2009年7月27日月曜日

COK BANTAL CICAH SAMBAL BILIS


buat utk lunch arini ni...hehehe,mkn dgn budak2 jer sbb en.hb nk cepat mkn pun sambil b'jln.....hish!!sungguh krg sopan.

budak2 ni mkn tanpa cicah sambal bilis....ku jer bedal dgn sambal,mmg mabeles!!aku biasa pggl cakoi dan mkn begitu jer tanpa cicah aper2...
tp bila pekena dgn sambal bilis ni mmg sesuai jer.

esok,lusa nk buat lg sbb nmpk laris jer budak2 ni mkn...

resepi boleh tgk kat MyR...tq MommaMia,

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

* 3 cawan tepung gandum - diayak
* 2 sudu teh yis
* 3 sudu teh garam
* 3 sudu besar gula halus
* 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
* 1 biji telur
* ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
* Bahan - Bahan Sambal Bilis
* 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
* 1 labu bawang besar dimayang
* 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
* 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
* 4-5 sudu cili boh
* 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
* ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
* Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

1 件のコメント:

blogresipi さんのコメント...

Cok bantal nie kalau time panas2 makan gitu je pun sedap nie...