ラベル nasi の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル nasi の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年7月1日水曜日

NASI AYAM MADU


resepi cilok dr Myr...tuan empunya resepi ni Nadia!!!tq nadia krn menyumbang resepi ni...wlp lbh krg sama jer resepi nasi ayam ni tp ader jugak p'bezaan dr segi rasa dan bahan2.


Bahan-bahan ( 2 orang )

* 2 cawan beras
* 1/4 bawang besar
* 2 sudu mentega
* sehelai daun pandan
* 2 kiub ayam
* madu
* kicap pekat
* 1/2 ekor ayam
* 1 sup bunjut adabi
* sos tiram
* 1/2 sudu serbuk lada putih
* 1/2 inci halia
* 3 ulas bawang putih
* [hiasan]
* daun bawang
* daun sup
* bawang goreng
* daun salad/timun

Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

2009年6月13日土曜日

NASI GORENG TOMYAM


resepi dr hana...dah 2kali buat nasi goreng ni,sedap jugak sbb ader rasa masam & pedas...mkn ber2 dgn en.hb....budak2 xtahan dgn pedas!!!

kali ni ku buat xbrp cukup bhn,nnti nk cari udang & sotong baru ummmphhh!! ok,ni resepinyer;

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 2 mangkuk nasi
* 5-6 ekor udang segar
* 1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
* 200g daging ayam - potong kecil2
* 4 biji bawang merah - hiris
* 2 biji bawang putih - ketuk
* 3-4 biji cili padi - tumbuk@hiris - klu nk pedas
* 1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
* kubis - hiris kecil2
* carrot - hiris memanjang@dadu
* tomato - potong dadu
* 1 batang serai - ketuk
* 3 helai daun limau purut - racik2
* 1 biji telur
* garam

Cara-cara

1. Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
2. Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
3. Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
4. Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
5. Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
6. Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
7. Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.
8. SeLaMaT MenCuBe!

2009年5月26日火曜日

NASI BUKHARI AYAM


c&p dr blog k.hanieliza,

Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

2009年5月10日日曜日

NASI AYAM IPOH


menu arini...lunch & dinner dok hadap menu sama,xpayah nak pikir masak benda lain...kl buat nasi ayam mmg kena mkn sampai 2kali baru puashati...hihihiii!!!lg pun senang kerja sbb budak2 suka mkn dgn sup.

resepi dr Quinnie...c&p dr MyR...pjg menjela resepinyer...tp senang nak paham sbb detail...saper2 pun bleh buat kan!!!

Bahan-bahan ( sekeluarga )

* *BAHAN NASI*
* 4 mug beras
* 4 1/2 mug air rebusan ayam
* 2 inci halia*
* 3 biji bawang putih*
* 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
* 1 sudu besar minyak bijan
* 2 sudu besar sos tiram
* 2 helai daun pandan
* 4 sudu mentega
* *BAHAN AYAM*
* 1 ekor ayam
* 3 biji bawang putih*
* 1 inci halia*
* 3 sudu besar kicap lemak manis
* 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
* 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
* *BAHAN SUP*
* air secukupnya
* 4 bawang putih diketuk
* 3 inci halia di hiris
* 3 helai batang bawang
* 1 biji sengkuang dipotong dadu
* 1 sudu besar serbuk lada sulah
* *BAHAN CILI*
* 10/15 biji cili burung
* 6 biji cili merah
* sedikit halia (ambik dari rebusan)
* 5/6 biji bawang putih
* 1 biji limau kasturi/nipis
* sedikit air dari air rebusan ayam
* garam n gula secukupnya
* *BAHAN KICAP*
* 5 biji cili burung
* sedikit halia (ambik dari rebusan)
* 4/5 biji bawang putih
* kicap secukupnya
* air rebusan ayam secukupnya
* tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
* *BAHAN TAMBAHAN*
* tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

2009年4月27日月曜日

NASI TOMATO


dari dapur k.hanieliza

NASI TOMATO

Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

2009年4月16日木曜日

NASI DAGANG GULAI DARAT AYAM


guna beras jasmeen jer...dan xder rempah gulai darat...hentam jer rempah kari adabi....pastu ku tambah acar timun...ok jugak..sedap!!!
c&p dr MyR...TQ alma.

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

* --->Bhn nasi dagang<---
* ½ kg beras nasi dagang
* 1 genggam beras pulut
* 3 ulas bwg merah + 2 ulas bwg putih + 1.5 inci halia + 1btg serai(semua dihiris nipis & kecil2)
* ¾ cawan pati santan
* 2sdk halba (fenugreek)
* --->Bhn gulai ayam masak darat<---
* ½ ekor ayam (potong ikut saiz disukai)
* 2 sdb rempah/awas darat
* 2sdb kerisik (fried grated coconut)
* * 6-7 ulas bwg kecil
* * 3-5 ulas bwg putih
* * 1 – 1.5inci kunyit hidup (turmeric)
* * 1 – 2 inci lengkuas (galangal)
* :: semua bhn2 * ditumbuk/kisar halus ::
* 1½ sdb (atau lebih) cili kering kisar (atau pun cili kering dikisar sekali dgn bhn2 di atas).
* 1sdk biji ketumbar (coriander -disangai sekejap kemudian ditumbuk halus).
* Santan kelapa (utk kuah, airnya agak2 supaya ayam semua terendam dalamnya)
* Cili muda dan/atau merah (belah dua)
* --->Bhn sambal kelapa (atau dipanggil sambal “nyo”)<---
* Kelapa parut dalam ½ - ¾ cwn
* 2 ulas bwg merah + 1 ulas bwg putih + ½ inci halia + 1 batang serai (semua dihiris nipis2).
* Sedikit manisan(ganti gula melaka jika tiada) & garam

Cara-cara

Cara-cara

1. --->Cara masak nasi dagang<---
2. Rendam beras nasi dagang + beras pulut semalaman.
3. Kukus beras hingga empuk/masak (Tiap kali masak lupa nak setkan masa, mgkn dlm 40minit kut).
4. Bila dah ready, bawa keluar dr kukusan, letak nasi dagang tu dalam mangkuk besar. Arun beras dgn santan, dan bhn2 hiris serta halba. Siap arun, masukkan balik dalam kukusan, kemudian kukus semula dalam 10-15min. Bila siap kukus, angkat dan letak dalam mangkuk.
5. --->Cara masak gulai darat ayam<---
6. Dalam periuk/kuali, masukkan dulu rempah/awas darat, bhn2 kisar bertanda *, serbuk cili dan serbuk ketumbar, serta campurkan 3sudu besar santan. Kemudian baru nyalakan api dapur, kacau2kan bhn2 dalam kuali/periuk tadi buat beberapa ketika, bila dah bercampur sebati dan agak2 mendidih sekejap baru masukkan santan ke semuanya.
7. Gulai_darat_ayam
Kemudian masukkan ayam. Gaul rata. Bila ayam 3/4 masak, tambah kerisik, garam & gula secukupnya. Dan tmbh cili muda, then biar kuahnya memekat sikit dan ayam empuk baru angkat.
8. --->Cara buat sambal kelapa<---
9. Campurkan kelapa & bhn2 hirisan dlm kuali dan gorengkan tnpa minyak. Dgn api sederhana, kacau2 tanpa henti buat 2-3min.
10. Kemudian tambah manisan & garam, rasa utk dptkan rasa sambal tu masin2 manis. Kacau2 buat 1-2min dan angkat.
11. Sambal_kelapa_nyo_
Bila sambal dah kurang panas sket, kisarkan tp skejap aje, jgn smpai halus.
12. --->Nota: Ni optional, rebus 2-3bj telur, rendamkan skali dalam gulai ayam td.

2009年4月6日月曜日

BERIANI KAMBING....



resepi ni sama jer yg ku buat sblm ni...cuma kali ni ku letak daging kambing ..tu pun 2,3ketul jerk!!

utk lauknyer lain ku buat daging kurma,ayam merah + acar.
sedap2!!!dah licin pun..hihihi!!!

2009年4月2日木曜日

NASI GORENG CINA & PUDING MARBLE



ni menu b.fast arini...
nasik goreng yg simple guna perencah segera jer...& puding marble tu ku buat smlm lg...tp xsempat nk mkn...kekenyangan mkn nasik!!!hihihi...

oleh sbb menu ulangtayang,jdnyer xder la resepi...

2009年3月7日土曜日

NASI DAGANG



menu lunch & dinner...puashati dpt mkn nasi dagang dgn Gulai Ikan Aya@Tongkol....sedap woooo...kat sini susah nak jumpa ikan aya yg sekor tu...kl ader pun yg dh siap d potong...utk mkn mentah tu.

tgk gmbr jer la dulu...resepi ku letak esok2 la yer!!!ku nak tido dulu...bye!

bersambungg....

sbnrnyer aku xder beras merah utk nasik dagang tu...kl beras putih mcm pulut tu aku xbrp suka sbb cepat muak...xleh nk mkn byk(mmg aku mkn byk..hahahahaha!!!!) Jdnyer en.hb cadangkan buat jer guna beras Jasmine...sbb beras tu kan lembut skit dr beras siam yg aku biasa guna ni...hasilnyer,bleh la dr xdpt mkn langsungkannnn???

resepi ni ku ambk dr fp shima uk...resepi asal k.lieza...tq utk kedua2nyer...sbb sedap weiii nasi & gulai ikan tu

ku c&p jer dr fp shima...

NASI DAGANG
resepi: kak hanieliza

600 gm cawan beras - i campur beras biasa ngan beras nasi dagang skit
100 ml beras pulut
30 gm halba
400 ml air
400 ml santan pekat
garam secukup rasa

Bahan utk DiMayang
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia

CARA:
1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh. Rendamkan.
2. Toskan dan masukkan dalam kukusan yg berlubang
3. Kukuskan sehingga naik wap.
4. Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
5. Siramkan dengan air dan kacau rata.
6. Masukkan semula beras dalam kukusan berlubang.
7. Taburkan hirisan halia dan bawang dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
8. Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yg telah digaulkan garam.
9. Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar


GULAI AYAM (resepi asal Gulai Ikan Tongkol)
resepi: kak lieza

1.5 kg ikan tongkol ] - i gantikan ngan ayam
50 gm asam keping ] potong...bersih dan rebuskan (x buh)
garam secukupnya ] (x buh)

60 gm rempah kari ikan - i guna rempah kari ayam
10 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk jintan
80 gm cili mesin
4 ulas bawang kecil [tumbuk halus]
3 cm lengkuas [tumbuk kasar]
500 santan pekat
30 gm gula merah
30 gm kerisik
50 ml air asam jawa
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh - i buh cili padi jek

CARA:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan ayam dan santan. Biarkan mendideh.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

2009年1月31日土曜日

Nasi Minyak Hujan Panas


resepi Makyong....dah byk kali buat ikut resepi ni,mmg sedap!
resepi ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 4 cawan beras basmati
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 helai daun pandan
* pewarna merah, kuning dan hijau
* [bahan tumis]
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
* [bahan hias]
* bawang goreng
* kismis

Cara-cara

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

2009年1月15日木曜日

Nasi Beriani Ringkas



resepi dr dapor Mat Gebu...

Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )

* 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
* 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
* 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
* 3 biji bawang besar, dihiris halus
* 5 ulas bawang merah*
* 5 ulas bawang putih*
* 2 inci halia*(*dikisar halus)
* 1 batang kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 5 kuntum bunga cengkih
* 4 biji buah pelaga
* 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
* Segenggam daun ketumbar
* Segenggam bawang goreng
* 1/2 cawan gajus
* 1/2 cawan kismis
* Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
* 1 kiub ayam maggi
* Garan secukup rasa
* Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)

****ku tambah 2 sudu besar rempah beriani....sorry Mat i ubah resepi u!!!hehehe..wl aper pun...resepi ni mmg best!!

Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

2009年1月7日水曜日

Nasi Ayam



resepi juns11...tq juns11 nasik ayam ni mmg sedap!!!

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

* Untuk rebus
* -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
* - 2 ulas bawang putih
* - 2sm halia yg diketuk
* Untuk perap
* >1 sudu besar kicap pekat
* >1 sudu besar sos tiram
* >1cm halia
* >2 ulas bawang putih
* >sedikit kicap cair
* Untuk nasi
* - 5cwn beras
* - 3 sudu besar butter
* - 1cm halia- ditumbuk
* - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
* - air rebusan ayam tadi secukupnya
* - sedikit garam.
* Bahan sos
* > 5biji cili merah
* > 5 ulas bawang putih
* > 2cm halia
* > 1 sudu teh cuka, garam, gula
* > 1/2 cawan air
* Untuk sup
* @lebihan air rebusan ayam
* @1 biji bawang besar kisar
* @rempah sup
* @garam
* @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

2008年12月29日月曜日

Nasi Paella


dr dapur k.hanieliza....
ni yg en.hubby masak utk b'day ku kemarin...

NASI PAELLA [Spanish Paella Rice]
[nasi yg dimasak dengan isi ayam, udang, ketam. sotong dan sayuran oleh org-org Spanish]

Bahan
500 gm beras bathmati [basuh dan toskan]
500 ml air stok ayam [boleh gunakan 1 kiub ayam + 500 ml air]
200 gm isi ayam [hiris nipis dan lebar]
200 gm udang besar
200 gm sotong [potong 2]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 biji capsicum merah [potong dadu]
3 biji tomato [belah 4]
1/2 cawan kacang pea
3 s/b butter/majerin
2 s/b minyak
1 pokok daun sup [cincang]
1/2 s/k kunyit
garam

Bahan tumis
1 labu bawang besar [potong dadu]...elok gunakna bawang besar jenis holland
1 ulas bawang putih [cincang]
3 cm halia [ketuk]

Cara
1. Panaskan minyak dan majerin/butter.
2. Gorengkanudang dan sotong. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga layu.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
5. Masukkan air stok, serbuk kunyit dan garam. Biarkan mendideh.
6. Masukkan beras dan semua sayuran. Biarrkan mendideh.
7. Bila dah kering masukkan daun sup, udang dan sotong. Masakkan sebentar lagi.
8. Bila dah masak boleh hidangkan.

2008年12月3日水曜日

Nasi Arab Berempah


aku ni suka sgt mkn nasi yg jenis2 menambahkan lemak ni...ari2 mkn pun takper...angan2 nak b'baju kebaya nnti blk m'sia tu nampaknyer tggl angan2 jer...hukhukhukhuk!!!!

smlm aku buat nasik ni setlh g jln2 kat myresepi...t'tarik la pulak dgn resepi ni...lgpun ni nasik feveret family aku sejak dulu2 lg...arwah ayah ku mmg terror buat ni..almaklum laa..dulu2 dia dk kat mekah. Tp aku xpernah pun belajar dgn arwah ayah/ma...mcmna nak buat nasik ni.

timakasih yer tuan resepi...kongsi resepi ni.

Bahan-bahan ( 3 orang )

* 6 ketul ayam
* 4 ulas bwg merah
* 3 ulas bwg putih
* 1 inci halia
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 kuntum bunga lawang
* 1 btg kulit kayu manis
* 1 kiub ayam
* 1/2 sdk jintan manis
* 1/2 sdb lada hitam
* 1/2 sdk jintan putih
* 3 cwn beras basmathi
* 5 cawan air
* 2 sdb minyak sapi
* 1/2 biji bwg besar - di mayang
* 1/2 cawan sos tomato
* 2 sdb rempah kurma
* Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

2008年11月25日火曜日

Nasi Kerabu Perantau


resepi yani(tauke Myresepi)

nasik kerabu aku ni mmg betul2 perantau la sbb x cukup bhn...tp sbb teringin sgt nak mkn(mcm org mengidam gtu...hihihihii)aku pun main hentam jer larr...aku kopipesjer la resepinyer..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* @@ Nasi @@
* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna kuning
* 2-3 helai daun limau purut(optional)
* 1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka.
* @@ Sambal Tumis @@
* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
* garam dan gula melaka
* @@ Sambal ikan @@
* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia
* @@ Kerabu @@
* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum
* @@ Bahan lain- optional @@
* solok lada
* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan

Cara-cara

1.
Tumis
## Sediakan sambal tumis ##
2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
4. ## Masak nasi ##
5.
Nasi
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
6.
Sambal-ikan
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
8.
Kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
13. @@ Kerabu @@
14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
15.
Nasikerabu
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

2008年11月21日金曜日

nasi beryani


buat smlm...
nasik beryani lg...kali ni guna rempah adabi pulak...cara2 nak buat pun ikut kat paket rempah tu jer..cuma tambah serbuk kunyit skit..sajer nak bg b'pinar bijik mata.

2008年11月8日土曜日

nasi lemak


smlm masa dok borak2 dgn en.hubby...tiba2 jer dia kata lama dah aku x buat nasik lemak...mmg lama pun sbb kehabisan ikan bilis...aku suka dgn ikan bilis msia,jd bila dah abih stok aku x buat la nasik lemak...lgpun aku duk tunggu parcel yg sepupu aku hantar...tu yg duk tertangguh2 nak try ikan bilis jepun...smlm tu terus jer beli kat supa...ehh!!!sedap jugak guna ikan bilis jepun yg kecik2 ni...kalu yg besar gedabak tu mmg aku x teliur langsung.

jdnyer b.fast merangkap skali dgn dinner adalah NASI LEMAK...hahahahah!!!sungguh senang kerja aku x payah masak byk benda ari ni...aku buat samabal bilis,sambal sotong,telur mata kerbau,rendang ayam(yg aku frozen bbrp hari lps..)& timun. Bertambah2 la mkn ari ni...

2008年11月2日日曜日

nasi beryani


menu dah lama ni...aku lupa nak masukkan kat sini...rempah beryani ni aku guna yg segera punya...order online dr baticrom

aku makan dgn ayam masak merah,dalca,acar & sambal....sedap sungguh aku guna beras basmati!!!!