2008年10月31日金曜日

jatuh


nampak x ader kesan parut kat dahi baby???? 2,3 ari lps dia terjatuh dr kerusi..aku x sempat nak pegang dia padahal aku ader pun kat tepi tu...dia jatuh x tinggi mna pun time dia nak pnjat kerusi tp kebetulan ader penutup drawer yg aku simpan mknn tu kat tepi dia...dio yg duk sepah2 kan brg dlm tu...time dio jatuh tu,t'kena penutup tu..jd b'petak kat dahi kesan penutup tu.

sib baik en.huby x marah kat aku sbb dia tahu anak dio x reti duk diam...pastu bila kt tanya saper yg buat baby jatuh...dia jawab dia sendri yg buat...hahahaahahh!!!!sib baik dia x kata aku yg buat. Sbb mmg dia duk main sorg2.

ari2 aku duk sapu dgn minyak gamat...nampak mcm nak m'gelupas dah kat tpt tu.

bento


dr sehari ke sehari aku duk tangguh2 nak letak en3 bento yg aku buat utk aniq...kali ni harapnyer aku akan teruskan en3 bento ni...bkn ari2 pun aku buat bento utk aniq b'gantung pd menu yg pihak skolah bagi..aku ikut menu yg d sediakan oleh pihak skoloh. Kalau menu yg bleh mkn aku x payah la buat utk ari tu...tp jarang sgt la..mgkin dlm sekali@dua kali jer dlm seminggu.

ari ni menu yasai meshi gohan,kabocha korokke,ebi fried,syoyu dofu...susu. MUla tu aku ingat x payah la buat bento ari ni..tp smlm aniq bagitau kat aku yasai meshi gohan x boleh mkn sbb ada daging...ye ker???sbb bila aku check kat tenet..xder pula letak daging...tp bila aniq cakap mcm tu,aku kena la buat bento nampaknyer....oklaaaa,no problem sbb aku buat simple jer...xkan la aku nak bekalkan nasik jer kan...jd,aku pun goreng jer la ebi 2 ekor...siap la bento utk ari ni...kalu ader aper2 yg boleh d makan..cikgu dia akan bg laa..tu pun ari2 aku duk pesan aper yg boleh/aper yg x boleh makan...

tension aku rasa aniq duk pikir......

pagi ni....


aku buat b.fast yg simple jer pg ni...2,3ari lps aniq du mintak aku buat pancake(dia pggil hotto keki)mula tu aku heran aper la hotto keki...pastu dia tunjuk bekas madu kat peti ais...nak makan dgn hotto keki...ooo,baru la aku ingt pancake rupanyer. Semua B.I telah d jepunkan olehnya...

habis la sekeping sorg...mkn dgn baby...aku pun sambil2 tu mkn la jugak sekeping..aku lbh suka mkn dgn choclate syrup..kali ni aku guna tepung yg readymade jer ...senang kerja pagi2 x payah la aku sibuk nak m'bancuh tepung tu segala...

sekarg ni dia x nak bwk ocha dah..mungkin dah boring kottt..sbb dr umur 3 thn sampai la 5thn..ari2 bwk ocha..aku pun naik pening dah dgn bau ocha ni...aku buat teh tawar jer utk dia...dio pun x kesah tawar pun asal kan ada bau2 teh skit...hihihiiiii!!!!teh boh dr m'sia pulak tu..

2008年10月29日水曜日

muffin lg


resepi ni aku ambk dr fp k.zana...

muffin beri biru
125 gm butter
120 gm fine granulated sugar (ku reduce to 100 gm je)
3 eggs (size c)
250 gm all purpose flour ( reduce to 230 gm je)
1 tbsp baking powder
125 ml milk ( guna 130 ml )
blueberry pie filling

Cream butter and sugar until light and fluff. Add eggs gradually. Fold in sifted flour and bkg powder. Pour in milk and mix gently. Pipe one third full of the mixture onto paper cups placed in muffin mould (eloknya paip cam berlopak sikit kat tgh). Add in 1 tsp of blueberry pie flling and pipe more batter to fill about 80% of the cups. Bake for about 20-25 mins at 200 C in preheated oven.

blueberry jem muffin


kali ni aku buat 2 adunan muffin dr 2 resepi....sajer nak try mana yg sedappp...1 adunan aku ambk dr myresepi(yani)dan 1 adunan lg dr k.zana...

yg aku tayang ni dr myresepi...bila aku try rasa die,mmg sedap..2 2 pun sedap..lbh kr jer rasa die...

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )

* 70g butter-suhu bilik
* 60g gula
* 1 biji telur-suhu bilik
* 2-3 titik esen vanila
* 4 sudu besar susu segar
* 100g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* blueberry jem secukupnya.

Cara-cara

1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
4.Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem
Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.
6. Note: blueberry jam yg i guna tu buat sendiri ikut resipi strawberry jam. Kalau guna jem yg siap dibeli tu mungkin lebih manis.. so perlu kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin.

gulai ikan aya@tongkol


dah lama aku x mkn ikan aya ni...sblm ni kalu jumpa kat supa pun harganya sgt la mahal...kdg2 sampai rm50 seekor...mmg cekik darah betul...

tp las wik aku jumpa dgn harga yg murah giler...dlm rm25 seekor...tp kat supa yg jauh skit dr umah. Aku borong 4,5 jenis ikan yg jrg2 jumpa kat supa kat umah aku ni.

aku masak gulai style nasik dagang...tp mkn dgn nasik biasa jer sbb xder beras nasik dagang la kat sini...wl aper pun en.hubbyku mkn dgn seleranya...mmg feveret dia la ikan ni...

Aku blend bwg besar,bwg putih,halia,lengkuas....bhn2 tu aku tumis sampai garing,pastu masukkan rempah kari ikan yg d bancuh dgn sedikit air...bila pecah minyak baru aku masukkan ikan...ikan tu aku dah rebus sehari sblm tu...akhrnya masukkan santan,gula,garam.....pastu aku letak timun &tomato kecik....sedapppppp!!!!

2008年10月27日月曜日

nugget


ni nugget yg aku rasa versi simple gilerrrrr...aku cuma letak ayam cincang,garam,b/pepper@white pepper,tepung jagung,breadcrumbs,telur...tu jer laaa.
Jumlah bhn2 tu aku main agak2 jer....

pasta carbonara


pasta ni aku buat utk b.fast,merangkap skali dgn bento aniq...ari ni semua budak2 kena bwk bento sendri...time ni la aku pening nak pikir bento ape yg bkn saje sedap tp kena menarik minat budak2...nnti aniq malu pulak nak buka bento dio yg aku buat entah aper2...lupa pulak aku nak snap gmbr bento dia pg tadi..

aku buat furikake gohan,ku gentil bulat..sbb aniq nak mcm tu. Pastu aku goreng ebi & homemade nugget...ok la tu!!!harap2nyer licin la bento tu ari ni...

ni resepi pasta carbonara yg ku ambk dr myresepi(yani)..tp aku main hentam jer guna pasta yg jenis lain...ikut ape yg ader kat umah jer

* 2 biji telur separuh masak
* pasta utk 2 org makan
* 2 sudu besar mayonis
* 2 sudu besar butter
* sedikit garam
* 1 ulas bawang putih- dicincang
* 1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
* 2 sudu besar minyak zaitun
* Parmesan cheese secukupnya
* Parsley kering secukupnya
* 4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu)
* serbuk lada sulah/lada hitam

Cara-cara

1. Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan pasta ke dlm no.2 bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5. Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
6. Note :Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.

2008年10月26日日曜日

selesai sudah....



semua menu yg t'catat telah selamt dijual....

karipap lagi


dari smlm aku duk b'tungkus lumus nak siap kan 100 biji karipap...sbbnyer esok ada gakusai kat skolah en.hubby...jd,budak2 undergrad mintak aku buat karipap..mula tu nak buat karipap pusing,pastu xder shortening pulak. Jd,aku pikir2 nak buat karipap biasa jer..aku ikut resepi yg aku buat utk karipap mini tu. Naik pening dah aku tgk gmbr karipap kat blog aku ni...nampak sgt aku xreti nak masak benda lain kan????

time ni aku dah selamat buat karipap dan aku goreng separuh masak...dan frozenkan. esok senang la sikit kerja...lgpun kalu aku x goreng dulu kejap,nnti dia jd t'jelepek jer...mmg huduh sgt!!!!nnti x psl2 x laku pulak karipap aku tu

2008年10月23日木曜日

karipap mini


oleh sbb stok serunding ikan/daging byk kat umah ni,maka aku t'paksa merajinkan diri buat karipap mini ni...lpun semua org umah ni suka dgn karipap..xkira la yg mini ker yg besar ker..cuma mama diorg jer kurang rajin nak buat yg mini ni...

Kalu buat satu balang kecik tu skali hadap jer dah ghaib...sungguh suka makan la org2 dlm umah ni(t'masuk aku lar tu..)ni aku buat ikut resepi ni...x tau la dpt dr mna tp aku t'jumpa kat buku conteng2 aku yg sgt2 usang okay!!!

resepinyer
- 2 cwn tepung
- 3 s/besar marjerin
- 1 s/b minyak
- sedikit garam
- setgh cwn air

mcm tu jer lar yg t'catat kat buku aku tu..

Puding Marble


masa duk intai2 blog hana..nampak sedap jer puding ni..pastu tgk bhn2 pun ader...terus jer aku buat puding ni..hehehe!!
resepi ku kopipes jer kat blog hana ok!!mintak izin dgn puan punya resepi ni yer...nak letak resepi kat sini...sbg rujukan.

Bahan-bahan

* 2 gelas air
* 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
* 2 Gelas susu segar
* 3 biji kuning telur
* 3 sudu besar mentega/majerin
* 1 sudu besar serbuk koko
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 gelas gula

Cara-cara

1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah lpyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

cosmos


gambar cosmos ni aku ambk kat sanuki kodomo no kuni...kebetulan bwk budak ni g jln2..tpt ni mmg jd feveret aniq,kalu ari2 pegi sini pun takper. Sampaikan aku rasa sgt2 boring bila dia ajak papa nyer pegi ke sini. Kdg2 tu aku duduk jer dlm keta biar budak2 ni turun dgn papa diorg..hihihiii!!!jahat aku ekkk???

2008年10月20日月曜日

makan2 raya


alhamdulillah....selesai sudah aku buat majlis makan2 utk raya thn ni pd sabtu lps...xder la penat pun sbb warga M'sia kat Kagawa ni hanya seciput jer. Pastu en.hubby jemput kwn lama dia dr kobe b'mlm kat umah kami...sajer nak kasi meriah sikit bila ramai tetamu.

Ari tu aku sempat buat nasik tomato,nasik minyak,dalca,acar,pajeri & ayam merah. Pastu aku merajinkan diri buat karipap pusing & mee goreng. Tu jer lar yg sempat aku masak pd ari sabtu tu..

Best jugak ekk dpt b'kumpul skali skala mcm ni...bila la aku nak rajin pulak ni..boleh jugak aku ajak geng2 bujang ni dtg umah aku sambil m'jamu selera.

2008年10月16日木曜日

bizi


pagi- lps aniq g skool aku terus ajak en.hubby kluar cari brg utk majlis makan2 sabtu ni. Lewat ekk aku buat majlis raya??? ni gara2 kena ikut jadual en.hubby yg sibuk manjanggggg. Aku on jer bila2 pun x kesah...sabtu ni aku plan nak buat nasik minyak hujan panas & nasi tomato..sbb aku x der periok besar,jd kena la buat 2 periok..tu la sbb aku nak buat 2 jenis nasik tu..pastu,ayam masak merah,dalca,acar & pajeri..ader lg,mee goreng dan karipap...air?teh & nescafe jer..aku malas nak beli air gas sbb gerenti budak2 ni x berenti minum laaa....

ptg- duk sibuk dgn nak mengelim karipap..aku t'lbh rajin nak buat karipap pusing. Inti aku letak daging cincang+kentang...smlm lg aku dah beres buat inti ni. Bizi dgn karipap sampaikan x sempat aku nak b'gossip dgn sepupu aku tu...heheheehehhe!!!!

mlm- kami mkn nabe lg mlm ni...gerun aku tgk aniq & baby mkn x henti2...suka sgt la budak2 ni mkn udon. Nnti blk m'sia sure budak2 ni kempunan nak mkn mknn jepun.

2008年10月14日火曜日

nabe


ptg kemarin,bila en.hubby tanya sapa nak mkn nabe mlm ni...secepat kilat aniq b'sorak riang...sbb dia dah t'bayang bila mkn nabe mesti ada udon..benda2 lain dlm nabe tu dio x sentuh pun,hanya mkn udon semata2...sama la jugak dgn baby.

aku dgn en.hubby duk kutip b'mcm jenis cendawan yg mmg kami suka...best la mkn nabe sejuk2 ni..patut la time sejuk jer benda2 ni byk kat supa. Agaknye kalu mkn musim panas x best kerrr???

bangun pg ni aku dah t'bersin & gatal hidung sbb mkn ketam & kerang smlm. Kuah nabe pun en.hubby beli yg perisa ketam....sedap sgt!!!aku rasa mcm x brp cukup lak smlm.hahahaaaaa!!!mmg jenis mkn byk pun.

2008年10月13日月曜日

makan & lepak


pagi ni aku buat onigiri utk baby & aniq...dr smlm aniq x makan nasik sbb merajuk aku buat nasik minyak warna-warni tp dia x nak la pulak...tension sungguh!!!!sblm ni aku buat nasik tu dio boleh mkn pulak...pg ni,aku buat onigiri 6 ketul..abis di mkn oleh budak 2 org ni(suka sgt la dgn beras jepun ni)aku pulak kalu onigiri ni aku boleh telan time t'desak jerrr..kalu saje2 nak buat b.fast ker aper mmg xleh telan laa..

selesai diorag mkn,aku goreng bihun utk aku & en.hubby...lg b'selera aku mkn bihun goreng banding dgn onigiri tu. bila tgk aku duk mkn..masing2 duk buka mulut mai kat aku...eeiiiii!!!!xkenyang2 lg ker bebudak ni.

sambil2 duk buat entry ni aku dk pikir nak meround kat mner la ptg ni...aku bohsan okey!!!!

2008年10月10日金曜日

batuk & selsema


Dari smlm aku tgk aniq x brp ceria & cergas...x spt biasa yg t'lompat2 dan x reti duk diam langsung...bila aku sentuh dia,rasa panas sikit badan dia..patut la x aktif pun.

Pg ni en.hubby x bg aniq g skoloh...dan aku call souai youchien pasal hal ni..nnti x psl2 bas duk tunggu aniq kat luar.

bila dio x pegi skolah...errrrmmmm paham2 la..umah ku dah jd tongang pecah di kerjakan budak 2 org tu...darah aku m'didih sampai ke otak..!!!!!bila aku t'pandg kalender rupanyer isnin ni cuti umum...Jdnyer 4hari la darah aku m'didih dgn aksi budak 2 org ni.
eiiiii...zalim ker aku nih????

Pg ni aku goreng maggi jer utk diorg...lps tu suruh aku potong epal pulak dah..dengki betul kalu time aku dk ngadap l.top...

2008年10月8日水曜日

homemade kue tiaw


huhhhhh!!!
gigih sungguh aku mlm ni...percaya tak???aku buat kuew tiau tanpa bantuan pasta maker??Sib baik skrg dah masuk musim luruh,kalu x pasti dah b'mandi peluh aku mlm ni. Tgk la ruper kuew tiau ku itu...buruk bebenar ekkk!!!ni kalu en hubby tgk mesti dio t'gelak sakan(skrg dia dah pengsannnn)sbb ade b'mcm size k.tiau ku itu.

Aku rasa,kena cari jugak pasta maker sampai dpt...sbb x kosa dah aku nak mengerjakan tepung tu sampai nipis. Rasa mcm dah keluar sgl urat kat tgn aku!!!Sabo jer laa..

Agak2nyer budak2 & bapak budak nak mkn ke k.tiaw aku ni...ni utk b.fast esok. Berangan nak mkn k.tiaw goreng.hahahaaah!!!Resepi ni aku ambik dr Myresepi..

2008年10月5日日曜日

jeless okey!!!


hukhukhuk!!!
sgt2 jeles bile dgr raya kat m'sia thn ni lbh meriah dr thn2 lps. Lbh2 lg raya ke2 sepupu aku(qmar)selamat b'tunang...majlis pun nampk boleh tahan jugak. Tambah2 jeles lg bile sepupu aku siap tayang b'puluh kpg gmbr sengaja nak suruh aku dengki okey!!!!! dan masa raya ke3 kakak aku siap buat bbq lg ..Harap2 thn dpn pjg umur boleh jumpa dgn semua kaum kerabat aku tu.


Dah la ari ni aku rasa x brp happy sbb hujan lebat dr awal pg sampai ke mlm. Planning nak ke chuo koen sambil b'lenggang kangkong tgk gerai jualan mknn dr pelbg negara. Sudahnya pkl 3 baru kluar umah..sampai kat sana pun dah lewat tp aku beli la jugak nasi kuning & banana roll(pandai2 jer aku letak nama)umi &lia bg diskaun la pulak sbb diorg dah nak tutup gerai. Aku turun sorg jer sbb baby & aniq lena dibuai mimpi dlm kreta.


Lps tu aku singgah kat hard off(2nd hand)beli baju baby & aniq utk musim luruh...tu jer la..pastu kena cari apron pulak utk aniq sbb esok dia kena masak2 kat skolh. Skolah jepun ni mcm2 aktvt sungguh...lega,esok aku x payoh buat bento hanya perlu bwk onigiri jer...sbb dio mkn miso & jagaimo yg dia gali last wik. Tp keno pikir pulak nak masak ape utk b.fast esok!!!

x kemana2..


pagi- mcm biase la pg2 sibuk kat dapor,wlp ari mggu tp ku x b'peluang nak b'golek lama2 ats katil sbb budak2 ni bangun awal....dah tu,diorg sgt jeles kalu tgk aku duk b'golek ats katil. Time tu sibuk la baby duk mintak nene,aniq pulak nak air la..nak mandi la..eii mcm2 la budak2 ni. ari ni en.hubby ku baito...pkl 12 baru abis.

lps mandi kan diorg dan ku pun mandi sama terus buat cucur udang sbb ku tgk kangkong dah makin layu daaa..pastu ku camporkan putih telur lebihan buat biskut raya tu ke dlm tepung cucur tu..sekurg2nyer x m'bazir la telur tu.

tghari-ku buat nasik ayam tp x cukup syarat laa.. xder timun@salad...boleh sgt kalu nak g beli kat kedai b'hampiran,tp ku malas nak kluar umah.

dr pg sampai ke ptg ku duk dlm umah jer..jrg b'laku pd ari mggu okey!!! tp sbb en.hubbyku penat ari ni...jd mlm tu baru kami kluar pusing2 & singgah beli mee..tiba2 jer ku teringin nak mkn mee hailam(bukan mengidam pun),tp sbb smlm ku mkn mee hailam izan yg sedap. Esok ku nak try buat...percaya tak???ku xpernah masak mee hailam.hehehehe...teruk kan???

luper nak crita...smlm telah selamat ktorg buat majlis raya...menu,ayam bbq,mee hailam,puding(sumbgn izan)kuah kcg,lontong,nasik impit(ku la tu yg buat)lemang & berjenis2 biskut raya. Blk tu terus zzzzzzzzz.

2008年10月3日金曜日

3 syawal

a'kum..

pg ni mcm biasa la ku sediakan bento utk aniq..aniq request nak meatball dan ku rajinkan diri buat maggi goreng & ebi fried utk b.fast..selebih tu ku isi dlm bekas bento utk aniq bwk g youchien...ari ni aniq ader aktvti luar..kena gali jagaimo(x pasti pulak kat mner)sbb dia kata kena naik bas utk sampai ke situ.


lps ni ku start nak memasak utk bwk g umah budak2 undergrad...kt plan nak buat mkn2 raya(pot luck)ku nak bwk nasik impit,kuah kcg & lontong...majlis start dlm pkl 6@6.30 mlm(sini dah mlm time tu)sbb maghrib dlm 5.50 lg...awal kan???lambat lg tu,tp ku nak buat slow2 la..sibuk duk melayan sorg budak kecik ni.

2008年10月2日木曜日

raya di rantauan


masuk thn ni dah thn ke5 ku & family beraya di rantauan..drp ber3 dah jd ber4. Sedih????saper x sedih weiii tp aper bleh buat... sbb ku & anak2 ikut papa diorg sambung blajar kat negara matahari terbit ni. tp x per la thn dpn ku nak balas dendam beli baju kat mner2 butik d KL tu...(boleh ker gtu)hihihihii!! sbbnyer thn dpn insyaalah ku dpt beraya kat malaysia t'cinta.cewahhh...en.hubby dah nak abih belajar laa.. ku x nak pandang dah muker2 jepun yg yg hipo ni..tambah2 diorg tgk pelik dgn gayaku b'tudung nih...menyampah sungguh2!!! wlp duk sini ku x beraya sakan mcm kat m'sia tp ku buat la jugak biskut raya sbb nak rasa jugak suasana raya dgn family ku...wlp ari tu aniq skolah dan en.hubbyku ade urusan kat luar. Pg tu sblm diorg kluar rumah ku jamu dgn biskut raya dulu..heheeh!!jgn gelak yer aniq x sebut biskut raya tp KERPOK RAYA!!! Dia x paham aper itu raya..sbb masa ku blk beraya kat msia thn 2005 aniq baru jer 2thn setgh. tghari tu ku masak nasik tomato,dalca,acar & ayam masak merah...tunggu en.hubbyku blk dlm pkl 2...baru la boleh m'jamu selera. malam pun ku belasah menu yg sama jugak. Ptg tu ku terima parcel dr MIL..ader b'mcm2 jenis biskut raya & kerepek...tiap2 thn MIL x pernah lupe hantar biskut raya utk anak,menantu & cucu2 diorg. Sblm tu ku dah terima parcel dr sepupuku..bila d campor dgn parcel MIL ni..b'tambah la koleksi biskut raya ku...best sgt2!!! Begitulah SATU HARI DI HARI RAYA (di rantauan)

SALAM AIDILFITRI

assalamualaikum!!