2009年8月23日日曜日

RAMADHAN KEDUA


arini b'buka dgn mee hailam & nasi impit kuah kacang...

mee hailam cilok resepi k.zai(dapurcomelku)....c&p dr blognyer;

Mee hailam

Bahan-bahan:

Minyak masak
3 cm halia dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
2 sudu besar cili kering kisar
200 gm daging lembu (sy x letak )
200 gm sotong,dibersihkan dan dipotong melintang
200 gm udang,dibuang kulit dan urat
200 gm isi ayam,dihiris nipis
60 ml kicap pekat (ikut kepekatan)
sos tiram (jika suka)
1/4 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar tepung jagung,dibancuh dgn 600ml air atau ikut kepekatan
300 gm sawi,dipotong 4 cm
150 gm kobis~dihiris lebar
2 biji tomato ~ dibelah 4 (jika suka)
1 biji carrot ~ dihiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada putih sebuk
1 kg mee kuning

Bahan tambahan:
1 tangkai daun saderi/sup,dipotong 1 cm
3 tangkai cili merah,dihiris hiris

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dikuali dan tumis bahan2 yg telah dikisar
2. Tumis sehingga berbau wangi
3. Masukkan daging,sotong,ayam dan udang
4. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga bahan2 tersebut agak masak
5. Perasakan dgn lada sulah,kicap pekat,sos tiram dan serbuk perasa
6. Campurkan bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata
7. Masukkan sawi,kubis dan carrot,kacau sehingga rata
8. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar.Pastikan cukup kuah...jika terlalu pekat bolih tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang.Jika belum makan mahu makan...jgn dicampurkan terus meenya kerana takut mee akan mengembang
10. Akhir sekali...semasa menghidang tabur dgn daun saderi/sup/daun bawang,cili merah potong/bawang goreng.

2 件のコメント:

匿名 さんのコメント...

Mee hailam tuh bestnye... ade sotong lagi.. :)

are さんのコメント...

jemput mkn ijan...