2009年8月18日火曜日

UDANG MASAK LEMAK


resepi Mat gebu...
dh prnh post resepi sblm ni.

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 1/2 kg udang galah, dibersihkan
* 10 - 15 tangkai kacang panjang, dipotong2 sepanjang 2 inci
* 10 biji belimbing buluh, dibelah dua
* 1 biji kelapa, diparut
* Garam dan gula secukup rasa
* 1 helai daun kunyit, dikoyak2
* BAHAN2 DIKISAR HALUS
* 6 biji bawang merah kecil
* 2 ulas bawang putih
* 3 biji cili merah
* 1 inci kunyit hidup
* Belacan sebesar ibu jari

Cara-cara

1. Masukkan udang yg telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan masak atas api perlahan utk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.
2. Tuang 1 cawan air dan perah utk mendapatkan pati santan. Tuang lagi 1 1/2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Ketepikan
3. Hidupkan api kembali, masukkan santan no.2 ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih dgn api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Boleh dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.

2 件のコメント:

blogresipi さんのコメント...

kat sana ade belimbing buluh jgk ke kak? bestnye udang lemak2 tuh..

are さんのコメント...

ijan,
k'are t'lupa nk bgitau belimbing buluh tu t'paksa abaikan..
hehehe!!