ラベル lauk pauk lain の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル lauk pauk lain の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年6月4日木曜日

LAUK ARINI...



N3 ni xder resepi sbb menu u/tayang...sesaje nk letak,hihiiii!!

ni lauk lunch td...tp dh pukul 4 pun,kiranyer skali dgn dinner la tu..

ku masak ikan masam manis(kesukaan budak 2 org tu)
paprik ayam+segala sayur2an yg pedas berapi(utk aku)
lbhn kari kepala ikan smlm(ini menu feveret en.hb)

2009年6月1日月曜日

HATI GORENG BEREMPAH


masak lauk ni utk lunch arini,resepi tgk kat MyR...tq terataiungu!!

Bahan-bahan ( 3 orang )

* 250g hati lembu dipotong nipis
* *1/2 st serbuk ketumbar
* *1/2 st serbuk jintan manis
* *1/2 st serbuk jintan putih
* *1/4 st serbuk blackpepper
* *1/4 st serbuk kunyit
* 1 cm halia diketuk
* 2 ulas bawang putih diketuk
* cili padi di ketuk

Cara-cara

1. Hati lembu di bersihkn dan dilumur dengan bahan serbuk bertanda *. perasakn dengan garam. ketepikn selama 1/2 jam.
2. Panaskan 1 senduk minyak dan tumis halia dan bawang putih sehingga garing. masukkan hati. goreng hingga masak.
3. Masukkan bawang merah dan cili padi. goreng lagi untuk 2 minit.
4. Sedia untuk di hidang.

2009年2月13日金曜日

Hati Lembu Masak Jintan


lauk dinner td...jumpa resepi ni kat MyR
tq yatt share resepi ni.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* 1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* Bahan untuk di blender
* 1 sudu jintan manis dan jintan putih
* Sedikit biji ketumbar
* sedikit lada hitam
* 1/2 halia
* 2 ulas bawang merah
* 1 sudu besar rempah kurma
* 1 asam keping
* 1 kulit kayu manis
* 1 biji cili hijau

Cara-cara

1. Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.
2. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3minit. Letak asam keping, cili hijau serta garam dan serbuk perasa. Siap di santap.
3. Peringatan :Hati lembu/ ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.

2008年11月29日土曜日

Peparu Goreng Berlada


resepi ambk kat fp shima(uk)..

PEPARU GORENG BERLADA

250 gms peparu - potong nipis2
1 labu bwg besar - potong gelang
nampla
sos cili & tomato
sedikit air asam jawa
gula
garam

bhn kisar:
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
3-5 biji cili padi (kalau suke pedas2 laaa )
1 biji cili masak merah

CARA:
1. goreng dulu peparu sampai garing..toskan..
2. tumiskan bhn2 kisar sampai kering..
3. masukkan gula + garam + nampla + air asam jawa + sos cili & tomato.. adjust rasa
4. gaul bersama peparu td..masak hingga kering..