ラベル kek の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル kek の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年7月22日水曜日

KEK PISANG


kali ni try buat resepi yg xguna butter...hanya gantikan dgn minyak,
alhamdulillah sedap kek ku..mcm yg jual kat mesia....hehehe!!!tq minami..



Bahan-bahan ( saiz kek 20 cm )

* 1 cawan tepung gandum
* 1 1/2 cawan tepung pancake
* 3/4 cawan gula
* 3 biji telur (saiz M)
* 3/4 cawan minyak
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 3 biji pisang(kalo pisang kecil 4 biji )
* esen pisang(xnak gune pon takpe)

Cara-cara

1. pukul telur dan gula hingga kembang(warna putih).
2. tepung gandum, tepung pancake, sodabikarbonat dan baking powder diayak bersama.kemudian masukkan ke dlm telur yg dipukul.
3. masukkan minyak. akhir sekali masukkan pisang yg telah dilenyek. masukkan esen pisang kalo guna.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 50-60 minit atau kukus selama 30-40 minit.

2009年7月18日土曜日

FRUITY ORANGE BUTTER CUPCAKES


panjang kemain nama cupcakes ni kan...tp sedap la,sgt lembut...resepi cilok dr MyR...tq azwalissa!!!

resepi ni guna dried fruits,tp ku xder & gantikan dgn kismis jerk!!

Bahan-bahan ( 20biji )

* 200g Butter
* 200g gula kastor
* 4 biji telur
* 200g tepung kek / tepung naik sendiri
* 1/2 cawan susu segar
* 1 penutup esen oren (guna yg jernih - bukan oren emulco/pes)
* Buahan kering/ dried fruits

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga kembang.
2. Masukkan tepung, esen dan susu segar. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan adunan kedalam papercup dan tabur dried fruits diatasnya.
3. Bakar dalam oven pada suhu 190°C selama ±20min ~ sehingga masak.

2009年6月19日金曜日

DEATH BY CHOCOLATE CAKE(KEK COKLAT)


resepi dari mrsdayat...sedap kek ni...moist!!!
xsempat nk topping,lain kali lah projek topping tu....


Bahan-bahan ( loyang 9" )

* 2 cwn gula (kisar)
* 2 cwn tepung (ayak)
* 3 biji telur grade A
* 1 cwn koko powder
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
* 1 cwn air panas didih
* 1 tsp soda bikarbonat
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp esen vanila
* **utk ganache**
* 2 cwn non dairy whipping cream
* 500g cooking chocolate
* 1/8 cwn golden syrup
* ##utk whipped cream
* 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
7. **utk ganache**
8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
10. tambahkan golden syrup
11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

2009年5月21日木曜日

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE


resepi dr k.hanieliza...

Bahan Bahan A
180 gm. Butter
170 gm. Gula castor
3 biji telor
20 gm. cocoa powder - ayak
120 gm. tepong naik Sendiri - ayak ~~[kakliza gunakan tepung superfine saja]
(aku pulak guna tepung gandum jer + 1 tsp s.bikarbonat)
1 tsp. baking powder - ayak

Bahan bahan B
250 gm. cream cheese
60 gm. gula castor
1 tsp. vanilla essence
1 biji telor

Cara
1. Pukul butter and gulasehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.
5. Tuang separuh bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 8" dan ratakan.
6. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
7. Tuangkan baki adunan A.
8. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
[ Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang].

2009年5月5日火曜日

SIMPLE CHOC CUPCAKES


resepi dr Maklang Azie..tp ku c&p dr dapur k.rinnchan


Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas (*Air dari dalam thermos, ok )

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.

2009年4月16日木曜日

BUTTER CHEESE CAKE


resepi ambk dr blog noreen(uk)

Bahan-bahan:
170gm mentega
125gm philadelphia cream cheese
250gm gula kastor
5 biji kuning telur
210gm tepung serbaguna/gandum
1 1/2 camt baking powder
2 camt esen vanila
5 biji telur putih
1/8 camt cream of tartar

cara:

1. alaskan kertas kalis minyak tin empatsegi 20 atau 22cm dan griskan. ketepikan
2. ayakkan tepung dan baking powder. ketepikan
3. pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang dan pucat warnanya
4. masukkan sedikit demi sedikit gula dan pukul lagi sehingga habis
5. bubuh sebiji demi sebiji kuning telur sambil dipukul lagi sehingga sebati
6. perlahankan speed mixer dan masukkan pula tepung
7. selepas itu masukkan esen vanila
8. di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur hingga berbuih
9. masukkan cream of tartar dan pukul lagi sehingga kental
10. bubuh 1/3 adunan ke dalam adunan cream cheese dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati
11. ulangi sehingga habis
12. ratakan adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak
13. keluarkan dan biarkan di atas redai selama 1omin sebelum dikeluarkan dari tin
14. pastikan kek betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

2009年4月8日水曜日

KEK MARBLE TRIO


kek marble ni resepi ambk dr blog MAT GEBU....resepi utk kek ni dh ader kat label kek...saper2 nk try..sila lar!!!kat MyR pun ader resepi ni...sila search yer..

oleh sbb xder/xjumpa gliserin kat jepun ni...ker aku xtau nama lain utk gliserin....jd aku tukar dgn susu pekat jer..dan kuantiti gula di kurangkan...prnh jugak ku ganti dgn whipping cream...ok jer rasanyer...mb kl guna gliserin lg sedap kot!!!!tujuan letak gliserin utk melembabkan kek...betulkan???

2009年3月29日日曜日

MATCHA MARBLE CAKE



RESEPI DR BLOG MAT GEBU....

Bhn;

140gm mentega
2 biji telur gred A
120gm gula halus
120gm tepung gandum*
1/2 camca teh b.powder*(digaul dan diayak)
60gm serbuk badam
2 camca besar serbuk teh hijau
2 camca besar air panas

Caranyer;

1. Satuakn serbuk teh hijau dgn air panas..kacau rata hingga jd paste.
Satukan tepung yg diayak b'sama dgn serbuk badam,gaul rata...ketepikan.
2. Putar mentega dan gula halus hingga putih,masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang.
3. Pd speed p'lahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
Ceduk keluar 1/3 adunan dan bancuh dgn ppaste teh hijau. Kacau rata.
4. Dlm tin yg telah disapu mentega dan alas dasarnya dgn kertas,tuang adunan kosong dan diikuti adunan teh hijau,pusing guna chopstik utk m'dptkan corak marble.
5. Bakar pd suhu 180C selama 40minit/hingga masak.

2009年3月22日日曜日

KEK MARBLE SUSU



resepi ku cedok dr fp k.Rinnchan...resepi asal dr Chef Norzailina Nordin
lembut + gebusss kek ni...

Bahan;

250gm butter
230gm gula(ku kurangkan jd 200gm jer)
2 camca teh ovalette
4 biji telur(ku letak 3biji jer...size LL)
270gm superfine flour(ku guna tepung kek)
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco


Caranyer;

1. Ayak tepung + b.powder b'sama....ketepikan.
2. Putar butter,gula + ovalette hingga kembang dan b'krim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Terus memutar adunan.
4. Kaupbalik tepung m'gunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat ... putar sebati.
6. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian....satu bahagian dibiar begitu saje,satu bahagian lg dicampor dgn serbuk koko,chocolate emulco + susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dgn kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko silih b'ganti.
9. Bakar dgn suhu 180C selama 45-50minit/hingga masak.
(ku bakar dgn suhu 180C selama 30min...dan turunkan ke suhu 160C selama 15min.

2009年3月13日金曜日

RICH MOIST CHOCOLATE CAKE



resepi ni ku ambik dr blog k.zana(zanaz),sedap kek ni...x puas mkn.
kek ni k.zana buat utk kek blackforest....tp aku buat topping chocolate jer!!!
ku c&p jer kayy!!!!

rich moist chocolate cake

170 gm butter
120-280 gm gula kastor ( dah adjas)(ku letak 180gm jer)
3 biji telur

B - diayak sekali
226 gm tepung high protein (tpg gandum pun ok)(ku guna tepung kek)
60 gm serbuk koko
1 1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
C -
1 sdt nescafe + 1 sdb air panas ( tak boh pun tak apa)(yg ni ku letak...sbb suka dgn bau nescafe)
1 sdt esen vanila
1 sdt chocolate emulco (tak boh pun tak apa)(yg ni pun ku letak juga)
195 gm air sejuk dari esbox(ku gantikan dgn susu segar)

Panaskan oven 1700C
Beat butter dan gula sampai gebu, lebih krg 5 minit.
Masukkan telur satu persatu dan beat hingga kembang.
Masukkan C - segala esen2 tu le dan beat sebati.
Then masukkan bhn B dan fold perlahan dan satu arah
Boleh diselang selikan dgn air sejuk.
Masuk loyang 8" atau 9" dan bakar le sampai masak abt 45-50 mins.

UTK TOPPING

susu pekat - x habis pun setin kecik...
serbuk koko - lbh krg 5@6 sudu besar
minyak sayur - setgh cwn@kurangkan skit

* letak dlm periuk....masak sekejap sambil kacau dgn whisk...tunggu sejuk baru curah ats kek.

2009年2月19日木曜日

Banana caramel poundcake


resepi dr yani...



Bahan-bahan ( [7X5X20] cm )

* 120g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 90g gula
* 50ml minyak masak
* 2 biji telur
* 1 biji pisang (besar)
* 30g , 1 sudu besar guna, air
* 2 sudu kecil air

#### ku tabur hirisan badam kat bah.ats kek...

Cara-cara

1. Ayak tepung dan baking powder. Alas bekas poundcake dgn oven paper atau sapu dgn butter supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C
2. Potong pisang lebih kurang 1cm panjang. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan.
3. Masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair.
4. Masukkan tepung ke dlm 3. Kacau sehingga sebati
5. Tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.4 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas poundcake.
6. Bakar dengan suhu 180c selama 35 minit.

2009年2月3日火曜日

Kek Pisang English Style



penyakit b'jangkit dah singgah kat aku....gara2 tgk ramai yg buat kek ni aku pun mengidam la jugak!!!ahak..

xrugi m'cuba sbb kek ni mmg sedap... aku xder acuan pjg yg macam yatt dan hana guna tu..ku cuma ader acuan comel lote ni...sib baik la muat2 utk kek ni...tu pun ku lbhkan sedikit baking paper tu takut melimpah mcm gunung berapi pulak!!hahahaha....

c&p dr MyR...tq Yatt,

Bahan-bahan ( 5 org )

* 180 gm tepung
* 2 biji pisang ukuran besar (kalu kecil buat 3 biji)
* 70 gm butter
* 3 sudu gula putih
* 2 sudu light brown sugar
* 2 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil esen wanila
* 1 biji telur
* utk hiasan;
* pisang di potong seperti dlm gambar
* serbuk kayu manis
* gula pasir

Cara-cara

1.Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat . Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.

2009年1月27日火曜日

x puashati...



cubaan kedua ku buat kek coklat kukus...1st time buat jd b'sarang mcm kek gula hangus...2nd time buat pun jd gtu jugakkkkk!!!!!!lps ni aku malas dah nk buat kek nih.

wlp rasa dia sedap tp aku xpuashati mna silap nyer jd gtu....kl aku teringn nk mkn kek ni kena tunggu 2,3 bln lg baru aku buat blk...sungguh tension!!!!

2009年1月22日木曜日

Kek Chiffon Matcya


resepi ni ku ambk dr Mat Gebu...resepi asal KEK CHIFFON KELADI..sbb xder pes keladi ku tukar jer dgn matcya..tpwarna dia x brp menarik..sblm masuk oven tu ku tgk ok jer kaler hijau nyer...tp bila masak x nmpk lah pula hijaunyer...nmpk kedekut pulak nak guna serbuk matcya tuu..lain kali kena tambah lg sukatannyer..

Bahan-bahan ( Acuan Chiffon Berukuran 26cm )

* Bahan A:-
* 6 kuning telur (gred A)
* 150 g gula halus
* 100 ml pati santan (guna santan kotak)
* 100 ml minyak jagung/masak
* 70 ml air
* 225 g tepung gandum*
* 1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama)
* 1 camca teh perisa keladi
* 1/2 camca teh pewarna ungu
* Secubit garam
* Bahan B:-
* 6 putih telur (gred A)
* 135 g gula halus
* 1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara

1.Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
2.Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
3.Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
4.Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
5.Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
6.Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

2009年1月15日木曜日

Kek Coklat Kukus


resepi ni ku ambk dr my sepupu yg berada nun jauh di Kota Bharu,M'sia...aku mintak dia emailkan resepi ni sbb dio duk crita psl kesedapan kek ni.....hihihiii!!!!!tu yg buat aku jeles tuuu....
*****k.chik,mu tgk la kek aku ni...jd doh ko????
x rugi aku buat...sbb kek ni mmg sedap!!!!


ni resepinyer;

* 1 1/2 cawan tepung gandum(ku guna tepung kek)
* 1 1/2 cwn serbuk koko
* 1 1/2 s/kecil soda bikarbonat
* 1 1/2 s/kecil baking powder
* sedikit garam(diayak)

# 1 tin susu cair(ku guna susu segar jerk)
# 2 cawan gula(ku guna gula perang)
# 6 s/besar susu pekat
# 125gm butter
3 biji telur(pukuldlm bekas lain sampai kembang)

Caranyer;

1. # masukkan dlmperiuk dan panaskan atas api,sejukkan....apb sejuk masukkan telur yg dah dipukul itu.
2. masukkan no.1 ke dlm * kaupbalik sampai sebati....masukkan dlm acuan yg telah digris dgn butter dan sedikit tepung...kukus selama sejam.

*bila masak,ku terbalikkan ats radai kek....tunggu betul2 sejuk baru keluarkan dr acuan.
* x letak topping pun sbb xder bhn...hihihihii!!!

2008年12月23日火曜日

Kek Marble Trio


resepi dr CMG...ku c&p jer dr Myresepi..
kek ni mmg sedap..lain kali boleh wat lg...heheheeh!!!!
utk percubaan aku buat separuh adunan jer..

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

* 300 g mentega, pada suhu bilik
* 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
* 1 camca teh serbuk penaik*
* 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
* 5 biji telur Gred A
* 250 g gula kastor
* 1 camca besar Ovallate
* 30 g Gliserin(xder..ku gnti dgn whipping cream..hihihi,pandai2 jer ku adjust)
* 20 g air
* 1/2 camca teh esev vanilla
* 1/2 camca teh strawberi emulco
* 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara

1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

2008年12月17日水曜日

Kek Pisang


lamanyer x buat kek pisang nih...aku suka try mcm2 resepi kek ni tp yg paling aku suka dan m'jd adalah dr resepi tauke Myresepi(yani)..kalau aku ikut resepi lain kdg2 tu kek ku jd bantat dan t'lbh lembap gtu...mungkin cara aku bantuh tepung tu xkena.

kali ni ku tabur choc rice kat ats tu...

aku c&p jer dr myresepi okeh!!!!

Bahan-bahan ( 20 cm )

* 2 biji pisang
* 140g butter
* 120g gula
* 2 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanila
* 2 sudu besar fresh cream
* 1 sudu besar jus lemon
* 200g tepung gandum
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

2008年12月15日月曜日

Tiramisu



resepi tiramisu yg mabeles ni ku ambk dr fp k.zana...mmg x rugi saper2 yg buat tiramisu nih...pertama kali buat,aku dah jatuh cinta dgn tiramisu ni....tqvm utk k.zana krn share resepi ni...ku kopipes jer dr fp k.zana sbbmls nak taip...pjg menjela..

Mocha sponge cake

120 gm tepung gandum/red rose/all purpose
100-120 gm caster sugar
4 biji telur
20-30 gm butter - dicairkan
2 sdb susu - dicampurkan ke dlm butter yang telah dicairkan
1/2 tsp espresso paste
1/4 tsp chocolate emulco

Masukkan telur dan gula dalam bowl. then letak dlm bekas yang berisi air panas atau macam kita nak cairkan coklat (double boiler) dan whisk it until lemon colored. but make sure jangan sampai telur ter masak plak . Keluarkan dari air panas dan guna electric mixer and beat until kembang dan ringan. At this stage i add the espresso paste and chocolate emulco and beat at low speed. ni kira 2 tujuan satu destinasi . nak sebatikan adunan dan juga nak pecahkan big bubble. Ayak tepung dan kaup balikkan tepung ke dalam adunan telur secara perlahan2 hingga tepung sebati dengan adunan telur tadi. Lastly masukkan campuran susu dan butter dan kaup balik perlahan2. Masukkan dlm loyang yang bergris or dilapik kertas bergris. Bakar pada suhu 180 C selama 35 minit.

*** untuk bekas 4 segi 20 cm in diameter hanya perlu 1/2 aja dari adunan di atas.



for the cream cheese mixture plak...emm recipe ni ku adjust, mix and match dari pelbagai resipi yang telah ku baca kat merata website termasuklah all recipe. I came out with this recipe masa tinggal kat jepun dulu. masa mix and match it...yang ada dalam kepala adalah yang senang dibuat, senang nak cari bahan, tidak mahal dan sedap. so inilah hasilnya.

cream cheese mixture for tiramisu

250 gm mascarpone cheese
- boleh digantikan dengan cream cheese atau dicampur dengan cream cheese . atau buat mascarpone substitute. ni ku dapat tips dari website ish tak ingat website apa... 225-250 gm cream cheese + 1/4 cawan whipping cream and blend till fine. and i used this as substitute for mascarpone baru2 ni)
60 gm gula
2 biji kuning telur
2 sdt perahan lemon (optional)
2 sdb serbuk kopi + 1 sdb air panas (i lebih suka serbuk kopi espresso blend klu tak ada boleh ganti ngan espresso paste, for me espresso memang mmg lebih menaikkan rasa tiramisu)
100-200 whipping cream/fresh cream

Satukan kuning telur dan gula dlm bekas dan whisk atas air yang mendidih until lemon colored abt 10 mins. In another bowl beat cheese till fine pastu masukkan kuning telur tadi and beat hingga sebati. Pastu add plak coffee mixture, kacau sebati. In separate bowl lak beat whipping cream till stiff peaks. Pastu gently fold in the whipping cream into the cheese mixture sampai sebati .

Proses penyatuan :

Coffee syrup:

1 sdb serbuk kopi dicampur dengan 80cc air panas

Sapu coffee syrup ke atas sponge kek hingga agak lembab kek tu. anyway depends on citarasa le. ku suka kek tu jadi lembab so kena le guna extra coffee syrup. Lepas tu baru le tuang adunan cream cheese tu ke atasnya. ini terpulang samada nak buat a few layers atau cuma 2 layers je. kalau banyak layers kena le bahagikan sponge kek tu. dah siap dilayer...eloknya simpan le dulu dalam peti sejuk untuk beberapa jam tapi jgn lupa cover bekas dengan plastic wrap. sebelum dihidang ayakkan serbuk koko ke atasnya.

2008年11月17日月曜日

Kek Coklat Basah



ni resepi kek coklat yg mula2 skali aku buat seumur idup aku..ader la dlm 3/4 thn lps..skali buat jer aku terus sukerr dgn resepi ni...senang pun senang..bhn2 pun mudah jer...tp aku x ingat dr mn aku jumpa resepi ni sbb aku tulis dlm buku nota jer utk rujukan.

sbnrnyer byk lg resepi kek coklat yg aku pernah cube sbb aku suka mempelbagaikan resepi kek coklat ni..tp kali ni aku nak tulis resepi ni dulu..

bahan2;

180gm butter
250gm gula kastor
3 biji telur
300gm air
250gm tepung gandum
50gm serbuk coklat*
1 s/kecil baking powder*
1 s/kecil soda bikarbonat*

*bhn yg diayak

cara;

1. gula dan butter dipukul hingga kembang dan gebu.
2. masukkan telur satu persatu.
3. masukkan tepung+air.
4. bakar dlmoven yg telah dipanaskan selama 180darjah C selama 50-60minit.

Topping coklat;

250gm cooking choclate.
30gm cocoa butter
*masak cara double-boiler.

2008年11月8日土曜日

oreo cheesecake


tgk la rupa ciskek kek aku...bencik!!!!
sungguh sememeh....dah la terlbh brown pulak kaler dia.
lain kali aku kena turunkan suhu tu agaknyer...
x puashati sungguh...sib baik ciskek ni sedappp.
lain kali aku nak buat biar jd cantikkkkk!!!!!.

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
1. Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
2.Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. 3.Bakar secara "steam bake" selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.