resepi tulip...
dah byk kali buat sbb sedap...sblm ni aku xsuka dgn sup ayam..kalu buat pun utk budak2 jer....tp bila try resepi tulip ni aku pun dah sukerrr dgn sup ayam!!!
sbnrnyer aku buat ni utk aniq...dah 3ari dia xg skolah sbb demam...kesian dia mkn pun xder selera...
ku c&p dr MyR...ku buat seciput jerr...
Bahan-bahan ( 8org )
* 1 ekor ayam potong 16
* 1 labu bwg merah
* 2 ulas bwg putih
* 1 inci halia
* sebatang kulit kayu manis
* 4 kuntum bunga cengkih
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 iji buah pelaga
* 2 bj kentang
* 1 btg lobak
* 1 mangkuk air panas br masak
* lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
* daun sup, daun bawang & bawang goreng
Cara-cara
1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
3 件のコメント:
sedapnya sup ayam tue... ratah gitu je pun sure habis.. kalau dimakan dgn nasi campur telur dadar pun sedapnya rasa.. heeh..
betul tu T...ni pun mkn dgn telur dadar dan ikan rebus goreng!!!
sedapkan..
ello
huhu... duk nihon jugak ke?
ni terstumble upon ur blog masa cari resepi sup ayam. haha
nice blog, btw. :)
コメントを投稿