2009年3月6日金曜日

IKAN PERCIK



mudah sgt nk buat ikan percik ni...tp aku letak la jugak resepi ni..mntau kot2 ader yg xprnh buat ikan ni...heheheeee!!!

cara ku buat lbh krg ni laa...ku kopipes jer la dr MyR...tq Rohayushakh!!!

Bahan-bahan ( 6 org )

* 4 ekor ikan kembung
* 8 ulas bawang merah
* seinci halia
* 2 1/2 biji santan kelapa
* air asam jawa(ku letak asam keping jer)
* tepung jagung(ku xletak pun sbb xsuka dgn pekat tepung jagung...masak jer santan tu lama skit)
* garam, gula dan serbuk perasa.
serai(ni ku sendri yg tambah)


Cara-cara;

1. Tumbuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama-sama ikan kembung. biarkan selama beberapa minit.
2. Kisar 5 ulas bwang merah bersama halia.
3. Panaskan santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.
4. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, garam,gula dan serbuk perasaan secukup rasa.
5. Bila semuanya sebati dan mempunyai rasa yang memuaskan, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.
6. Bakar ikan kembung tadi sampai masak. Selepas itu siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut.ulangi langkah tersebut sebanyak 3 atau 4 kali.pasti ikan percik anda akan sedap.

0 件のコメント: