2009年3月22日日曜日

KEK MARBLE SUSU



resepi ku cedok dr fp k.Rinnchan...resepi asal dr Chef Norzailina Nordin
lembut + gebusss kek ni...

Bahan;

250gm butter
230gm gula(ku kurangkan jd 200gm jer)
2 camca teh ovalette
4 biji telur(ku letak 3biji jer...size LL)
270gm superfine flour(ku guna tepung kek)
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco


Caranyer;

1. Ayak tepung + b.powder b'sama....ketepikan.
2. Putar butter,gula + ovalette hingga kembang dan b'krim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Terus memutar adunan.
4. Kaupbalik tepung m'gunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat ... putar sebati.
6. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian....satu bahagian dibiar begitu saje,satu bahagian lg dicampor dgn serbuk koko,chocolate emulco + susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dgn kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko silih b'ganti.
9. Bakar dgn suhu 180C selama 45-50minit/hingga masak.
(ku bakar dgn suhu 180C selama 30min...dan turunkan ke suhu 160C selama 15min.

2 件のコメント:

PuteriSatu さんのコメント...

hish..harus cuba ni..cam sedap...

are さんのコメント...

cuba laaa...gerenti sedap...aqilah pun mesti suka!!!