2009年8月9日日曜日

BONE STEAK


resepi dr k.fida...cilok dr MyR,

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 1 kilo tulang *- cuci bersih
* 3 helai daun pandan*
* 1 btg serai*
* 4 ulas bwg putih* -diketuk
* 1 ibu jari halia* -diketuk
* (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
* 2 sb ketumbar biji*
* 1 sb jintan kasar*
* 3/4 sb jintan halus*
* 1/2 sb lada hitam/putih*
* (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
* 10-15 tangkai cili kering
* 10 ulas bwg merah
* 5 ulas bwh putih
* 1 botol tomato sos
* 2 sb kicap manis
* kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
* 1-2 biji bwg besar - dibelah
* cili hijau - dipotong
* 2 biji telur - di kocok
* Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
* 1/2 cwn bawang goreng
* 1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara

1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.

2 件のコメント:

blogresipi さんのコメント...

Salam Kak Are... wah bestnye bone steak. tak pernah kite rase.. sampai 1 botol sos tomato pakai ek...

are さんのコメント...

salam ijan,
bhn2 tu k.are kurangkan dr sukatan asal....sbb buatnyer hanya seciput jer..hehehe!!!