2009年8月6日木曜日

SOFT BREAD



lama sgt dh xbuat roti yg terus bakar dlm BM ni...bila t'pandang roti ros kemarin baru tingin nk buat...hehehe,hasilnyer ptg ni mkn roti sapu butter & jam strawberry...sedap sungguh mkn panas2...skali hurung dah licin.

mintak izin copy resepi kat umah ros yer,

Bahan-bahanye
250 gram tepung roti
15 gram butter
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis kering
160 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu roti putih dan tekan ON je, tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari acuan dan sejukkan, potong ikut kepingan yang dikehendaki .

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minti, kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Ok dah siap, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

2 件のコメント:

匿名 さんのコメント...

Roti buat breakfast sedap nie.. kite suke letak nutella or peanut butter :)

are さんのコメント...

ermm..best jugak kan..lama dh x mkn peanut butter.