serius lembut gilerr roti ni...tq ros!!
Bahan-bahan ( 12 bun kecil )
* 250 gram tepung roti
* 30 gram tepung gandum
* 160 ml susu segar
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar cheddar cheese ( powder)
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 sudu besar marjerin
* sedikit mozarela cheese untuk ditabur atas bun
* 1 sudu kecil bread improver
* 1 sudu kecil yeast
Cara-cara
1. masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali mozarela cheese. Uli hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan. Tutup bekas adunan dengan kain atau pun wrapping.
2. perap sehingga doh menjadi dua kali ganda, dan setelah itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. kemudian bahagi doh pada 12 bahagian dan susun atas dulang pembakar.
3. setelah doh naik, sembur ( spray) permukaan doh dengan air dan tabur mozarela cheese, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. Keluarkan roti dan glis roti dengan marjerin untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat.
4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam plastic atau bekas kedap udara, roti ni lembut je sepanjang masa, sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.
**MASA PANAS2 TU KU TABUR SKIT CHEESE KAT ATAS ROTI...TU YG NMPK CHEESE TU XCAIR SGT!!!SBB CHEESE YG KU TABUR AWAL2 TU NMPK T'LEBIH MASAK PULAK...HEHEHE!!!
1 件のコメント:
salam are..
sedapnya bun dia!!
menggiurkan!!
hehee...
コメントを投稿