2009年8月17日月曜日

MEE BANDUNG DAGANG


sedap la mee bandung ni....xrugi mengetest resepi ni,sesaper yg suker mee bandung cuba la tyr resepi ni...

ku cilok dr Myr,tq dagang!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 500g udang kering segar
* cili untuk menumis
* gula pasir
* bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
* bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
* mee kuning 1 peket
* sotong basah
* telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
* Sayur sawi 2 ikat
* tauhu goreng 5 keping
* garam
* air untuk kuah
* 5 biji tomato segar
* minyak untuk menumis
* daging (optional)
* Bawang goreng

Cara-cara

1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
4. Cuci mee kuning dan toskan
5. Potong sayur sawi dan tomato
6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
14. Makan semasa panas
15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

2 件のコメント:

匿名 さんのコメント...

Dapat semangkuk mee bandung tue best nie... hehehe

are さんのコメント...

hihihiii..
xsampai la tgn ni nk hulur kat ijan,jamu mata jer la yer!!