
2. Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil
3. Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai
4. Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur
5. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan awas jangan sampai hangus pula!
6. Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air
7. Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya
8. Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu!

2008年11月20日木曜日

mee kari


smlmnyer menu...







ikut resepi qirah75(myresepi)...tp ktnyer xder udang jd kt gantikan dgn isi ayam & lala...bhn2 sampingan pun kt letak aper yg ader jer...tp sedappp!!!!!


Bahan-bahan ( 8-10 orang )

* udang 1/2 kg
* mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
* rempah kari 2 senduk kecil
* cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
* bawang merah 6 ulas*
* bawang putih 3 ulas*
* halia 1/2 inci*
* kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
* daun kari 1 tangkai
* tahu kering (yg macam dlm pic tu)
* udang kering sikit*
* asam keping dlm 2,3 keping
* pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik
* Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api

Cara-cara

1. Tumbuk bahan *
2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Tapi pic kat atas tu tak buang kulit sebab M..
4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

2008年11月7日金曜日

mee hailam sempoi


ni aku buat utk b.fast pg td....mee hailam aku ni sgt sempoi hokey!!!

bahan;
-isi ayam/udang
-bawang putih
-lobak/kobis
-mee kuning
-kicap manis/kicap masin
-b.pepper
-sos tiram
-tepung jagung
-gula & garam


caranye;

1. Tumis bwg putih...masukkan isi ayam/udang.
2. Tambah air sikit...masukkan segala jenis kicap & sos.
3. Letak sayur..dan tepung jagung yg d bancuh dgn sedikit air..
4. Rasakan gula & garam..last,masukkan mee.

2008年10月8日水曜日

homemade kue tiaw


huhhhhh!!!
gigih sungguh aku mlm ni...percaya tak???aku buat kuew tiau tanpa bantuan pasta maker??Sib baik skrg dah masuk musim luruh,kalu x pasti dah b'mandi peluh aku mlm ni. Tgk la ruper kuew tiau ku itu...buruk bebenar ekkk!!!ni kalu en hubby tgk mesti dio t'gelak sakan(skrg dia dah pengsannnn)sbb ade b'mcm size k.tiau ku itu.

Aku rasa,kena cari jugak pasta maker sampai dpt...sbb x kosa dah aku nak mengerjakan tepung tu sampai nipis. Rasa mcm dah keluar sgl urat kat tgn aku!!!Sabo jer laa..

Agak2nyer budak2 & bapak budak nak mkn ke k.tiaw aku ni...ni utk b.fast esok. Berangan nak mkn k.tiaw goreng.hahahaaah!!!Resepi ni aku ambik dr Myresepi..