2009年7月30日木曜日

LAKSAM


resepi dr yani...tp ku c&p dr blog hana,sbb xleh nk buka MyR...
sibbaik jumpa resepi ni kat blog hana....wlp dh prnh buat ikut
resepi ni tp x prnh lagi letak kat blog...

Bahan-bahan

* 3cwn tpg beras
* 1/2 cwn tpg gandum
* 4cwn air suam
* >>bahan kuah:
* Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
* Sdkt halia
* Sdkt bwg putih
* Sdkt bwg merah/besar
* Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
* Santan
* Asam keping
* Sdkt garam
* Sedikit gula merah/gula
* >> Bahan ulam
* timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
* hana tambah ngan belacan potong kuib kecik utk rasa lg kaww! heee..
* >>cili:
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau.

2 件のコメント:

blogresipi さんのコメント...

Kak Are, agak2 kalo kukus dlm oven menjadik tak laksam neh? hehe

are さんのコメント...

eh,boleh ker ijan...xprnh dgr pulak org kukus dlm oven..tp try la..kl m'jd bgtau yer!!