2009年2月7日土曜日

Roti Sandwich


resepi yani...

tgk hana buat nmpk sedap jer...ku letak hirisan sosej,lettuce & timun...guna tepung gandum biasa jer..sedap,sedap!!

Bahan-bahan ( 5 biji )

* 130ml air
* 175g tepung roti warna putih
* 25g tepung roti warna perang
* 3g butter
* 10g gula
* 12g mentega
* 3g dry yeast
* *sedikit butter utk sapu

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting untuk doh.
2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 5 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
3. Ambik sebiji, tumbuk-tumbuk untuk keluarka angin. Canaikan seperti dalam gambar. Kemudian sapukan butter ditengahnya.
4. Lepas tu lipat roti kepada dua. Ulang sampai habis.
5. Kemudian penaikkan sehingga dua kali ganda atau selama lebih kurang 30 minit.
6. Bakar dengan suhu 200C selama 10 minit. Beginilah rupa roti setelah siap dibakar
7. Roti ni sesuai di isi dengan apa saja yang disukai.. mengikut selera masing-masing. Makan dengan aiskrim pun sedap..
8. Sedap juga dimakan dengan salad + cheese
9. NOTE: Texture roti ni kasar sikit sebab guna tepung warna perang. Kalau tak suka boleh guna semua tepung warna putih.

0 件のコメント: