2009年8月23日日曜日

NASI IMPIT KUAH KACANG


sumber;Rinnchan

KUAH KACANG IBUNDA

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.



utk nasi impit resepi ambk dr MyR...sumbangan ctma,timakasih kpd empunya resepi.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3 cawan beras (bukan beras jepun)
* 8 cawan air
* sehelas daun pandan - optional
* sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

1. basuh beras seperti biasa
2. tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan. Ct guna rice cooker je, x plu kacau2.
3. setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
4. sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate
***ku xguna plastik ziplock...hanya letak dlm mangkuk 4segi...tutup dgn aluminium foil...dan letakkan t.ware yg berisi air ats nasi impit t'sebut.

2 件のコメント:

blogresipi さんのコメント...

Nasi himpit tue kak.. menghimpit perut.hheehe.. mujur dah bukak pose :D

are さんのコメント...

hahahahaha...