2009年1月4日日曜日

Donut


lagi resepi dr yani...

Bahan-bahan ( +-16 biji )

* 200g tepung berprotin tinggi
* 50g tepung gandum
* 50g tepung jagung( corn starch)
* 30g gula
* 2/3 sudu kecil garam
* 1 sudu besar baking powder
* 2(6g) sudu kecil dry yeast
* 190ml (susu segar + telur )
* 50g lemak sayur
* Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

1. Masukkan tepung, gula, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
2. Masukkan pula susu dengan telur dan juga yeast. Kacau sekejap. Kemudian masukkan lemak sayur. Uli sehingga tak melekat ditangan. Biarkan doh yang dah diuli selama 40-45 minit.
3. Boleh juga uli guna breadmaker atau food processor.
4. Canaikan doh setebal 1-1.5 cm di atas papan canai. Tutupkan dengan kain lembab. Biarkan dalam 10 minit.
5. Terapkan doh dengan donut cutter. Biarkan donut naik 2 kali ganda sebelum digoreng.

0 件のコメント: