2008年11月27日木曜日

Coffee Coklat Muffin


ari ni...ari gilerr buat muffin...2jenis muffin aku buat ari ni...kes nak perabis instant coffee mix dr M'sia...mula2 tu nak buat muffin ni jer tp bila siap tu mcm x cukup jer sbb aku guna cup muffin yg besar skit...jd,boleh dpt 5biji jer....ni mesti berebut dgn budak2,mak budak...&bapak budak.hahahahaha!!!

resepi dr yani(tauke Myresepi)

Bahan-bahan ( 6 biji )

* 2 sudu besar instant coffee
* 70ml susu segar
* 50g butter
* 50g gula halus
* 1 biji telur
* 150g tepung gandum
* 1 1/2 sudu kecil baking powder
* 65g milk chocolate

Cara-cara

1. Potong milk chocolate kecil-kecil. Ayak tepung dan baking powder. Campurkan instant coffee dengan susu segar untuk buat coffee milk. Panaskan oven sehingga 180C.
2. Pukul butter sehingga lembut. Masukkan gula pukul sehingga putih.
3. Tambah telur sikit demi sedikit sambil dipukul.
4. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan coffee milk tadi.
5. Akhir sekali masukkan coklat yg telah dipotong. Kacau biar bercampur rata.
6. Isikan bekas muffin dengan 3/4 penuh. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.
7. NOTE: Muffin ni kurang manis. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam adunan ataupun buat icing topping selepas dibakar. (icing toping=80g icing sugar + 1sb fresh milk)

0 件のコメント: