best ler air nih...sorry yer aku xder gelas transparent,kebykkan brg2 kaca aku dah masukkan dlm kotak...duk bilang hari nak blk M'sia..hehehe!!!
aku buat skit jer sbb mcm byk sgt sebijik nenas...budak2 minum air jer!!
resepi dr MyR..tq che'iza.
Bahan-bahan ( 6-8 gelas (ikut saiz gelas) )
* 1. Sebiji nenas
* 2. 1 liter air
* 3. 100 gm gula
* 4. 50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
* 5. Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco.
2 件のコメント:
Salam, Hai sy yan. are_Ryouri skrg dkt mn? Bila nak balik M'sia? Bukan nya apa nak kirim fridge magnet. Yan selalu buka blog u tgk resepi masakan. Itu pun kalo x keberatan. Balik cini nanti kita kira lah yer. Bole tak?
Nampak sedap je air ni...
コメントを投稿