sedap weiii popia ni...kali ke2 ku buat ni tp x pass2 jugak time nk buat kulit tu...ader yg tebal,ader yg nipis sampai koyak2 lg masa aku nk gulung tuh...agaknye kena buat dgn lemah lembut kann..xleh wt style ganas mcm aku nih!!!
kl nk tgk dgn detail...sila la ke MyR yer!!
Bahan-bahan ( 12 keping )
* Bahan untuk kulit*
* 2 cawan tepung gandum
* 1 biji putih telor
* 3/4 cawan air
* 2 sudu makan cuka
* secubit garam
* Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
* 1/2 biji kobis - diricih halus
* 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
* 1 biji sederhana bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu makan udang kering
* garam secukupnya
* minyak untuk menumis
* **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
* Bahan untuk sambal***
* 15 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 1 sudu besar gula perang
* 2 sudu besar kicap manis
* minyak untuk menumis
* garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
* *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.
Cara-cara
1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)
4. buat dari arah jam
5. mulakan dari tepi dulu
6. kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
7. setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
8. angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
9. ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
10. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
11. lipat macam biasa dan gulung
12. sedia untuk dimakan
0 件のコメント:
コメントを投稿