2008年11月29日土曜日

Peparu Goreng Berlada


resepi ambk kat fp shima(uk)..

PEPARU GORENG BERLADA

250 gms peparu - potong nipis2
1 labu bwg besar - potong gelang
nampla
sos cili & tomato
sedikit air asam jawa
gula
garam

bhn kisar:
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
3-5 biji cili padi (kalau suke pedas2 laaa )
1 biji cili masak merah

CARA:
1. goreng dulu peparu sampai garing..toskan..
2. tumiskan bhn2 kisar sampai kering..
3. masukkan gula + garam + nampla + air asam jawa + sos cili & tomato.. adjust rasa
4. gaul bersama peparu td..masak hingga kering..

2008年11月27日木曜日

Muffin Cip Choc


baru b'kesemptn nak letak satu lg resepi muffin yg ku buat kemarin...resepi ni ku ambk kat fpages sseorg...tp x ingt dah saper punya..mintak halal la yer tuan resepi muffin ni sbb ku nak letak kat blog...senang nak rujuk.

kali ni aku campur cincangan coklat bar ganti cip choc...pastu aku campur serbuk badam lbhn buat biskut masa raya ari tu...kat atas tu pulak aku tabur oat.

Bahan;

1 biji telur gred A
200ml susu segar
1 sudu teh vanilla
250gm tepung gandum*.....
2 sudu teh serbuk penaik*...ayak
1/2 sudu teh soda penaik*...
175gm gula kastor
90ml minyak jagung
150gm cip coklat

Cara2;

1. satukan telur,susu,vanilla dlm mangkuk kecil.
2. campurkan bhn ayak+gula kastor ke dlm mangkuk besar.
3. tuang sedikit demi sedikit minyak.
4. bubuh 120gm cip coklat dan kacau sebati.
5. isikan 3/4 penuh ke dlm acuan muffin...taburkan baki cip coklat td.
6. bakar pd suhu 175C selama 30-35minit...atau hingga masak.

Coffee Coklat Muffin


ari ni...ari gilerr buat muffin...2jenis muffin aku buat ari ni...kes nak perabis instant coffee mix dr M'sia...mula2 tu nak buat muffin ni jer tp bila siap tu mcm x cukup jer sbb aku guna cup muffin yg besar skit...jd,boleh dpt 5biji jer....ni mesti berebut dgn budak2,mak budak...&bapak budak.hahahahaha!!!

resepi dr yani(tauke Myresepi)

Bahan-bahan ( 6 biji )

* 2 sudu besar instant coffee
* 70ml susu segar
* 50g butter
* 50g gula halus
* 1 biji telur
* 150g tepung gandum
* 1 1/2 sudu kecil baking powder
* 65g milk chocolate

Cara-cara

1. Potong milk chocolate kecil-kecil. Ayak tepung dan baking powder. Campurkan instant coffee dengan susu segar untuk buat coffee milk. Panaskan oven sehingga 180C.
2. Pukul butter sehingga lembut. Masukkan gula pukul sehingga putih.
3. Tambah telur sikit demi sedikit sambil dipukul.
4. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan coffee milk tadi.
5. Akhir sekali masukkan coklat yg telah dipotong. Kacau biar bercampur rata.
6. Isikan bekas muffin dengan 3/4 penuh. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.
7. NOTE: Muffin ni kurang manis. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam adunan ataupun buat icing topping selepas dibakar. (icing toping=80g icing sugar + 1sb fresh milk)

2008年11月26日水曜日

bunga aper ntah...


ni bunga yg aniq buat kat skolah...aku tanya dia nama bunga ni.???ader ker dia jwb x tau...aku tanya en.hubby pun dia xtahu jugakk...saper tau nama bunga ni??...sila la bagitau aku..aku pernah nampak bunga ni kat umah jiran nihonjin.....mmg cantik sgt dgn kaler kuning...mcm bunga plastik gtu. Kalu kat msia mcm x pernah jumpa jer..yer ker,ker aku x perasan..hihihihi!!!

2008年11月25日火曜日

Kari Kepala Ikan


aku guna ikan tenggiri....resepi aku ikut kat paket remapah kari ikan adabi..

Apam Mekar



baru jer siap buat ni..aku buat separuh adunan jer..dpt 15 biji...resepi ambk dr dapur k.hanieliza....

aku guna starwberry paste & choc emulco

APAM MEKAR

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

Nasi Kerabu Perantau


resepi yani(tauke Myresepi)

nasik kerabu aku ni mmg betul2 perantau la sbb x cukup bhn...tp sbb teringin sgt nak mkn(mcm org mengidam gtu...hihihihii)aku pun main hentam jer larr...aku kopipesjer la resepinyer..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* @@ Nasi @@
* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna kuning
* 2-3 helai daun limau purut(optional)
* 1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka.
* @@ Sambal Tumis @@
* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
* garam dan gula melaka
* @@ Sambal ikan @@
* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia
* @@ Kerabu @@
* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum
* @@ Bahan lain- optional @@
* solok lada
* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan

Cara-cara

1.
Tumis
## Sediakan sambal tumis ##
2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
4. ## Masak nasi ##
5.
Nasi
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
6.
Sambal-ikan
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
8.
Kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
13. @@ Kerabu @@
14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
15.
Nasikerabu
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

2008年11月24日月曜日

Ikan Sweet Sour



sejak aku terjumpa ikan yg seakan2 bawal kat supa aku mesti beli utk masak sweet sour ...sbb teringat time duk msia suka sgt dgn bawal sweet sour...tp bila dtg jepun ni terus x ingat dgn s.sour sbb x pernah jumpa dgn ikan bawal.

x sangka pulak anak2 aku ni peminat tegar bawal sweet sour....kesian diorg sbb aku x pernah buat pun dgn ikan jenis lain...padahal kalu aku masak dgn aper ikan skali pun bukannya diorg tahu...

skrg ni dlm seminggu mesti aku masak sekali atau 2 kali ikan sweet sour ni...kdg2 tu aku x sentuh langsung pun tp dah budak2ni suka...aku buat jer laa...lgpun xpayah aku nak peningkan kepala nak masak menu aper utk budak2 ni.

slalunyer aku ikut resepi k.rinnchan...ni aku kopipes dr fp die..

SWEET SOUR SIAKAP
Bahan-bahan:
Ikan Siakap, dibersihkan
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili kisar
2 suu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Garam Gula secukup rasa

Bahan2 potong:
Carrot
Timun
Nenas
Tomato
Capsicum

Daun bawang & daun sup

Cara-cara:
1. Ikan digaramkunyitkan. Goreng secara deep fry sehingga garing, ketepikan.
2. Tumis bawang2 dan halia. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan semua sos
dan garam gula. Kacau rata.
3. Tambah sedikit air agar tidak terlalu pekat.
4. Masukkan semua bahan2 potong. Kacau seketika, tuang ke atas ikan. Tabur dengan daun bawang dan daun sup.

Sejam di Kinbuchi Koen


ptg kemarin duk plan dgn en.hubby nak tgk momiji kat kinbuchi koen...sampai jer kat situ tgk daun2 x brp nak merah lg...kalu ambk gmbr pun macam duk dlm hutan jer. Tp dah alang2 sampai tu aku sibuk la jugak duk ambk gmbr baby dgn aniq...budak2 ni suka sgt kalu pergi koen sbb boleh b'lari sesuka hati...aku pulak yg x tahan dgn sejuk pastu kesian jugak dgn budak2 ni yg selsema sejak 2,3ari ni.

cdgnyer ari ni nak g kat Sanuki Kodomono Kuni...tp hujan la pulak...nampaknyer ari ni aktvti menambahkan lemak2 kat body yg dah tersedia berlemak...hahahahaahah!!!!!

Ayam Percik Berempah


resepi ni ambk dr majalah SAJI(sept.2008)

BAHAN PERAP;

1 ekor ayam dibelah 4
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

BAHAN PERCIK;

2 cwn santan pekat
3 batang serai(dititik)
3 sudu besar ketumbar
1 1/2 jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
6 ulas bwg merah (kisar)
1 1/2 cm halia (kisar)
1 cm kunyit hidup (kisar)
2 sudu besar cili(kisar)
1 keping asam gelugur
garam,gula
1 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA;

1. Bersihkan ayam gaul dgn garam dan kunyit. Panggang di dlm ketuhar hingga separuh masak.
2. Ketumbar,jintan putih,jintan manis disangai kemudian dikisar halus.
3. Panaskan minyak,tumis bahan yg dikisar bersama bawang hingga wangi,masukkan semua bhn kisar,kacau hingga naik minyak,tuang santan pekat,masukkan serai,kerisik dan asam gelugur,didih hingga pekat.
4. Perisakan dgn garam dan gula.
5. Keluarkan asam gelugur,tuang kuah percik ke atas ayam panggang,bakar lg hingga ayamnya masak dan kuah kering sedikit.

2008年11月23日日曜日

kueh bakar



resepi dr joayee..

Bahan-bahan ( 6 org )

* 1 cup gula
* 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
* 2 cup tepung gandum
* 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
* 2 tbs butter
* 3 biji telur
* 1/2 tsp garam
* colour hijau
* bijan

Cara-cara

1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

2008年11月22日土曜日

kueh cek mek


buat ptg kemarin...
sblm aniq blk skoloh mesti aku kena masak sesuatu kalu x dio bising2 sbb xder mknn laa..lapar laa..kalu aku masak benda yg dia x suka pun dio akan bising jugak!!!..harus la aku duk kat dapor ni pagi,petang..siang,mlm...sib baik la l.top aku ni duk kat dapor tau....sambil2 tu boleh la aku jengok2 blog kekawan yg rajin masak.

2008年11月21日金曜日

takoyaki







buat smlm ats permintaan aniq...aku dgn en.hubby mkn nasik beryani...tp budak2 ni x mkn sbb aku buat lauk2 yg pedas...sbb takut anak2 aku kebulur maka en.hubby kluar pegi beli bhn2 utk buat takoyaki.

dalca

acar nenas



resepi dr minami133(myresepi)

slalu buat ni utk makan dgn nasik minyak,nasik beryani,nasik tomato...dan seangkatannyer...tp kt tambah udang kering skit.

Bahan-bahan ( 4 org )

* 1 tin nanas dlm tin
* 1 batang kulit kayu manis
* 3 biji buah pelaga
* 5 biji bunga cengkih
* 1 biji bunga lawang
* 1 sudu minyak masak
* pewarna kuning

Cara-cara

1. masukan minyak dalam kuali. masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. tumis sekejap.
2. masukkan air nanas dlm tin. potong nanas kepada 4. masukkan ke dlm kuali. akhir sekali masukkan pewarna kuning 2-3 titik. masak hingga mendidih.

ayam merah masak madu


ni sebagaipelengkap nasik beryani...resepi cilok kat blog hana...tq hana kongsi resepi..mmg kena mkn dgn nasik beryani.

Bahan-Bahan:
-Ayam 500gm (perap dgn garam & kunyit)
-3 sudu besar cili kisar
-6 ulas bawang merah - dikisar
-2 ulas bawang putih - dikisar
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar madu
-1 sudu kecil serbuk lada hitam-ni hana tk buh
-2 biji lada besar - potong serong
-Air
- hana tmbh halia n serai ketuk serta bwg hiris.

Cara-caranya:
1. Ayam digoreng dulu, kemudian alihkan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu.
4. Masukkan sedikit air, tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama lada besar dan lada hitam.
6. Sedia untuk dihidang dan hias bersama daun bawang dan daun sup.

nasi beryani


buat smlm...
nasik beryani lg...kali ni guna rempah adabi pulak...cara2 nak buat pun ikut kat paket rempah tu jer..cuma tambah serbuk kunyit skit..sajer nak bg b'pinar bijik mata.

2008年11月20日木曜日

mee kari


smlmnyer menu...







ikut resepi qirah75(myresepi)...tp ktnyer xder udang jd kt gantikan dgn isi ayam & lala...bhn2 sampingan pun kt letak aper yg ader jer...tp sedappp!!!!!


Bahan-bahan ( 8-10 orang )

* udang 1/2 kg
* mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
* rempah kari 2 senduk kecil
* cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
* bawang merah 6 ulas*
* bawang putih 3 ulas*
* halia 1/2 inci*
* kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
* daun kari 1 tangkai
* tahu kering (yg macam dlm pic tu)
* udang kering sikit*
* asam keping dlm 2,3 keping
* pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik
* Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api

Cara-cara

1. Tumbuk bahan *
2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Tapi pic kat atas tu tak buang kulit sebab M..
4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

spageti simple



buat la resepi mna pun...anak2 aku mmg suka dgn spageti...tp aku buat simple jer letak ayam/daging cincang...kalini aku xltak pun brokoli sbb budak2 x brp suka nnti aku jugak kena abiskan..aku pun kdg2 tu xbrp layan jugak dgn sayur...kalu ada cendawan ok jugak.

2008年11月19日水曜日

bubur kacang




buat bubur kacang ni dah lama...tp masih b'baki lg dlm peti ais sbbnyer aku sorg jer yg layan...en.hubby kurenggg dgn bubur ni...budak2 pun x jeling pun time aku duk mkn sorg2...errrmmmmmm!!!!eksyen sungguh korg yerrr...kalu musim panas best jugak kalu buat aiskerim...tp msim ni xboleh laaa...segala urat saraf aku naik sengal daaaa...

2008年11月18日火曜日

kueh keria


aku ambk kat mesra.net...nampak senang tp aku slalu jer fail bab nak menyira kueh ni...tgk la ni gula tu mcm jd karemel pulok!!!

Kuih Keria

500 gm keledek, direbus & dikupas kulitnya
¼ sudu garam
Secubit serbuk kulit kayu manis
1 biji telur, dipukul hingga kembang 105 gm tepung, diayak
Minyak banyak untuk menggoreng
125 gula pasir
4 sudu besar air
Cara:
Lecekkan keledek bersama garam & kulit kayu manis. Apabila telah rata, masukkan telur & gaul rata-rata. Masukkan tepung yang telah di ayak. Uli campuran itu untuk mendapatkan doh yang lembut. Taruk di atas papan canai yang bersapu tepung, hingga setebal 1.2 cm. Bahagikan kepada 14 bahagian berbentuk tiap-tiap satu bahagian kepada suatu bulatan yang berlubang tengahnya. Pijarkan minyak yang banyak untuk menggoreng. Goreng hingga kuih-muih itu hingga kuning keemasan warnanya & garing. Toskan minyaknya betul-betul & ketepikan. Larutkan gula dalam air. Didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Balik-balikkan kuah keria itu dalam sirap ini hingga bersalut rata & gula itu menjadi hablur. Sejukkan & hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Untuk membuat 14 keping saja.

2008年11月17日月曜日

Kek Coklat Basah



ni resepi kek coklat yg mula2 skali aku buat seumur idup aku..ader la dlm 3/4 thn lps..skali buat jer aku terus sukerr dgn resepi ni...senang pun senang..bhn2 pun mudah jer...tp aku x ingat dr mn aku jumpa resepi ni sbb aku tulis dlm buku nota jer utk rujukan.

sbnrnyer byk lg resepi kek coklat yg aku pernah cube sbb aku suka mempelbagaikan resepi kek coklat ni..tp kali ni aku nak tulis resepi ni dulu..

bahan2;

180gm butter
250gm gula kastor
3 biji telur
300gm air
250gm tepung gandum
50gm serbuk coklat*
1 s/kecil baking powder*
1 s/kecil soda bikarbonat*

*bhn yg diayak

cara;

1. gula dan butter dipukul hingga kembang dan gebu.
2. masukkan telur satu persatu.
3. masukkan tepung+air.
4. bakar dlmoven yg telah dipanaskan selama 180darjah C selama 50-60minit.

Topping coklat;

250gm cooking choclate.
30gm cocoa butter
*masak cara double-boiler.

2008年11月16日日曜日

buttercream


dah lama aku nak try buat icing guna buttercream...kebetulan masa aku singgah blog SL dia ader tayang resepi buttercream..jd,aku pun try la tepek kat b'day puteri aku arini..aku guna yg letak susu pekat tu...errmmmm!!!sedap sungguh..lemak manis.TQ SL sudi tayang resepi tu..ku kopipes jer dr blog die.


Buttercream I

Bahan-bahan:
250gm butter
200gm krimwell - kalau tak de tukar ke shortening
200gm gula aising - ayak (ikut kemanisan memasing)

Caraku:
- putar semua bahan hingga kembang dan b'warna putih.
- kene putar lama sket supaya gula icing tu larut.

p/s - biasanya BC ni SL gunakan untuk buat bunga rose, dsb. sebab agak keras dan mudah di bentuk. kalau nak frost atas kek pun boleh...... :)
- sebab guna krimwell atau shortening tu. setahu SL sebabnya hanya bertujuan supaya adunan tu b'warna putih melepak.(ni yang haku belajar dari Kak pau tokey Akademi citraklasik) senang nak buh kaler.
- nak wangi, letak sket esen vanilla..

Nak lagi senang, guna yang ni...

Bahan-bahan:
250gm butter
200gm shortening
1 tin susu pekat - ikut kemanisan memasing

Caraku:
- putar sumer bahan hingga kembang.
- letak kaler dan leh hias atas kek...

Happy B'day...AREESYA YUQEE!!



ari ni genap 2 thn usia baby,,aku x buat party aper2 pun..hanya party t'tutup utk aku sefamily jer..mula tu aku plan nak buat sebijik kek jer..pastu aniq pulak dengki bila aku kata nak buat kek utk b'day baby...dia pun suruh aku buat kek coklat utknyer...oklah aku pun mcm teringin nak mkn dua2 jenis kek tu.. Orange sponge Cake tu aku sajer nak test sbb nampak sedap jer kalu tempek ising...kalu kek coklat tu mmg dah jd feveret aku...kalu teringin nak mkn aku buat jer...xkira la bila2 pun!!!!

aku nak letak resepi orange sponge cake yg aku ambk kat myresepi...tq tuan punya resepi...sbb 1st time try dah m'jd kek aku...mmg lembut gilerrr kek ni. Tp aku x pndai nak deco lawa2...aku cuma tepek buttercream jer...kalu nak deko lawa2 rasanya 3ari 3mlm la aku x tido..

Orange sponge Cake
Ladybird_2

kembangkempis@myresipi.com

Orange sponge Cake

Bahan-bahan ( 10 inc )

* 1 1/3 cawan tepung gandum
* 1/4 gula custor
* Secubit garam
* 6 putih telur
* 1 sudu Kecil krim tartar
* 1/2 cawan gula kastor
* 6 kuning telur
* 2/3 cawan gula kastor
* 1/2 cawan orange juice
* 1 sudu besar kulit orange

Cara-cara

1. Ayak tepung ,1/4 gula dan garam. Ketepikan.
2. Di bekas yg lain pukul putih telur, krim tartar dan sedikit demi sedikit gula sehingga pekat. ketepikan.
3. Di bekas yg lain lagi, pukul kuning telur dan 2/3 gula sehingga kuning cerah dan pekat. Campurkan orange juice dan kulit parutan limau. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit .
4. Kemudian masukkan putih telur yg dipukul putih tadi gabungkan dgn cara kaup dan balik secara pelahan2 .
5. Masukan dalam 10 inc loyang (jangan dilangser kerana utk membolehkan aduanan memanjat tiang loyang utk naik ke atas) Sedia dibakar. Bakarlah ke suhu 170 celcius.

2008年11月14日金曜日

daging masak lemak cili api





ambik dr fp mamafami...kt kopipes jer!!!

DAGING MASAK LEMAK CILI API (NEGRI SEMBILAN STYLE)
Sumber : Shy (Resipi.Net)

Bahan-Bahan :

½ kg daging batang pinang
2 batang serai
20 biji cili padi
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup

2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam
½ cawan air

Cara :

1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus.
2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah empuk masukkan santan cair dan air tadi. Kemudian mskkan ubi kentang dan daun kunyit.
4. Apabila ubi kentang telah empuk, mskkan santan pekat dan garam.Tutup api.

Cadangan Hidangan :

Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.

2008年11月13日木曜日

meat ball

telur bungkus


mlm ni aku masak seafood tomyam..dan sbg pelengkap menu aku buat la telur bungkus,ikan goreng & begedil udang kering...yg lain2 tu x payah la letak kat sini kann???aku nak tayang telur bungkus sajer...resepinyer aku ambk kat Myresepi..aku suka rujuk myresepi sbb mcm2 ader kat situ..lg2 kalu tgk org tayang gambar cantik2 tu...lg laa b'smbgt aku nak buat..hihihiii!!!1!

Bahan-bahan ( 2 Orang )

* Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
* Mix veggie - ikut suka nak byk mana
* 1 biji bawang besar - dipotong dadu.Ayu guna 1/2 je sbb bawangnya besar
* 1 biji bawang putih - dicincang kasar
* 2 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar kicap - ayu guna kicap manis
* 2 biji telur - dipukul sedikit
* Garam & gula - secukup rasa
* Lada sulah - secukup rasa
* Minyak utk menumis

Cara-cara

1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
2. Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
3. Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
4. Kemudian masukkan mix veggie.Ayu tak guna mix veggie.Ayu gantikan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
5. Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!

2008年11月12日水曜日

suka b'gambar...



kalu aku sibuk duk snap sana,snap sini...baby pun sibuk jugak la suruh aku ambk gmbr dia...pastu siap tepuk tgn bila aku tunjuk gmbr tu...b'lawnn dgn aniq yg dr dulu x suka ambk gmbr...kalu aku curi2 ambk pun mesti dia marah2...sbb tu la x byk gmbr dia dlm simpnn.

kalu ader pun mesti senget sana sini...nampak separuh laa...eiiii geram sungguh!!!sampaikan cikgu dia pun bagitau masa awal2 skolah dulu aniq susah nak b'gambar...tp skrg mungkin ok dah skit..sbb aku tk gmbr2 dia kat skolah pun ok dahh.

curry rice


ari ni aku kena sediakan bento utk aniq...kalu ari mkn kari..xkira la aper jenis kari pun mmg aku kena buat sbb kat sini bukan semua jenis kari bleh telan...ni pun bknnya aku guna kari jepun..sbb x jumpa yg pernah aku beli sblm ni.

dah puas cari..last2 en.hubby beli kari india ker pakistan...yg mmg x pedas langsung..pastu aku modified laa biar rupa dia ader iras2 kari jepun...dan yg penting aniq boleh makan.

aku tambah sos tomato,gula,garam...& bancuh gandum dgn sedikit air..campor dlm kari tu biar pekat skit.

ayam goreng kicap


ni pun menu utk mlm ni...simple jer masak ni....slalu aku lbhkan kuah kicap tu sbb bebudaak suka dgn kuah kicap ni...

memula garam kunyitkan ayam...goreng asal masak jerrr....blend bwg besar+bwg putih+cili kering..tumis hinga pecah minyak...letak kicap,sos tiram,sos ikan...tambah air skit... gula+garam.

last,masuk ayam..tunggu biar sebati dgn kuah kicap...pastu,letak la tomato/bwg besar..atau ape jer laaa..siap la tuuuu!!!!

ikan masak sambal


ni lauk utk mlm ni...dah selamat aku & en.hubby makan...slalu jugak masak mcm ni tp x pernah pulak aku letak belacan...tp kali ni aku tiru dr myresepi tuanpunya ni letak belacan...aku letak pati belacan jer sbb tu jer yg ader kat umah ni. Pastu aku tambah lg cili api...x brp pedas sbb guna cili jepun..cili jepun ni kdg2 pedas,kdg2 tu hampehhh!!!!nampak jer merah..

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 4 ekor ikan (ikan apa² pun boleh!)
* 4 biji bawang putih
* 2 biji bawang merah
* 1 biji bawang besar dipotong bulat
* 2 biji limau kasturi (air asam pun boleh)
* 1 cm belacan
* 8 sudu makan cili boh (cili kering yang diblend) bagi yang mau le

Cara-cara

1. Lumurkan ikan dengan garam and kunyit...perap selama 10 minit
2. Then...goreng ikan hingga garing
3. Bawang putih & merah dikisar
4. Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili boh...belacan dan bawang besar...tunggu sehingga garing and bawang besar layu
5. Tunggu sehingga mendidih...masukkan gula...and chicken cube...kalau mau lebih masin boleh lah ditambah sedikit garam...then masukkan ikan tadi...gaul hingga sebati...masukkan perahan air limau...gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan

ubi goreng....


wlp senang banget nak buat tp aku nak letak jugak kat sini...tepung utk goreng ubi tu aku bukannya main bancuh sendri...tp aku guna tepung tempura jerrr...jepun kan suka mkn tempura..ader b'jenis2 kat supa.

kalu sblm ni aku bancuh tepung beras yg bwk dr m'sia lg...pii mcm sayang jer nak guna..sbb aku bleh buat b'mcm jenis kueh lg dgn tepung tu...bila try dn tepung tempura ni...eerrrmmm,sedap pulak!!!!lain kali xpayah la aku guna tepung beras tu....kerja pun senang....

2008年11月10日月曜日

ulat bulu


geli kannnnn?????
ulat ni aer kat pokok blkang umah aku..wlp ader org dtg sembur racun tp masih ader lg duk merayap kat pokok....aku nak turun blkang pun geli geleman..

musim panas ari tu byk sgt...2,3kali en.hubby duk sembur racun baru la x wujud sekor pun...tiba2 dlm 2,3mggu lps ader lg laaa...aku bimbang takut duk merayap kat umah seblh jer....naya laaa!!!!

aniq nyer bento...



ari ni aniq kena bwk bento lg kat skolah...sempat pulak tuh aku duk snap sana sini wlpn pagi2 ni kalut sokmo. Maner x kalutnyer sibuk dgn baby yg asal jer buka mata mesti mintak mknn. Bila siap masak sgl aku kena letak dia kat baby chair dan bg la aper2 mknn pun....sambil aniq & baby makan sempat la aku letak segala benda tu kat bento aniq....pastu,cepat2 aku snap gambar.

aku buat simple jer...sosej roll,ebi fried(yg ni xleh tggl,sbb suka t'amatttt),kara age,mikan &gohan...aku pun mkn sosej roll jer utk b.fast pg ni.

2008年11月8日土曜日

oreo cheesecake


tgk la rupa ciskek kek aku...bencik!!!!
sungguh sememeh....dah la terlbh brown pulak kaler dia.
lain kali aku kena turunkan suhu tu agaknyer...
x puashati sungguh...sib baik ciskek ni sedappp.
lain kali aku nak buat biar jd cantikkkkk!!!!!.

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
1. Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
2.Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. 3.Bakar secara "steam bake" selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

nasi lemak


smlm masa dok borak2 dgn en.hubby...tiba2 jer dia kata lama dah aku x buat nasik lemak...mmg lama pun sbb kehabisan ikan bilis...aku suka dgn ikan bilis msia,jd bila dah abih stok aku x buat la nasik lemak...lgpun aku duk tunggu parcel yg sepupu aku hantar...tu yg duk tertangguh2 nak try ikan bilis jepun...smlm tu terus jer beli kat supa...ehh!!!sedap jugak guna ikan bilis jepun yg kecik2 ni...kalu yg besar gedabak tu mmg aku x teliur langsung.

jdnyer b.fast merangkap skali dgn dinner adalah NASI LEMAK...hahahahah!!!sungguh senang kerja aku x payah masak byk benda ari ni...aku buat samabal bilis,sambal sotong,telur mata kerbau,rendang ayam(yg aku frozen bbrp hari lps..)& timun. Bertambah2 la mkn ari ni...

2008年11月7日金曜日

tension lg


yg ni aku pinjam en.hubby punyerrr....jgn gelak ok!!!!abis tercabut dkerjakan oleh aniq time dia kecik2 dulu.

tinggal kenangan


ni laa l.top aku yg jahanam dkerjakan oleh baby...

mee hailam sempoi


ni aku buat utk b.fast pg td....mee hailam aku ni sgt sempoi hokey!!!

bahan;
-isi ayam/udang
-bawang putih
-lobak/kobis
-mee kuning
-kicap manis/kicap masin
-b.pepper
-sos tiram
-tepung jagung
-gula & garam


caranye;

1. Tumis bwg putih...masukkan isi ayam/udang.
2. Tambah air sikit...masukkan segala jenis kicap & sos.
3. Letak sayur..dan tepung jagung yg d bancuh dgn sedikit air..
4. Rasakan gula & garam..last,masukkan mee.

buah khaki


ni yg aniq bwk blk kemarin...dia pegi petik buah khaki dgn group skolah dia..x der sape layan pun dgn buah ni...kecuali en.hubby. Wlp aniq bwk blk 3 biji jer xder la duk berebut2 nak mkn...ari ni ader lg sebiji kat peti ais.

bebola ubi keledek


aku tukar dgn kentang...sedap jugakk!!kat umah aku ni mmg x miss dgn kentang....ader2 jer benda aku nak buat dgn kentang ni...lgpun kalu nak buat sup mmg aku letak byk2 benda ni sbb baby suka sgt..kemarin,time xder aper nak buat tiba2 aku teringat resepi ni kat Myresepi...jd,aku try la..ingt nak buat utk aniq blk skoloh...tp aku dgn baby pulak yg makan melampau2!!!!hahaahahahah....


Bahan-bahan ( 4 orang )

* 2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
* 1 biji telur
* 1/2 sudu baking powder
* tepung secukupnya
* minyak untuk menggoreng
* sedikit garam

Cara-cara

1. Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
2. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

2008年11月5日水曜日

asam pedas ikan dan nenas


resepi dr cmg...

Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )

* 3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan.
* 1 cawan cili kisar
* 3 ulas bawang putih*
* 6 biji bawang merah kecil*
* 1/2 cm halia *
* 1 keping hirisan lengkuas*
* 3 biji buah keras*
* Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
* 1/2 inci kunyit hidup*
* 1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
* 2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
* 1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
* 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
* Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
* Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

kueh tiram


aku slalu tgk arwah ma buat kueh ni time aku kecik2 dulu...kami pggl kerepek k.terbang...ma mmg suka mkn kerepek nilps mkn nasik sambil2 minum teh...tp aku x ingt la resepi dia mcmana..pastu bila tgk ajer resepi ni kat myresepi aku pun tingin nak cuba..resepi ni sumbangan s shamen.

Bahan-bahan ( dapat banyak...boleh dapat satu tin besar kot! )

* 500gm tepung
* 1 biji telur
* 2 sudu margerin
* sedikit garam
* 160ml air
* **6 sudu tepung jagung**
* **6 sudu minyak**

Cara-cara

1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

pizza


aku ni suke sgt buat pizza...lbh2 lg kalu aku bagitau aniq,aku nak buat pizza mesti terlompat2 riang dia...aku suka try mcm2 resepi doh pizza wlp bhn2nyer lbh kurang jer..tp sajer nak try mane yg kena dgn selera family aku...topping pulak aku buat mcm ni jer..
1. bwg putih & bwg besar dicincang..tumis dgn olive oil.
2. masukkan tomato sos,cili sos,gula garam...
3. juga cendawan butang,sosej...ataupun nenas(aku guna nenas tin jer)

...kalu ader tomato paste aku letak jugak..kalu xder pun x kesah.
...tu jer larr

resepi doh pizza aku ambk dr myresepi;sumbangan joayee


Bahan-bahan ( 4 pizza )

* 450gm tepung gandum(plain flour)
* 280ml air
* 2tbs yeast
* 1tbs level garam
* 1tbs gula
* 1 tbs olive oil-(or veg oil)
* 1 bawang putih-crushed
* extra tepung untuk mencanai

Cara-cara

1. masukkan dalam bread maker biarkan on basic recipe prog selama 11/2jam +-
2.bila ready, ambil sedikit dengan senduk(dough memang lembik).lumurkan tangan & tempat mencanai dgn extra tepung.
3.tekan-tekan dengan tangan saja. jangan guna pengelek.
4.letakkan diatas pre-heated bekas. dan cukuk
5.taruk tomato, topping kegemaran etc>>>>bakar taklebih dari 10-12min. seeloknya double loyang untuk xtra lembut..dan loyang tu mesti di panaskan dulu sebelum letak dough..