2009年7月22日水曜日

KEK PISANG


kali ni try buat resepi yg xguna butter...hanya gantikan dgn minyak,
alhamdulillah sedap kek ku..mcm yg jual kat mesia....hehehe!!!tq minami..



Bahan-bahan ( saiz kek 20 cm )

* 1 cawan tepung gandum
* 1 1/2 cawan tepung pancake
* 3/4 cawan gula
* 3 biji telur (saiz M)
* 3/4 cawan minyak
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 3 biji pisang(kalo pisang kecil 4 biji )
* esen pisang(xnak gune pon takpe)

Cara-cara

1. pukul telur dan gula hingga kembang(warna putih).
2. tepung gandum, tepung pancake, sodabikarbonat dan baking powder diayak bersama.kemudian masukkan ke dlm telur yg dipukul.
3. masukkan minyak. akhir sekali masukkan pisang yg telah dilenyek. masukkan esen pisang kalo guna.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 50-60 minit atau kukus selama 30-40 minit.

2 件のコメント:

blogresipi さんのコメント...

Macam senang pulak resipi kek pisang nie ye... lama kite tak makan.. mintak sepotong.hehe

are さんのコメント...

try ler ijan mmg senang pun..nak hulur jauh la pulak..hehehe!!