ptg td..sedang aku kalut2 dk masak kari ni tiba2 jer aku tgk baby gelisah jer...mcm nak tido tp duk pusing2 mcm x selesa....bila aku pegi dkt nmpk mata dia berair jer...aku ingt nangis ker aper...sbb aniq duk sibuk melukis,xder plak duk kacau dia....rupanyer2 dia demam tiba2...terkejut aku bila check suhu 39.6C terus jer aku masukkan ubat kot bontot....pastu ku msg en.hb kat skolah,dia terus blk dan bwk bby ke klinik....sempat lg aku tunggu kari aku masak...hihihiiiii!!!!
pjg pulak crita pasal kari ni...
oklah ku letak resepi yg ku c&p dr MyR...
sumber; lisa sharip
Bahan-bahan ( seisi keluarga )
* 1 bahagian (1 ekor) kepala ikan. ikut suka la jenis ikan yg anda suka
* serbuk cili kering jenama baba's - kuantiti ikutlah sesuka anda. kalu suka pedas letaklah lebih serbuk cili ni
* serbuk kari ikan jenama babas - kuantiti serbuk kari ni, agak2 la bape besar dan banyak mana kuah kari yg nak dimasak. Kalu setakat nak masak utk makan 5 orangnya gulai, dalam 6 sudu cukup la tu.
* sedikit serbuk kunyit
* asam jawa - ikut suka nak masam ikut selera anda. tpi kari mamak ni, kena lebihkan masam. baru real.
* bendi - ikut suka banyak mana nak
* terung bulat - ikut suka gak nak banyak mana
* tomato - dalam 2 ke 3 biji
* daun kari - lagi banyak lagi best
* bawang besar - dalam 2 biji
* bawang putih - 5 ulas
* santan - 3/4 (suku) biji
* garam secukup rasa
* secawan air
Cara-cara
1. hiris bawang putih & bawang besar. Panaskan minyak. Minyak dah panas, tumiskan bawang putih, bawang merah, tomato uang dah dipotong2 dan daun kari. Tumis sampai daun kari tu dah agak garing.
2. masukkan bendi dan terung bulat. Tutup periuk / kuali dan biarkan sayuran tadi empuk sedikit, then masukkan sedikit air.
3. bila sayur dah agak empuk, tambah air mengikut banyak mana kuah kari yg anda inginkan. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
4. sementara tunggu kuah mendidih, gaulkan serbuk kari, serbuk cili kering dan serbuk kunyit bersama sedikit air. gaul sebati. bila kuah dah mendidih, masukkan rempah ni. tutup kuali / periuk. dan biarkan sampai kuah dan kari tu masak(sebati). o ye, masukkan juga air asam jawa.
5. bila nampah kuah kari tu dah elok sebati dan masaknya, masukkan santan dan kepala ikan. then masukkan garam. Kaedah masak kari style ni, garam tak masuk awal2 tapi last2 cam ni. g satu, if tak nak masukkan santan pun takpe. kuah kari ni still pekat. or anda bleh guna gak susu cair nak gantikan santan.
(utk kari ni ku guna skit jer santan tp ttp pekat....sayur2 tu ku xletak sbb xder...buah tomato ku gantikan sedikit sos tomato...still terangkat!!!!)
2 件のコメント:
sedapnya kari kepala ikan mamak u ni.. pandai u masak? anak sihat?
xder la pandai sgt...tiru2 kat tenet jerk!!
コメントを投稿