lauk dinner td...jumpa resepi ni kat MyR
tq yatt share resepi ni.
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
* 1/2 hati lembu di potong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* Bahan untuk di blender
* 1 sudu jintan manis dan jintan putih
* Sedikit biji ketumbar
* sedikit lada hitam
* 1/2 halia
* 2 ulas bawang merah
* 1 sudu besar rempah kurma
* 1 asam keping
* 1 kulit kayu manis
* 1 biji cili hijau
Cara-cara
1. Potong hati lembu sebesar ibu cari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.
2. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air dan masukan hati lembu tadi masak sehingga 3minit. Letak asam keping, cili hijau serta garam dan serbuk perasa. Siap di santap.
3. Peringatan :Hati lembu/ ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama di masak.
0 件のコメント:
コメントを投稿