2009年5月20日水曜日

BUN KENTANG


resepi ros lg....maklum la ros ni terer cipta resepi roti...kan ros!!!hehehe...

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-12 bun kecil )

* 250 gram tepung roti/tepung high protein
* 70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
* 120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar marjerin
* 4 gram yis ( 1 sudu kecil)
* 1 biji telur (dipukul sedikit)
* (untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
* 1 cawan susu segar
* 2 sudu besar gula

Cara-cara

1. -Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
2. kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
3. klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...
6. Nak tambah sikit, doh ni lembik sikit ye, kalau buleh masa bentuk bulat2 tu lumur tangan ngan marjerin ye...pastu baru bulat-bulatkan....klu nak tambah tepung punbuleh jugak, tp jangan banyak sangat ye...doh ni akanjadi lembik sikit bila kita pakai telur yang berlainan saiz,.Ros pakai telur saiz M, klu pakai yang besar sikit tu sila kurangkan kuantiti susu tu ye..pakai 100ml aja..harap dapat membantu ye.

0 件のコメント: