2009年2月28日土曜日

AYAM PAPRIK


resepi yani....
kali ni ku guna cili padi campur cili kering sbb tu la nmpk merah skit kuahnyer...

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 1/2 ekor ayam
* [ Bahan kisar ]
* 1 inci kunyit
* 2 batang serai
* 10 biji cili padi
* 3-4 ulas bawang putih
* 1 inci lengkuas
* sedikit belacan
* [ Bahan hias ]
* 4 helai daun limau purut
* 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
* sedikit garam, gula dan perisa
* 1 keping asam keping

Cara-cara

1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak
3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya

0 件のコメント: