resepi ni ku ambk dr fp k.rinnchan...tp k.rinn guna prune,sbb xder prune dan teliur tgk muffin tu aku pun guna jer la buah peach...lain kali ku nak cari prune pulak...mugkin lg sedap dgn rasa masam manis prune tu...ni resepi yg ku kopipes dr fp k.rinn...
MUFFIN PRUNE
Adapted from : "Classic Blueberry Muffins" of Cupcakes & Muffins R&R Publications
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
1/3 cawan gula castor
Secubit garam
2 biji telur, dipukul seketika
1 cawan susu segar
60g butter, dicairkan
130g pitted prunes, dihiris kasar
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200 darj cel. Sediakan paperliners dalam muffin tray.
2. Ayak tepung naik sendiri, bakingpowder dan secubit garam ke dalam sebuah mangkuk.
3. Campurkan gula dan prune ke adunan tepung tadi. Gunakan whisker utk menggaulnya sebentar sahaja.
4. Di dalam bekas yang lain, campurkan telur, susu dan butter cair. Kacau seketika.
5. Tuang bahan basah ke bahan kering dan gaul sekadar kedua-dua bahan bercampur.
6. Sudukan adunan ke dalam paperliners dan bakar selama 20min - 30min.
0 件のコメント:
コメントを投稿