2009年3月31日火曜日

ROTI TALIBAN


aku pggl roti tempayan...sedap weii cicah dgn kari ayam...

tq jaja78 kongsi resepi ni...ku buat separuh dr adunan tersebut..dpt 7biji size biasa.
ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( boleh dapat dalam 30 biji )

* 700 gm tepung gandum
* 300 gm tepung atta
* 600 ml air
* 1 peket mauripan ( byk dijual di kedai runcit)
* 2 sudu besar minyak sapi
* 2 sudu besar gula ( kalau nak lebih manis tmbhla gula lg)
* lebihan tepung akan digunakn semasa membakar.

Cara-cara

1. Mula2 sediakan satu bekas.
2. air, mauripan ,gula disatukan dan kacau rata.
3. pastu masukkan minyak sapi dan kacau rata.
4. pastu lagi masukkan tepung gandum ngan tepung atta. Uli sampai x melekat kat tangan. Jgn keras sgt dan jgn lmbik sgt. kalu lembik tmbh tepung lg.
5. bila dah ok doh tu , ambk sedikit bulat 2 kan. ikut suka nak bulat kecik atau besar . kalu kecik dpt bnyk , kalu bsr dpt sikit.
6. biarkan seketika dan tggu sehingga kembang . Bila dah kembang , ambil satu doh dan leper kan pakai penggelek atau pakai tangan jer. Sebelum tu sapu tepung kat tangan. masa nak leperkan tu jgn nipis sangat dan jgn tebal sgt . sedang sedang jer.
7. pastu boleh la dibakar diatas kuali non- stick, tabur kan tepung diatas kuali sedikit. xpayah pakai minyak.
8. Agak agak dah masak boleh la angkat dan dihidang kan untuk family. Sedap dimakan ketika panas dan boleh dimakan bersama kuah kari atau kaya.

1 件のコメント:

MamaFaMi さんのコメント...

Kot tak mau cicah cicah, leh gak belah dua roti tu, pas tu buat poket kat tengah, isikan inti ayam ke daging ke, plus sayur sayur... mesti best kan? Esh.... buat teringin je!