ラベル menu ramadhan の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル menu ramadhan の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年9月8日火曜日

RAMADHAN KELAPAN BELAS


ishhhhh...lama sungguh x tayang menu b'buka sejak akhir2 ni...sbb mood nk masak tu makin hari makin b'kurang tambahn sibuk dok kemas umah yg xabih2 lg...kurang 2mggu lg kami akan b'angkat ke mesia.

bahan2 utk memasak pun kiranya buat aper yg ader jer,nk kasi clear saki baki bhn2 yg sediaada.

kali ni nk letak menu ni jer la...mcm biasa c&p jer dr MyR.tq yer makyong!!

GULAI IKAN


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
* 1cm lengkuas
* 1cm kunyit
* 1 sudu besar cili giling
* 1 keping asam gelugur/keping
* 3-4 biiji bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1 biji timun
* 3 biji lada hijau
* 1/2 biji kelapa-ambik santan

Cara-cara

1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.

2009年9月1日火曜日

RAMADHAN KESEBELAS


puding ni utk b'buka sekejap lg....xder keja nak buat,sambil2 tunggu waktu b'buka ku nk letak dessert yg sempat aku buat...pagi2 lg buat sbb nk mkn sejuk2 baru best!!dah separuh ari dok dlm aisbox.

resepi ambk dr MyR...tq empunya resepi!!!

PUDING KAREMEL TANPA TELUR

Bahan-bahan ( 10 orang )

* A) 2 senduk gula
* B) 1 bungkus agar-agar serbuk
* 4 cawan air
* 2 1/2 senduk gula
* C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
* 2 sudu makan tepung kastard
* 1 sudu vanilla
* (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
4. contoh susu cair n agar2 paket..
***SENDUK TU,GUNA SENDUK YG CEDUK NASI TUUUU..

RAMADHAN KESEPULUH


menu utk hari ke8 & ke9 aku mls nk snap gmbr....bila dh siap t'hidang ats meja,maka sibuk la tgn budak kecik & budak besar nk ambk mknn...utk langkah keselamatan,hehehe aku hidang ngam2 dgn waktu b'buka.

smlm sempat ambk gmbr sbb budak2 ni kluar ikut papa...mana pegi aku pun xtau!!!smlm aku baut kari ayam,sambal bilis,ikan bakar cicah sambal kicap...pastu mihun goreng s'pore.alhamdulillah kenyangggg!!!

2009年8月29日土曜日

RAMADHAN KETUJUH


cepat sungguh masa b'lalu...arini dh masuk ari ke8 kt b'puasa...lg 3 mggu kami akan berangkat meninggalkan bumi sakura t'cinta,hehehe!!entah bila lg akan jejaki kaki kesini.

semua brg2 pun dh hampir selesai packing,lg 2 mggu nak angkut masuk kontena...sedih pun ader,suka pun ader!!macmner ler keadaan aniq biler blk nnti,sbb thn dpn dh nak masuk darjah 1....dah la cakap melayu xbrp nk faham,pening2!!harapnyer aniq cepat la sesuaikan diri dgn keadaan di mesia nnti.

oklah,smlm kami b'buka dgn nasi kerabu perantau resepi yani,mmg sesuai la dgn namanyer sbb aku buat pun ala2 xcukup bhn...dan buat jugak bubur butir nangka,ni pun mmg xcukup bhn...sbb syg nak guna daun pandan byk2...hanya tambah pewarna hijau jer..tu pun utk titisan t'akhir dah...hahahaha!!!tu yg warna xbegitu menarik sgt...

2009年8月28日金曜日

RAMADHAN KEENAM


xder en3 masak2 utk ramadhan ke-5 sbb kami b'buka kat kedai india,tp xmkn nasik pun hanya mkn cheese naan,sandwich naan,kari ayam + chicken tikka(yer ker nama ni..aku kelupaan la pulak!!)

sbnrnyer aku teringin nak mkn nasik beriani tp kena tunggu lama skit kl nk guna beras basmati,kl beras jepun xpayah tunggu lama...tp aku xleh telan beriyani beras jepun...tekak xleh terima!!

Jdnyer utk ramadhan ke-6,aku buat nasik beriyani,ayam tandoori,daging+tulang masak beriani & pajeri nenas....kesemua resepi t'sebut ambk dr blog hanieliza...mmg sedap!!aku suka..hehehe...

tp mls pulak nk c&p resepi t'sebut...kl sesaper nk tgk sila ke blog hanieliza ok!!

2009年8月26日水曜日

RAMADHAN KEEMPAT


kemarin xtahu nk masak aper...last2 aku buat nasik lemak jer...hihii!!
senang kerja...

2009年8月25日火曜日

RAMADHAN KETIGA





utk b'buka smlm buat hati+pedal ayam masak brempah,masak lemak putih sayur2,ikan goreng...tu jerk.

buat jugak cucur udang+kangkung cicah sambal kacang lbhn nasi impit...& goreng segala jenis chikuwa celup tepung....sedap sungguh!!!

ni resepi HATI MASAK REMPAH,resepi waheedeana...tq empunya resepi,sedappp!!!

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* Bahan2nya:-
* ½ kg hati ayam/lembu – dicuci dgn tepung gamdum tuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam
* ( * bahan kisar )
* *1 biji bawang besar
* *3 ulas bawang putih
* *1 inci halia
* * 1 sudu besar ketumbar
* * ½ sudu besar jintan manis
* 1 batang serai – diketuk
* 2 pelepah daun kari
* 1 sudu besar penuh rempah kari daging
* 2 sudu kecil serbuk lada/cili – nk pedas sendiri adjust yer
* 1 sudu besar kerisik
* Air secukupnya
* Garam, gula n bahan perisa secukup rasa
* Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
3. Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2.
4. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!

2009年8月23日日曜日

SOTONG BAKAR BERSAMBAL


last en3 utk mlm ni...hihiiiii!!!

hanya masak lauk ni jer utk mlm ni...lauk lbhn smlm ader lg,mkn yg tu jer laaa.
mkn sampai ketat perut.wakakakaaaaa!!!

resepi dr juns11....

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

* 3 ekor sotong saiz besar-jgn potong
* Bahan kisar:-
* @6 ulas bawang merah
* @3 ulas bawang putih
* @1 in halia
* @1 batang serai
* @ 2 in lengkuas
* @4 sudu besar cili kering (ikut suka kalau nak lebih)
* @1/2 sudu teh ketumbar
* @1/2 sudu teh jintan manis
* @4 sudu besar butter/minyak
* @garam dan gula secukup rasa
* #boleh ditambah hirisan daun limau purut jika suka

Cara-cara

1. Sotong dibersihkan. Biar seekor2. Perap dengan bahan kisar selama 15min.
2. Letakkan sotong dan bhn2 perap diatas kertas foil dan bakar selama 20-30min atau hingga masak.
3. Sudah masak, bolehlah dipotong2 dan hidangkan. Sotong ni siap dibakar dengan sambalnya, boleh juga dimakan dengan air asam..

NASI IMPIT KUAH KACANG


sumber;Rinnchan

KUAH KACANG IBUNDA

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.



utk nasi impit resepi ambk dr MyR...sumbangan ctma,timakasih kpd empunya resepi.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3 cawan beras (bukan beras jepun)
* 8 cawan air
* sehelas daun pandan - optional
* sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

1. basuh beras seperti biasa
2. tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan. Ct guna rice cooker je, x plu kacau2.
3. setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
4. sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate
***ku xguna plastik ziplock...hanya letak dlm mangkuk 4segi...tutup dgn aluminium foil...dan letakkan t.ware yg berisi air ats nasi impit t'sebut.

RAMADHAN KEDUA


arini b'buka dgn mee hailam & nasi impit kuah kacang...

mee hailam cilok resepi k.zai(dapurcomelku)....c&p dr blognyer;

Mee hailam

Bahan-bahan:

Minyak masak
3 cm halia dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
2 sudu besar cili kering kisar
200 gm daging lembu (sy x letak )
200 gm sotong,dibersihkan dan dipotong melintang
200 gm udang,dibuang kulit dan urat
200 gm isi ayam,dihiris nipis
60 ml kicap pekat (ikut kepekatan)
sos tiram (jika suka)
1/4 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar tepung jagung,dibancuh dgn 600ml air atau ikut kepekatan
300 gm sawi,dipotong 4 cm
150 gm kobis~dihiris lebar
2 biji tomato ~ dibelah 4 (jika suka)
1 biji carrot ~ dihiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada putih sebuk
1 kg mee kuning

Bahan tambahan:
1 tangkai daun saderi/sup,dipotong 1 cm
3 tangkai cili merah,dihiris hiris

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dikuali dan tumis bahan2 yg telah dikisar
2. Tumis sehingga berbau wangi
3. Masukkan daging,sotong,ayam dan udang
4. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga bahan2 tersebut agak masak
5. Perasakan dgn lada sulah,kicap pekat,sos tiram dan serbuk perasa
6. Campurkan bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata
7. Masukkan sawi,kubis dan carrot,kacau sehingga rata
8. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar.Pastikan cukup kuah...jika terlalu pekat bolih tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang.Jika belum makan mahu makan...jgn dicampurkan terus meenya kerana takut mee akan mengembang
10. Akhir sekali...semasa menghidang tabur dgn daun saderi/sup/daun bawang,cili merah potong/bawang goreng.

SERIMUKA DELIMA


SEMPAT BUAT KUEH NI UTK B'BUKA...

CILOK DR MyR,tq aziemas..tp utk bahagian ats tu ku guna kurosato@gula melaka+gula kastor...abaikan kaler kuning!!

Bahan-bahan ( 24 cm x 2inci )

* (A) 250 gm beras pulut - direndam 4 jam @ semalaman
* 150 ml santan pekat
* 150 ml air
* 1 sudu teh garam
* 5 gm sago warna merah - direndam & ditoskan
* (B) 150 gm gula kastor
* 50 gm tepung kastad
* 200 ml santan pekat
* 200 ml air
* 2 biji telur - size A : dipukul rata
* Sedikit esen vanilla
* Secubit garam
* Sedikit pewarna kuning
* **>> kalau xda sago merah, boleh gunakn sago biasa tp drendam dgn sedikit warna merah

Cara-cara

1. Toskan pulut yang direndam, masukkan dlm bekas
2. Masukkan garam - gaul rata
3. Tuangkan santan & air - gaul mesra..kukus 30 minit
4. Setelah pulut masak, masukkan sago merah..jgn gaul rata
5. Tekan pulut hingga mampat dlm loyang..ketepikan
6. Bahagian atas - satukan tepung kastad & gula kastor dlm periuk
7. Masukkan telur yg telah dipukul rata, garam, esen vanilla & pewarna kuning
8. Tuangkan santan & air - didihkan semua bhn td hingga pekat
9. Kemudian tuang dlm loyang berisi pulut td...kukus 30 minit
10. Dh pun siap..tp tunggu kuih benar2 sejuk br dipotong

2009年8月22日土曜日

JUS MANGGA OLE


idea ros(onigiri)...boleh tgk dlm MyR.

Bahan-bahan ( untuk 2 gelas jus )

* 200 ml jus mangga ( saya guna yang dah siap , jenama maaza)
* 200 ml susu segar atau susu kacang soya
* Beberapa ketul air batu

Cara-cara

1. sediakan dua gelas kosong, mula-mula curah jus mangga setengah gelas bagi setiap gelas dan akhir sekali curah pula susu segar, kira-kira 3/4 gelas lah isipadu nye tu.
2. akhir sekali masukkan air batu dan sedia untuk diminum, kalau takde jus mangga kotak tu, boleh juga menggunakan mangga yang diblender. Nak minum tu kacau sebati jus tadi dan nikmatilah akan kesegaran Jus ini. Selamat Mencuba.

RAMADHAN PERTAMA






alhamdulillah...selesai sudah b'buka puasa utk ramadhan yg pertama.
menu simple jer...tp perut ketat mcm mkn yg best2 sgt,hehehe!!!

b'buka dgn kurma 2biji sorg,dan sempat buat kueh serimuka cilok dr MyR..,serta jus mango.

disamping lauk2 lain;

-daging kandar
-ayam goreng
-ikan masin
-paru goreng sambal
-telur mata kerbau