2009年8月10日月曜日

CREAMY TOMATO SOUP PASTA


ni pulak menu smlm...sambil kluar jln2 cuci mata sempat beli bhn2 utk buat pasta ni...pasta adalah menu feveret aku & anak2...en.hb kurenggggg skit dgn pasta,tp smlm dia kata sedap pulak buat camgini.

esok,lusa boleh buat lg sbb ader lg lbhn w.cream dlm aisbox...resepi ni cilok dr dapur Mat Gebu...


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g pasta, ikut suka masing2 nak pasta pesen apa
2 batang sosej "AYAMS" berlada hitam, dihiris bulat2
1 camca besar cincangan daun parsli
1 tin tomato dalam tin, diramas hancur
10 kuntum cendawan butang, dihiris nipis
3 biji cili padi, dicincang
1/2 camca teh lada hitam biji, ditumbuk
1 camca besar tomato puree
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 kiub ayam "maggi"
1 camca besar mentega
3 - 4 camca besar whipping cream (optional)
Garam dan gula secukup rasa
800 ml air (atau secukupnya)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK SUP :- Panaskan minyak zaitun dalam periuk, masukkan mentega. Tumis bawang putih, bawang besar, cendawan dan cili padi hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis lagi. Tambah tomato dalam tin yang telah diramas tadi, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih masukkan sosej dan lada hitam. Kacau rata.
2. Masukkan kiub ayam maggi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga. Biar mendidih 5 - 7 minit. Akhir sekali tambah whipping cream dan hirisan daun parsli. Kacau hingga sebati dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
3. UNTUK PASTA :- Didihkan air secukupnya, bila menggelegak, masukkan sedikit garam dan pasta. Masak hingga pasta lembut (kalau ikut aturan kat pack tu pun boleh, tapi pasta tu ada kenyal2 sikit...tak boleh jalan leer tekak melayu nih!). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun dalam pasta tadi, gaul rata2.
4. PENYEDIAN :- Masukkan pasta secukupnya dalam bekas sesuai, tuang sup tadi dengan isi2nya atas pasta. Hias dengan daun pudina sebelum menghidang. Kalau nak tambah udang yang besar2 tu pun ok..lagi sedap!!!...

5 件のコメント:

rider_frs さんのコメント...

hi.. nak tnya ckit.. sume masakan ni awak blajar kat mana?

are さんのコメント...

utk pengetahuan rider frs,
kebyakkan resepi dlm ni saya rujuk dr blog masakn kawan2.

blogresipi さんのコメント...

Kak Are, kalo tk letak w.cream tu blh tak?

are さんのコメント...

ijan,
kl xletak cream tu xder pulak rasa lemak2 & pekat kuah tu..
tp kl xsuka cream cuba ijan gantikan dgn fresh milk...nnti bgtau mcmner erk!!

blogresipi さんのコメント...

Bukan tak suke kak, tp takde stok kat umah.. hehehe...