ラベル apam の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル apam の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年3月31日火曜日

APAM MEKAR


ENTAH KALI KE BRP BUAT APAM NI...BUDAK2 SUKA,BAPAK BUDAK JER MCM KURENGGG SKIT DGN SGL JENIS APAM...HIHIHI!!!!

2009年2月26日木曜日

APAM MARMAR


resepi Mat Gebu...
kopipes dr MyR,

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

* 250 g tepung berserbuk penaik(ku guna tepung gandum+1 s/teh s.bikarbonat)
* 200 ml santan(ku guna susu segar)
* 200 g gula halus
* 2 biji telur Gred A
* 1 camca teh vanila esen
* 1 camca makan ovallate
* Secubit garam
* Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

APAM TEH HIJAU


dpt 8 biji size cup comel2...tp apam aku ni xler kembang setaman mcm resepi asal...ambk dr MyR,resepi taukenyer sendrik...hihihi!!!

ari ni ari APAM SEDUNIA sbb abis jer mkn apam ni(mkn 3beranak laa...bkn aku bedal sorg2)aku sambung buat apam mekar pulak..ahak!tunggu n3 selepas ni la pulak yer..

utk resepi ni ku kopipes jer;

Bahan-bahan ( 6 biji )

* 2 susu kecil green tea powder
* 1 biji telur
* 150g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu besar minyak masak
* 75ml susu segar
* 5 sudu besar gula

Cara-cara

1. Masukkan telur, gula, susu dan minyak masak. Pukul sehingga berbuih/ gula larut sepenuhnya.
2. Ayakkan tepung, green tea powder dan baking powder ke dalam mangkuk tadi. Kemudian kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kukuslah selama 8-10 minit atau sehingga masak.

2009年1月7日水曜日

Apam Eno


ku perap 3 jam jer...saje nak test merekah ker tidak...resepi ambk dr zara klate..

Bahan-bahan ( 40-45 biji )

* 300g tepung beras
* 8-10 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar yeast
* 280-300ml air
* 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
* pewarna merah, hijau

Cara-cara

1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

2008年11月25日火曜日

Apam Mekar



baru jer siap buat ni..aku buat separuh adunan jer..dpt 15 biji...resepi ambk dr dapur k.hanieliza....

aku guna starwberry paste & choc emulco

APAM MEKAR

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..