panas2 lg nih roti ni....xtry lg terus masukkan dlm ni...harum semerbak bau roti ni...ros,tq share resepi ni...mintak izin c&p dr blog ros!!!hehehehe....
mlm ni nmpknyer mkn roti ni jer la,hahahahaah!!!!
Bahan-bahannye;
200gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 paket Nestum 3 in One ( ros guna jenama nesvista)
1 sudu besar skim milk ( susu tepung)
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji telur letak dlm doh bakinya buat gliss pada roti)
2 sudu besar marjerin
100ml susu segar ( atau air suam)
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread softner ( tak guna pun takpe)
Caranya.
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, glis pemukaan roti dengan baki telur dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 18 atau 20 minit. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam kedap udara. Sesuai untuk sarapan dan minum petang, satu lagi resepi bun yang berkhasiat untuk seisi keluarga anda.
0 件のコメント:
コメントを投稿