ラベル puding の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示
ラベル puding の投稿を表示しています。 すべての投稿を表示

2009年7月1日水曜日

PUDING ROTI MARBLE



ni semua org tahu resepi saper kan....ade ker yg xtau???hihiiiii...
mesti t'sedak2 tuanpunya resepi nih...hahahah!!ampunnnnnnnn hana.

ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( satu loyang )

* 4 keping roti(ku guna 3 buku kecik2 roti homemade punyerrr!!!)
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gram serbuk agar2
* 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
* 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan air
* 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

###kaler pink tu ku guna strawberry emulco.... nk melicinkan stok baking sblm blk 4 gud!!

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

2009年5月17日日曜日

PUDING TAUHU


oleh sbb xder laici...ku hentam jer fruit koktel...
ku c&p dr MyR...tq nor67,sedap puding ni...

Bahan-bahan ( ramai yg boleh makan )

* 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
* 1 1/2 liter air
* 1 cawan santan pekat
* 1 tin kecil susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 4 sudu besar gula
* 2 helai daun pandan - disimpulkan
* Untuk kuahnya:
* 1 tin laici - laici tu di siat2kan
* 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
* 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
* 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara

1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
7. Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..

2009年4月28日火曜日

AGAR-AGAR SANTAN


resepi dr noreen uk(my home cooking blog)

Bahan-bahan:
1 paket agar2 (20g) - direndam sehingga kembang
5 cawan air - untuk masak agar2
1 cawan gula merah / melaka - ikut pada kemanisan masing2
1/2 cawan gula pasir - ikut pada kemanisan masing2
1 cawan air - untuk masak air gula
1/2 tin santan pekat
2 biji telur
sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul

cara:

* masukkan gula pasir, gula merah dan 1 cawan air ke dalam periuk. masak sehingga gula hancur
* dalam periuk lain masakkan agar2 dengan 5 cawan air sehingga cair
* blend telur dan santan dan masukkan sedikit garam
* bila agar2 dah menggelegak, masukkan gula merah cair tadi dan kacau sebati
* masukkan bahan2 blend ke dalam agar2 yg telah dicampurkan dengan air gula. masukkan jugak daun pandan utk dapatkan bau
* kacau sentiasa supaya santan tidak berketul2
* bila adunan dah nak pekat, masukkan dalam loyang dan kacau ikut putaran jam ke atas selama 5 min. kacau jgn berhenti supaya akan dapat dua lapisan santan di bawah dan gula di atas seperti di dalam gambar

2009年4月18日土曜日

AGAR-AGAR NENAS



nak habiskan baki nenas yg ader separuh tin lagi...t'pikir nak buat agar2 sbb susu segar pun x t'usik lg...kl nk minum mcm tu jer,aku sorg jer yg bleh telan...en.hb bleh telan jugak sikit2...lg 2 org budak mmg xjeling pun susu tu...

ku buat style simple jer...

bhn;

1 paket serbuk agar2(10gm)aku guna serbuk yg kaler brown...sbb tu la agar2 ku warna pelik skit..hihihiii)
1 cwn gula(agak2 jer tu..)
500ml susu segar
500ml air
nenas(separuh tin jer)

caranyer;

1. masak air+serbuk agar2+gula...hingga larut.
2. masukkan susu segar...kacau hingga m'didih.
3. tapis...baru curah dlm bekas...bila dh suam2..baru tabur nenas..letak dlm peti ais....
4. masa nak mkn...kena scoop dgn sudu...sbb agar2 ni lembut & kl nak potong mmg xcantik sbb ader nenas kat ats tu..

2009年1月30日金曜日

Puding Susu Buah-buahan


dr MyR jugak...mmg slalu ku buat cmgini...tp dk sini ku guna susu segar jer,susu cair mahal...hihihi!!!kedekut aku kan???

dr segi rasa,lg uuummmpphh letak susu cair...rasa lemak2 gtu!!!kali ni ku xletk telur..abih stok!!!!hahahahah...

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

2008年12月3日水曜日

Puding Karamel Tanpa Telur


senang banget nak buat...mcm buat agar2 biasa jer...aku guna susu segar jer...sedap jugak..tp org2 dlm umah ni lbh suka yg ader telur...aku,mner2pun boleh!!!

aku c&p jer dr Myresepi..

Bahan-bahan ( 10 orang )

* A) 2 sudu besar gula
* B) 1 bungkus agar-agar serbuk
* 4 cawan air
* 2 1/2 sudu besar gula
* C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
* 2 sudu makan tepung kastard
* 1 sudu vanilla
* (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
4. contoh susu cair n agar2 paket..

2008年11月5日水曜日

puding marble lagi...


kemarin aku badmood...nak masak pun mcm seksa jer rasa,tp ari ni aku dah ok..yer larr kalu aku x masak saper lg nak tolong masak...anak aku & en.hubby nak telan aper la kalu aku mogok masak!!!!!

lps aniq pegi skolah aku pun terus kluar dgn baby g beli brg2 dapor...xbleh nak beli byk2 nnti runtuh stroller baby aku duk sangkut dgn sgl jenis brg yg aku beli...mmg berat sampaikan aku terpaksa letak mikan kat tpt duduk baby....hahaahahahahah!!!!

blk tu aku terus selongkar peti ais...tiba2 jer aku tgk susu dah nak expired...tu yg aku TErajin pegi buat puding ni...kali ni aku try memarblekan dgn 3 kaler...cantik jugak ekkk???

2008年10月23日木曜日

Puding Marble


masa duk intai2 blog hana..nampak sedap jer puding ni..pastu tgk bhn2 pun ader...terus jer aku buat puding ni..hehehe!!
resepi ku kopipes jer kat blog hana ok!!mintak izin dgn puan punya resepi ni yer...nak letak resepi kat sini...sbg rujukan.

Bahan-bahan

* 2 gelas air
* 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
* 2 Gelas susu segar
* 3 biji kuning telur
* 3 sudu besar mentega/majerin
* 1 sudu besar serbuk koko
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 gelas gula

Cara-cara

1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah lpyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.