ラベル telur の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル telur の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年5月22日金曜日

SAMBAL TELUR SEDAP!!!


sejak 2,3menjak ni aku xder idea sungguh nak masak lauk aper... tekanan sungguh!!!

tp kl masak benda lain ok jer,nk masak lauk pauk jer yg jd masalah...tp td tiba2 jer aku rasa nk buat menu sempoi ni...aku buat lbh krg mcm ni laa...ni yg aku c&p kat MyR,

Bahan-bahan ( 3 orang )

* cili kering yang telah di kisar secukupnyer
* 4 biji bawang putih di tumbuk
* 3 biji telur ayam
* air asam jawa, garam, gula secukupnyer(xder asam jawa,ku ganti dgn asam keping jer)
* minyak untuk menumis
* 3 cawan air
**ku tambah bwg besar,blend dgn b.putih & cili kering

Cara-cara

1. tumis bawang putih hingga naik bau
2. masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
3. masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnyer
4. biarkan garing sampai mesra.
5. bila dah cukup rasa masukkan air.
6. masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi. air memainkan peranan penting.

2009年2月12日木曜日

Telur Itik Masak Lemak


guna telur ayam jerk...mner la ku nk cari telur itik kat jepong nih.hehehe!!! resepi sama dgn ku buat dgn Noreen...ku c&P jer la kat MyR

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 5 biji telur itik (ku buat 3 bijik jer)
* 450ml santan pekat
* 1-2 keping asam keping
* Garam dan gula secukup rasa
* * 5 ulas bawang merah
* * 1cm kunyit hidup
* * 1 batang serai
* *1 biji cili merah(ku letak 5biji cili merah/hijau)
* * 1 biji cili hijau
* Kalau ada belimbing buluh pun boleh letakkan juga

Cara-cara

1. Blend semua bahan2 bertanda (*)
2. Masukkan santan, asam keping, bahan2 kisar, garam dan gula dalam periuk
3. Jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
4. Bila santan hampir2 mengelegak pecahkan telur sebiji2 sambil dikacau perlahan2
5. Jangan masak terlalu lama nanti telur jadi keras tak berapa sedap
6. Sedia dihidangkan

2009年1月31日土曜日

Kurma Telur


ambk dr blog k.hanieliza...wlp simple tp nk jugak tayang kat sini.heheheeh!!!

BAHAN
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan atau 1 cawan yogurt asli(ku guna santan jerk)
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4](xletak pun sbb xder)
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan atau yogurt, kentang dan telur. Biarkan mendideh.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.