2009年8月4日火曜日

SOTONG MASAK KUNYIT


resepi dr HaSue...
c&p dr MyR

Bahan-bahan ( 2-3 Orang )

* 400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
* 2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
* 2 Ulas Bawang Merah*
* 1-2 Ulas Bawang Putih*
* 1cm Halia*
* 4 cm Kunyit Hidup*
* 1/2 sudu kecil Belacan*
* 1 Batang Serai (dititik)
* 3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
* 1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

Cara-cara

1. Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
2. Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
3. Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
4. Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa..
5. Selamat Mencuba.. ^_^

2 件のコメント:

匿名 さんのコメント...

Ayya... sotong masak kunyit. Sedap tuh... kuah2 kuning tue gaul2 ngan nasik panas laagik sedap.

are さんのコメント...

betul tu ijan..sedapkan!!