2009年7月18日土曜日

FRUITY ORANGE BUTTER CUPCAKES


panjang kemain nama cupcakes ni kan...tp sedap la,sgt lembut...resepi cilok dr MyR...tq azwalissa!!!

resepi ni guna dried fruits,tp ku xder & gantikan dgn kismis jerk!!

Bahan-bahan ( 20biji )

* 200g Butter
* 200g gula kastor
* 4 biji telur
* 200g tepung kek / tepung naik sendiri
* 1/2 cawan susu segar
* 1 penutup esen oren (guna yg jernih - bukan oren emulco/pes)
* Buahan kering/ dried fruits

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga kembang.
2. Masukkan tepung, esen dan susu segar. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan adunan kedalam papercup dan tabur dried fruits diatasnya.
3. Bakar dalam oven pada suhu 190°C selama ±20min ~ sehingga masak.

2009年7月16日木曜日

MEE BANDUNG


Resepi ambk dr blog Noreen(uk)...

baru 2@3kali buat mee bandung sendri...sblm ni guna perencah segera jer,sedap jugak guna resepi ni...budak2 pun suka,tq noreen!!

utk b.fast buat mee goreng jer utk budak 2 org ni sbb mamanyer nak mkn mee bandung tp nk masak utk lunch...bimbang jugak takut mee ni pedas....tp bila time ku nk mkn budak2 ni teliur la pulak...mujur la xpedas jd boleh la diorg mkn...siap b'tambah2 lg..hehehehe!!!

ku tambah serbuk pati belacan dlm 2,3 sb...suka dgn bau2 belacan tu.


Bahan-bahan (2 orang):
300gm mee kuning - dicelur
2 sudu besar cili kisar
3 cawan air rebusan tulang lembu
200gm daging - dihiris halus
300gm udang basah
200gm sotong - dipotong bulat
2 keping tahu goreng - dihiris halus
100gm sawi hijau - dipotong
50gm kobis - dihiris
3 biji telur rebus
cili merah - dihiris
bawang goreng
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

cara:

* panaskan minyak di dalam kuali
* tumis bahan2 tumbuk sehingga wangi
* masukkan cili kisar dan kacau sebentar sehingga naik baunya
* setelah itu masukkan daging dan kacaukan rata
* renihkan sekejap sehingga daging sedikit lembut
* kemudian tuangkan air rebusan tulang lembu dan biarkan daging empuk
* setelah itu masukkan udang, sotong, sayur dan sos tomato
* gaulkan rata
* perasakan dengan garam dan gula
* masak sehingga kuah pekat dan barulah dimasukkan mee
* kacaukan sebentar
* angkat dan masukkan ke dalam mangkuk
* hidangkan dengan cili merah, tahu goreng, telur rebus dan bawang goreng

source: chef ismail (diubah sedikit)

2009年7月15日水曜日

MEEHOON GORENG LADA PUTIH


Dlm minggu ni dh 3ari b'turut2 menu b'asaskan KANGKONG...sungguh teruja bila jumpa kangkong kat jepun ni....yer la time panas2 ni jer boleh nmpk kangkong tu pun bkn semua supa ader jual benda ni....agak2nyer jepun ni xsuka kot dgn kangkong tu sbb payah nk jumpa.

ari p'tama tu ku masak kangkong goreng belacan+sotong
ari kedua nasik goreng kampung yg pedas berapi+udang
ari seterusnyer buat meehoon ni....tamat la riwayat kangkong yg b'harga 100yen tu...

masa kluar g supa td xjumpa pulak...nmpknyer kena terjah MUMIE lg laa...

oklah,..resepi ni dr k.zana(Inspirasiku)..c&p dr MyR la lagi...

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 400 gm meehoon (direndam 30 min)
* sedikit daging lembu dipotong kecil
* 10ekor/lebih udang
* 1 btg carot dipotong memajang(3cm)
* sedikit sawi
* 4 ulas bawang kecil*
* 2-3 ulas bawang putih*
* 2 cm halia*
* sedikit garam, serbuk lada putih
* daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
* sedikit minyak untuk menumis
* 1 cwn air

Cara-cara

1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.
3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi., biarkan 2-3 minit.
5. Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah

BUN PANDAN


ni resepi dr tauke bun(ros)hehehe...gurau jer ni ros!!!resepi bleh tgk kat MyR...& ku c&p dr situ jer.
sbnrnyer kaler bun ni hijau ala2 pucat gtu sbb ku blend 2 helai daun pandan jer...ingtkan ok jer tp bila dh masak langsung xder kaler hijau pun...tp bau pandan tu masih ader.
ku xder kaya pun jd nyer bun ni kosong sekosongnyer laaa,tp ku tabur kelapa kering kat ats tu...xder la nmpk dogol jer!!


Bahan-bahan ( menghasilkan 16-18 biji bun )

* 250 gram tepung roti
* 50 gram tepung gandum
* 1 biji telur
* 140ml air suam
* 4 gram yis ( 1 sudu kecil)
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar marjerin atau butter
* 1/2 sudu kecil garam
* beberapa titik pewarna hijau atau buleh juga guna pes pandan
* 1 sudu kecil dough softner atau bread improver

Cara-cara

1. masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
2. selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
3. kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .
4. semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
5. amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.

2009年7月13日月曜日

OKAYAMA


12 Julai 2009-
1st time sampai ke okayama wlp dok b'seblhn jer dgn kagawa....ader rezeki jugak ku jejaki ke sana wlp sekejap & disaat2 nk blk mesia 4 gud!!

Tujuan kesana pun sbb ku & en.hb ader misi penting,hehehehe....kan aritu aku ader crita psl oddyseyku yg telah selamat jd besi burukkan....jd tujuan ke okayama tu sbb nk gantikan oddysey tu la slbm blk. Kl dah dok mesia tu xpayah berangan nk beli keta import....pakai jer la keta kancilku itu.oh, rindunyer dgn keta kancilku..

Oleh sbb bajet seciput jer jd kena la beli keta yg xbrp nak baru tu..hahahaha!!xpayah la dok berangan nk pakai alphard & seangkatan dgnnyer. Bersyukur la dgn aper yg ader(ayat memujuk hati)

mggu dpn kami akan kesana lg...bila dh selamat sampai ke sini akan ku buat tayangan perdana....keta baruku yg xbrp nak baru dah,hihihiiii!!!

PARCEL YG TERAKHIR......



brg2 yg MIL ku hntr dh selamat sampai 2,3ari lps...,sbnrnyer aku mintak sepupuku beli losyen pati halia & feminine wash pastu mintak dia htr kat MIL ku kebetulan aku mintak MIL ku hntr brg tempohari...tp boleh pulak MIL ku t'lupa nk hntr brg yg sepupuku beli tu....jdnyer dah alang2 hntr brg tu dio penuhkan la sekotak mknn utk kami anak beranak...
pjg pulak critanyer!!!!ahaks..

syok la kami anak beranak sbb semua mknn tu mmg boleh ngapp terus bknnyer bhn2 masakan yg biasa ku pesan tu...sebhgian dr brg2 tu dah selamat masuk perut.

MEE KARI UDANG


sedap sgt mee kari ni....lbh2 lg kl letak udang byk2,heheehehe....akulah peminat seafood yg tegar!!!tq masz kongsi resepi ni...

resepi ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

* 2 peket mee kuning
* (bahan ditumbuk lumat) *
* * 3 ulas bawang putih
* * 3 ulas bawang merah
* * cili kering (ikut tahap kepedasan memasing) - sy letak 2 sdb pes cili buat sendiri)
* 2 sudu serbuk kari ayam/daging
* 2 tangkai daun kari
* sedikit kayu manis, bunga lawang n cengkih (utk bau wangi)
* 16 ekor udang harimau (kalo nak lebih pon bole aje!)
* 2 peket fish ball & 2 keping fish cake
* 1 peket tau pok (tauhu kering) - dibelah 2
* Santan kelapa secukupnyer
* Sayur sawi, taugeh, daun sup/bawang, bawang goreng & telur rebus (kalo suke.. sy x letak pon)
* 2 ketul kiub ayam dan sedikit garam - sesedap rasa

Cara-cara

1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih seketika kemudian masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat yg telah dicampur dgn serbuk kari dan daun kari - tumis sehingga wangi
2. Masukkan udang dan kacau seketika.
3. Kemudian masukkan santan secukupnya dan biarkan mendidih dan masukkan garam & kiub ayam sambil tu dikacau selalu - supaya x pecah minyak nnt x cantik kuah tu..
4. Apabila sudah mendidih dan hampir masak, masukkan fish ball, fish cake dan tau pok tadi.. biarkan mendidih sekali lagi dan bule ler ditutup api.. rasa dulu ye.. dah cukup belum rasanya...
5. Mee dan sayur tadi bule le dicelur sebelum dihidang bersama dengan kuah dan bahan hiasan yg lain... selamat menjamu selera!...
6. Oh ya!..jgn lupa masak ler dgn penuh keikhlasan dan kasih sayang, sambil dimulakan dengan Bismillah... Insyaallah.. pasti lebih sedap dan enak masakan kita.... sekian ler ye.. selamat mencuba! :)