ラベル ikan の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル ikan の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年8月18日火曜日

IKAN SWEET SOUR MUDAH


simple jer resepi ni..tp rasanyer ttp sedap!!
ku belasah jer guna ikan entah aper2...sibbaik sedap,ala2 ikan kerapu gtu.
timakasih minami kongsi resepi ni.
mi ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( 2-3 org )

* 2 keping ikan merah(aper2 pon bole)
* serbuk kunyit
* 1/2 bawang besar(dimayang)
* 2 ulas bawang putih(dimayang)
* 1 biji cili merah(mayang)
* 3 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar sos tomato
* 1 sudu kecil gula
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 sudu minyak
* 1/2 cawan air
* mixed vegetables (bole jugak gune)

Cara-cara

1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan)
2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!
3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.

2009年6月7日日曜日

COLEK IKAN


resepi ambk dr blog CMG..resepi asal dr zaliana MyResepi..COLEK TENGGIRI,tp aku guna ikan biasa jer,kl guna tenggiri lg sedap ni...timakasih utk zaliana & c.mat...

ku C&p dr blog Mat Gebu:


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan ikan tenggiri
1/3 cawan air masak
2 camca besar gula (mat guna 1 camca besar jee)
2 camca teh garam (mat guna 1 camca teh lebih sikit)
5 biji cili padi (mat guna 10 biji),
2 - 3 biji limau nipis, ambil jusnya
1 inci belacan, dibakar sedikit
1 biji tomato, didadu
1 biji bawang besar, didadu
Sedikit daun ketumbar, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan tenggiri dibersihkan, lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak. Susun dalam pinggan sesuai.
2. Tumbuk cili, gula garam dan belacan hingga hancur. Campur dengan semua bahan2 lain dan gaul rata. Tuang atas ikan tadi dan hidangkan segera bersama nasi hangat....ishh sedapp nihhh!!!

2009年6月3日水曜日

KARI KEPALA IKAN


kali ni cilok dr Mesra.net(sumber;Majalah Jelita)

Bahan-Bahan:
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dihiris halus
1 camca teh halba campur(ku xder benda ni)
3 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari
4 camca besar serbuk rempah ikan, dibancuh bersama 4 camca besar air
2 ekor kepala ikan merah(ku guna ikan tenggiri)
3 cawan pati santan
Sedikit garam
½ cawan air asam jawa(ni pun xder..ganti dgn asam keping)
5 biji bendi
2 biji tomato, dibelah dua
3 biji cili merah dan hijau
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan halba campur, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari. Masukkan serbuk rempah kari dan masak hingga kering. Masukkan kepala ikan, santan dan garam. Masak hingga mendidih. Masukkan air asam jawa, bendi, tomato, cili hijau. Kacau seketika, angkat dan hidangkan panas-panas.

2009年4月23日木曜日

GULAI IKAN TONGKOL LIZA


ikan tonggol/ikan aye...lauk feveret laki/bini...masak aper pun gerenti licinnnn...bila buat gulai mcm ni teringat dgn nasik belauk pagi kat kg aku...oh,sedapnyer!!!!

timasihhh utk lizacomel..

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

* 1 kg ikan tongkol
* 2-3 ekor ikan kering
* 2-3 ulas asam keping
* 4 ulas bawang merah
* 2-3 ulas bawang putih
* 4-5 biji cili padi
* 3 cm lengkuas
* 2 sudu kecil serbuk kunyit
* 3 sudu makan cili giling
* 1 biji kelapa
* 1 batang timun
* 1 biji cili merah
* 1 biji cili hijau
* garam secukup rasa

Cara-cara

1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...(kutambah gula+garam)
2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
4. kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
5. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

2009年4月19日日曜日

IKAN PEKASAM


perhatian!perhatian!
kpd peminat ikan pekasam ...inilah dia ikan yg dah selamat masuk perut aku td..kl korg nk try silakan laa...sbb menjadi pun ikan ku ini...hehehe!!!
skali lg tq utk farah(mamiotai)

arini ku buat lg ikan pekasam ni...ku guna ikan sanma pulak..aritu guna ikan aji...agaknyer mna lbh sedap!! tunggu 2mggu lg okeh!!!

2009年4月15日水曜日

IKAN PEKASAM


ikan pekasam ni ku buat style farah...sblm ni x t'pikir pun nak buat....bila tgk farah buat baru tahu senang jer rupanyer.

utk p'cubaan ku buat 2ekor ikan jer...bhn yg perlu ialah,beras yg digoreng kemudian diblend...garam+gula...sukatan garam adalh lbh byk dr gula...gaul dgn ikan tersebut...kemudian masuk dlm peti ais....tunggu 2weeks baru bleh ngappp!!!

nnti n.week ku ambk gmbr pulak k..tgk mcmner rupa ikan pekasam ku ini...utk farah,tq yer kongsi cara2 nak buat ni...

2009年4月8日水曜日

IKAN MASAM MANIS


SUMBER:MYRESEPI

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

* 1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
* 1/2 batang timun dibuang biji
* 4 keping nenas dipotong panjang
* 2 biji tomato
* 3 biji bawang putih
* 5 sudu makan cili kering / cili boh
* 6 sudu makan sos tomato
* 2 sudu sos ikan
* 1/2 batang lobak merah
* 2 bji bawang besar
* 1 tangkai

Cara-cara

1. Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan
2. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
3. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata
4. Biar sehingga masak, padam api dapur
5. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan

2009年3月16日月曜日

IKAN MASAK LEMAK SERAI



resepi ku ambik dr blog k.zana(zanaz)...
ku xletak pun daun kunyit,sbb xder hanya tamabah kentang jer...sedap lauk ni tq k.zana share resepi...

ku kopipes dr blog k.zana

meh nak kasi cara2 masak ikan masak lemak serai ni..

1. garam kunyitkan ikan dan goreng macam biasa dah masak, angkat le.
2. hiris sebatang serai halus2, mayang kan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili api utk xtra pedas.
3. panaskan minyak dan tumis seme yg dimayang tadi hingga garing.
4. dlm pada tu boleh masukkan asam gelugur juga.
5. dah garing, letak serbuk kunyit skit, then masuk santan pekat.
6. jgn lupa garamkan kuah tu, masukkan ikan yg digoreng dan biar didih kejap
7. dan sebelum tutup api boleh masuk hirisan d. kunyit kalau mahu.

2009年3月11日水曜日

KARI KEPALA IKAN MAMAK STYLE


ptg td..sedang aku kalut2 dk masak kari ni tiba2 jer aku tgk baby gelisah jer...mcm nak tido tp duk pusing2 mcm x selesa....bila aku pegi dkt nmpk mata dia berair jer...aku ingt nangis ker aper...sbb aniq duk sibuk melukis,xder plak duk kacau dia....rupanyer2 dia demam tiba2...terkejut aku bila check suhu 39.6C terus jer aku masukkan ubat kot bontot....pastu ku msg en.hb kat skolah,dia terus blk dan bwk bby ke klinik....sempat lg aku tunggu kari aku masak...hihihiiiii!!!!

pjg pulak crita pasal kari ni...

oklah ku letak resepi yg ku c&p dr MyR...
sumber; lisa sharip


Bahan-bahan ( seisi keluarga )

* 1 bahagian (1 ekor) kepala ikan. ikut suka la jenis ikan yg anda suka
* serbuk cili kering jenama baba's - kuantiti ikutlah sesuka anda. kalu suka pedas letaklah lebih serbuk cili ni
* serbuk kari ikan jenama babas - kuantiti serbuk kari ni, agak2 la bape besar dan banyak mana kuah kari yg nak dimasak. Kalu setakat nak masak utk makan 5 orangnya gulai, dalam 6 sudu cukup la tu.
* sedikit serbuk kunyit
* asam jawa - ikut suka nak masam ikut selera anda. tpi kari mamak ni, kena lebihkan masam. baru real.
* bendi - ikut suka banyak mana nak
* terung bulat - ikut suka gak nak banyak mana
* tomato - dalam 2 ke 3 biji
* daun kari - lagi banyak lagi best
* bawang besar - dalam 2 biji
* bawang putih - 5 ulas
* santan - 3/4 (suku) biji
* garam secukup rasa
* secawan air

Cara-cara

1. hiris bawang putih & bawang besar. Panaskan minyak. Minyak dah panas, tumiskan bawang putih, bawang merah, tomato uang dah dipotong2 dan daun kari. Tumis sampai daun kari tu dah agak garing.
2. masukkan bendi dan terung bulat. Tutup periuk / kuali dan biarkan sayuran tadi empuk sedikit, then masukkan sedikit air.
3. bila sayur dah agak empuk, tambah air mengikut banyak mana kuah kari yg anda inginkan. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
4. sementara tunggu kuah mendidih, gaulkan serbuk kari, serbuk cili kering dan serbuk kunyit bersama sedikit air. gaul sebati. bila kuah dah mendidih, masukkan rempah ni. tutup kuali / periuk. dan biarkan sampai kuah dan kari tu masak(sebati). o ye, masukkan juga air asam jawa.
5. bila nampah kuah kari tu dah elok sebati dan masaknya, masukkan santan dan kepala ikan. then masukkan garam. Kaedah masak kari style ni, garam tak masuk awal2 tapi last2 cam ni. g satu, if tak nak masukkan santan pun takpe. kuah kari ni still pekat. or anda bleh guna gak susu cair nak gantikan santan.

(utk kari ni ku guna skit jer santan tp ttp pekat....sayur2 tu ku xletak sbb xder...buah tomato ku gantikan sedikit sos tomato...still terangkat!!!!)

2009年3月6日金曜日

IKAN PERCIK



mudah sgt nk buat ikan percik ni...tp aku letak la jugak resepi ni..mntau kot2 ader yg xprnh buat ikan ni...heheheeee!!!

cara ku buat lbh krg ni laa...ku kopipes jer la dr MyR...tq Rohayushakh!!!

Bahan-bahan ( 6 org )

* 4 ekor ikan kembung
* 8 ulas bawang merah
* seinci halia
* 2 1/2 biji santan kelapa
* air asam jawa(ku letak asam keping jer)
* tepung jagung(ku xletak pun sbb xsuka dgn pekat tepung jagung...masak jer santan tu lama skit)
* garam, gula dan serbuk perasa.
serai(ni ku sendri yg tambah)


Cara-cara;

1. Tumbuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama-sama ikan kembung. biarkan selama beberapa minit.
2. Kisar 5 ulas bwang merah bersama halia.
3. Panaskan santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.
4. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, garam,gula dan serbuk perasaan secukup rasa.
5. Bila semuanya sebati dan mempunyai rasa yang memuaskan, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.
6. Bakar ikan kembung tadi sampai masak. Selepas itu siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut.ulangi langkah tersebut sebanyak 3 atau 4 kali.pasti ikan percik anda akan sedap.

2009年2月4日水曜日

Ikan Goreng Berempah


c&p dr MyR,tq hana...

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng(ku guna ikan aji)
* 5cm kunyit hidup
* 6 ulas bawang putih
* 1cm halia
* sebatang serai - dhiris *optional(ku guna sedikit jer..sbb syg serai ku tggl sebtg jer)
* garam

###ku tambah sedikit lengkuas...psssttt!!!hana,sorry yer ku ubahsuai resepi mu..sbb stok lengkuas belambak dlm freezer..hehehehe!!!

Cara-cara

1. Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
2. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat.
3. Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.
4. Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.
5. Sedap makan ngan nasi putih panas.
6. SeLaMaT MenCubE!

2008年12月29日月曜日

Ikan Bakar Berlada


sedap ikan bakar ni cicah dgn sambal kicap...dua2 resepi ni hasil skodeng kat Myresepi..

Bahan-bahan ( 2-3 org )

* 3 ekor ikan cencaru (600gm). Boleh juga guna ikan siakap, jenahak, gerut atau pari.(ku guna ikan aji)
* 5 sb cili boh / lada giling
* *3 biji bawang merah
* *2 biji bawang putih
* *1/2 inci kunyit
* *1/2 inci halia
* 1 sk pati asam jawa adabi / 2 sb air asam jawa
* sedikit garam, gula dan pak aji ikut sedap rasa
* 1 btg serai dititik
* 2-3 biji limau kasturi

Cara-cara

1. Siang
Bersihkan ikan, sbb ikan ni kecik saya buat poket kat belakang ikan, kalau guna ikan besar mcm jenahak, siakap lebih elok belah tgh terus mcm ikan masin.
2. Kisar bahan bertanda *. Tumis lada boh hingga garing kemudian masukkan bahan kisar. Letakkan serai yg dititik. Bolehlah letak asam jawa, garam, gula dan perasa. Tumis sampai garing. ( sambal ni boleh buat byk simpan fridge ). Kalau tumis garing boleh simpan sampai 1 minggu.
3. Sumbat
Sumbat sambal dalam ikan. Kalau guna ikan besar, letak sambal pd bhgn dlm ikan. Bakar ikan.
4. Perahkan limau kasturi masa makan.

2008年12月17日水曜日

Sambal Bilis Kering



buat smlm mkn dgn sup ayam...simple tp aku & en.hubby suka sgt...

bhn2;

secawan ikan bilis
8 ulas bwg merah}
3 ulas bwg putih} dikisar
sedikit belacan}
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap
garam,gula..
bwg besar
(aku tambah 2 buji kentang...kupas kulit,hiris nipis2 dan goreng)

caranye;

1. ikan bilis digoreng.
2. Tumis semua bhn kisar hingga pecah minyak...masukkan gula garam dll.
3. Sejukkan,kemudian barulah digaul ikan bilis & kentang..kl gaultime panas..ikan bilis tu xakan rangup.

simple kan...tak ingat dah aku jumpa kat mna resepi ni.

2008年11月25日火曜日

Kari Kepala Ikan


aku guna ikan tenggiri....resepi aku ikut kat paket remapah kari ikan adabi..

2008年11月24日月曜日

Ikan Sweet Sour



sejak aku terjumpa ikan yg seakan2 bawal kat supa aku mesti beli utk masak sweet sour ...sbb teringat time duk msia suka sgt dgn bawal sweet sour...tp bila dtg jepun ni terus x ingat dgn s.sour sbb x pernah jumpa dgn ikan bawal.

x sangka pulak anak2 aku ni peminat tegar bawal sweet sour....kesian diorg sbb aku x pernah buat pun dgn ikan jenis lain...padahal kalu aku masak dgn aper ikan skali pun bukannya diorg tahu...

skrg ni dlm seminggu mesti aku masak sekali atau 2 kali ikan sweet sour ni...kdg2 tu aku x sentuh langsung pun tp dah budak2ni suka...aku buat jer laa...lgpun xpayah aku nak peningkan kepala nak masak menu aper utk budak2 ni.

slalunyer aku ikut resepi k.rinnchan...ni aku kopipes dr fp die..

SWEET SOUR SIAKAP
Bahan-bahan:
Ikan Siakap, dibersihkan
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili kisar
2 suu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Garam Gula secukup rasa

Bahan2 potong:
Carrot
Timun
Nenas
Tomato
Capsicum

Daun bawang & daun sup

Cara-cara:
1. Ikan digaramkunyitkan. Goreng secara deep fry sehingga garing, ketepikan.
2. Tumis bawang2 dan halia. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan semua sos
dan garam gula. Kacau rata.
3. Tambah sedikit air agar tidak terlalu pekat.
4. Masukkan semua bahan2 potong. Kacau seketika, tuang ke atas ikan. Tabur dengan daun bawang dan daun sup.

2008年11月12日水曜日

ikan masak sambal


ni lauk utk mlm ni...dah selamat aku & en.hubby makan...slalu jugak masak mcm ni tp x pernah pulak aku letak belacan...tp kali ni aku tiru dr myresepi tuanpunya ni letak belacan...aku letak pati belacan jer sbb tu jer yg ader kat umah ni. Pastu aku tambah lg cili api...x brp pedas sbb guna cili jepun..cili jepun ni kdg2 pedas,kdg2 tu hampehhh!!!!nampak jer merah..

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 4 ekor ikan (ikan apa² pun boleh!)
* 4 biji bawang putih
* 2 biji bawang merah
* 1 biji bawang besar dipotong bulat
* 2 biji limau kasturi (air asam pun boleh)
* 1 cm belacan
* 8 sudu makan cili boh (cili kering yang diblend) bagi yang mau le

Cara-cara

1. Lumurkan ikan dengan garam and kunyit...perap selama 10 minit
2. Then...goreng ikan hingga garing
3. Bawang putih & merah dikisar
4. Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili boh...belacan dan bawang besar...tunggu sehingga garing and bawang besar layu
5. Tunggu sehingga mendidih...masukkan gula...and chicken cube...kalau mau lebih masin boleh lah ditambah sedikit garam...then masukkan ikan tadi...gaul hingga sebati...masukkan perahan air limau...gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan

2008年11月5日水曜日

asam pedas ikan dan nenas


resepi dr cmg...

Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )

* 3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan.
* 1 cawan cili kisar
* 3 ulas bawang putih*
* 6 biji bawang merah kecil*
* 1/2 cm halia *
* 1 keping hirisan lengkuas*
* 3 biji buah keras*
* Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
* 1/2 inci kunyit hidup*
* 1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
* 2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
* 1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
* 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
* Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
* Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

2008年10月29日水曜日

gulai ikan aya@tongkol


dah lama aku x mkn ikan aya ni...sblm ni kalu jumpa kat supa pun harganya sgt la mahal...kdg2 sampai rm50 seekor...mmg cekik darah betul...

tp las wik aku jumpa dgn harga yg murah giler...dlm rm25 seekor...tp kat supa yg jauh skit dr umah. Aku borong 4,5 jenis ikan yg jrg2 jumpa kat supa kat umah aku ni.

aku masak gulai style nasik dagang...tp mkn dgn nasik biasa jer sbb xder beras nasik dagang la kat sini...wl aper pun en.hubbyku mkn dgn seleranya...mmg feveret dia la ikan ni...

Aku blend bwg besar,bwg putih,halia,lengkuas....bhn2 tu aku tumis sampai garing,pastu masukkan rempah kari ikan yg d bancuh dgn sedikit air...bila pecah minyak baru aku masukkan ikan...ikan tu aku dah rebus sehari sblm tu...akhrnya masukkan santan,gula,garam.....pastu aku letak timun &tomato kecik....sedapppppp!!!!