dah lama xbuat pau sbb kehabisan stok tepung pau...tp kali ni try guna tepung roti pulak...puashati,lembut gilerrr pau ku!!! timasihh utk juns...
Bahan-bahan ( 12 biji yg kecil )
* 500gm tepung (jun guna tepung pau)
* 50gm minyak/shortening
* 6gm yeast
* 1/2 sudu kecil garam
* 100gm gula (jun guna 80gm j)
* 250gm air suam
* Untuk inti kari ayam:-
* @2 ketul isi ayam-dipotong dadu
* @2 biji ubi kentang-dipotong dadu
* @1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
* @2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
* @garam dan serbuk perasa
* @2 sudu besar minyak
Cara-cara
1. Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
2. Tutup dengan cling film dan biar selama 10min. Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
3. Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang. Biar lebih kurang 1 jam.
4. Kukus selama 10min.
5. Untuk inti:-
6. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
7. Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
8. Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering spt inti karipap.
0 件のコメント:
コメントを投稿