try resepi lain dr sblm ni...resepi ni baru di post kat MyR kemarin...cepat2 aku print takut t'lupa sbb byk sgt menu yg menanti...slalu potong Q jerk!!!
timakasih utk dadih, senang nak potong kueh ni.
Bahan-bahan ( sekeluarga )
* 160 gm tepung gandum
* 40 gm tepung ubi
* 150 gm tepung beras
* 240 gm gula (bole kurang kalau tak mau manis)
(ku letak 200gm jer) * 350 ml santan pekat (ori punye)
(ku guna santan tin) * 800 ml air
* sedikit garam dalam secubit (untuk lemakkan rasanya)
* perisa sirap ros (yg selalu kite buat air tu)
(ku guna pewarna pink+sedikit paste strawberry) Cara-cara
1. campurkan semua tepung, gula dan garam kedalam bekas.
2. masukkan santan pekat tadi kedalam campuran tepung dan gula tadi. gaulkan hingga sebati (akan berketul)
3. kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..(gaulkan..biasanya saya masukkan sikit pastu masukkan dalam blender untuk hilangkan tepung berketul tepung jadi sebati dan halus, keluarkan dalam bekas masukkan air yg selebihnya)
4. asingkan kepada 2 bahagian sama banyak. masukkan salah satu perisa sirap. (ikut citarasa sendiri kepekatan warna..kalau saya 3 sudu kecil memadai)
5. kemudian masukkan lapisan putih dahulu kedalam loyang yg sudah dipanaskan selama 20 minit (atau sampai keluar asap) biarkan dalam 10 minit masukkan pewarna merah pula.. dan seterusnya hingga habis adunan..dah habis biarkan masak sehingga 25 minit. (sy tgk dah gelembung tu masak ler) angkat loyang biarkan sejuk diluar.
0 件のコメント:
コメントを投稿