kemarin kebetulan buat sup kambing...dan bila jenguk umah ros @onigiri dia ader buat bawang goreng ni...utk testing ku buat sebijik jer,mmg rangup tq ros!!
ros,k.are c&p dr umah ros yerrr!!
Bawang Goreng Rangup
2 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng
Caranya
1. Potong bawang nipis-nipis dan satukan dengan tepung tadi, gaul sebati ye..pastikan semua bawang disalut dengan tepung.
2. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan bawang, goreng hingga betul-betul garing dan kekuningan. api jangan terlalu perlahan, jangan terlalu kuat, kira guna api sederhana lah.
3. Sejukkan dan boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk bawang goreng tahan lama. Selamat Mencuba.
0 件のコメント:
コメントを投稿