2009年7月15日水曜日

MEEHOON GORENG LADA PUTIH


Dlm minggu ni dh 3ari b'turut2 menu b'asaskan KANGKONG...sungguh teruja bila jumpa kangkong kat jepun ni....yer la time panas2 ni jer boleh nmpk kangkong tu pun bkn semua supa ader jual benda ni....agak2nyer jepun ni xsuka kot dgn kangkong tu sbb payah nk jumpa.

ari p'tama tu ku masak kangkong goreng belacan+sotong
ari kedua nasik goreng kampung yg pedas berapi+udang
ari seterusnyer buat meehoon ni....tamat la riwayat kangkong yg b'harga 100yen tu...

masa kluar g supa td xjumpa pulak...nmpknyer kena terjah MUMIE lg laa...

oklah,..resepi ni dr k.zana(Inspirasiku)..c&p dr MyR la lagi...

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 400 gm meehoon (direndam 30 min)
* sedikit daging lembu dipotong kecil
* 10ekor/lebih udang
* 1 btg carot dipotong memajang(3cm)
* sedikit sawi
* 4 ulas bawang kecil*
* 2-3 ulas bawang putih*
* 2 cm halia*
* sedikit garam, serbuk lada putih
* daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
* sedikit minyak untuk menumis
* 1 cwn air

Cara-cara

1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.
3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi., biarkan 2-3 minit.
5. Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah

2 件のコメント:

匿名 さんのコメント...

Musim kangkung la pulak kat jepun yer... bestnye boleh makan kangkung goreng belacan...

are さんのコメント...

hehehe...musim panas jer jumpa benda ni...tu yg jd HARI M'KANGKUNG jerrr...