ラベル dessert の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル dessert の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年6月10日水曜日

SIRA LABU LIZA


rujuk cara liza dr MyR...sira labu ni mmg femes kat negeri tumpah darahku...aku cam confuse skit,labu jepun dgn labu mesia xsama ker...sbb bila masak tu mmg xder air lansung..kl tgk yg liza buat tu mcm b'kuah skit kat bawah tu...ker labu jepun ni kering skit!!!musykil2,tp xkesah la sbb sedap jugak style kering tu sebijik mcm yg jual kat supa2 d jepun ni.

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

* 1 biji buah labu sederhana besar
* 1 kerek manisan @ 1/2 ketul gula melaka
* 5 senduk kecil gula pasir
* 2-3 helai daun pandan
* kapur makan
* 2-3 sudu teh garam

Cara-cara

1. potong buah labu kepada ketulan-ketulan kecil...lumurkan dengan kapur makan...kemudian ketepikan selama sejam...ini untuk memastikan labu tidak hancur apabila dimasak nanti...
2. basuh labu bersih-bersih dan susunkan dalam periuk...masukkan manisan,gula pasir, garam dan daun pandan...ini gambar manisan (beli di Kelantan, sebungkus ada 10 kerek = RM10)...
3. renjiskan sedikit air...kemudian jerang labu atas api sederhana selama 30 minit dengan periuk dibiarkan sedikit tertutup...
4. agak-agak labu telah lembut,bolehlah diangkat...sedap dihidangkan sejuk :P

2009年5月26日火曜日

TAUFU FA EXPRESS


tiap2 kali g supa mesti beli taufu sbb suka sgt dgn taufu fa ni...nk buat pun senang,bleh rujuk cara2 ros ni...ros,k.are c&p dr blog ros ni,


bhn;
2 paket kecil taufu
3 sudu besar kuro sato ( gula merah) klu kt dapur tu ade gula melaka, lagi elok guna.
2 sudu besar gula ( ikut lah tahap kemanisan masing2 leh kurangkan kuantiti gula tu.)
1 ikat daun pandan
2 cawan air

1. Mula-mula cincang halus gula melaka ( ni klu guna gula melaka) klu guna kuro sato masukkan je dlm periuk.
2. Kemudian masukkan air, gula melaka,gula daun pandan.biarkan air mendidih, selepas itu potong toufu pada 4 bahagian atau klu nak lebih kecil lagi potong 6, masukkan dalam air gula yang mendidih tadi.
3. Biarkan taufu tadi direbus dalam air gula lebih kurang 10 hingga 15 minit, tutup api dan sejukkan, bila dah sejuk masukkan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan. Senang kan, simple dan sedap, buleh lah nak hilangkan kempunan bagi kita yang di perantauan ni. Selamat Mencuba....

2009年4月3日金曜日

PENGAT PISANG


arini b.fast dgn pengat pisang....pelikkan???xkesah lah asal kenyang...hihihii!!!
pengat ni aku buat smlm lg...tp aniq sorg jer yg mkn...tu pun sikit sgt,mengada2 sbnrnyer dh kenyang mkn nasik sblm tu...tp dio paksa aku masak sesuatu sbb katanya lapar...

pagi ni xpayah aku sibuk2 kat dapur..layan jer pengat tu..tp budak2 ni mkn roti dgn jem jer..mama malas nak masak pg ni...tunggu ptg2 skit aku nak buat sup tulang.

2009年2月18日水曜日

Pengat Labu


kl ikutkan tekak nk mkn bubur chacha tp bila pikir2 kena uli tepung tu terus jer t'bantut....teliur tgk k.hani buat chacha kalerful campur dgn keledek dan labu...pastu tgk hana pun dh try buat...

xjd buat chacha maka aku buat pengat labu+biji sagu jerr...nk abiskan stok labu yg aku beli hanya 1 yen jer utk setgh biji....hihihiii!!! bila la lg aku nk jumpa dgn labu yg harga 1yen tu..

sambil2 dk melapis siap laa pengat labu ku ini....

2009年1月26日月曜日

Milk Jelly


simple jer buat ni...ambk dr MyR(yani)

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 500ml fresh milk
* 5 sb air
* 10g gelatin
* jem secukupnya
* daun pudina(optional)

Cara-cara

1. Campurkan gelatin dan air.
2. Masukkan fresh milk ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan. Bila dah panas, masukkan gelatin tadi. Kacau sehingga gelatin larut .
3. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan.
4. Bila nak makan, letak jem dan hias dengan daun pudina.

2008年12月11日木曜日

Pisang Sira


ohohooo..alangkah bestnyer kalu ader pisang nangka buat sira atau goreng kan??? kempunan laa dk kat negara yg xder pokok pisang harapkan pisang dr philipine jer laaa. kalu xbleh jugak mkn jantung pisang ker buat teresek(ni mknn org klate la nih..biasa time kenduri org buat ni)lama sungguh aku `miss'dgn masakan nih...adui laaaa,nasib badannnnn...tp heran jugak wlp byk mnn yg aku miss tp badan ni b'tambah2 kembang la pulaknyer...patutnyer makin susut la kan.

sib baik la jugak ader pisang...wlp sejenis tu jer..nak buat kek ker,cekodok ker..hentam pisang yg sama jer...x pernah buat la time duk M'sia. Kalu xde pisang agaknyer buah aper erk yg boleh aku buat sira???strawberry bleh ker!!!!hehehehe..