2009年7月9日木曜日

APAM BALIK


Resepi dr blog sakuraemi(Tokushima);


Bahan-bahan
2cwn tepung gandum
1sk serbuk penaik
1sk soda bikabonat
1/2cwm gula
1biji telur
1 1/2cwn air
Bhn tabur: kacang tumbuk, jagung krim, gula

Cara-cara

* Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik, soda dan air. Pukul sebati. Blender semua sekali pun boleh.
* Biarkan 1/2jam. Panaskan pan dan masukkan 1 senduk aduan. Tabur dgn kacang, jagung krim dan gula. Bila masak lipat 2 dan sapu dgn butter. Kalau suka ranggup xyah sapu butter.

PASTA CARBONARA


menu b.fast pg ni...mudah & dsukai ramai...wlp simple tp jd kegemaran kami anak beranak....dah b'puluh kali buat & pernah letak resepi sblm ni...tp kali ni ku nak letak lg..hehehe!!!

resepi dr tauke MyR(yani)

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 2 biji telur separuh masak
* pasta utk 2 org makan
* 2 sudu besar mayonis
* 2 sudu besar butter
* sedikit garam
* 1 ulas bawang putih- dicincang
* 1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
* 2 sudu besar minyak zaitun
* Parmesan cheese secukupnya
* Parsley kering secukupnya
* 4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu)
* serbuk lada sulah/lada hitam

Cara-cara

1. Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan pasta ke dlm no.2 bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5. Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
6. Note :Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.

2009年7月8日水曜日

BILA MUSIM PANAS....ADER LA MAKHLUK NI!!!!!


ni ulat bulu yg dok b'tenggek kat dahan blkg umah....setiap kali musim panas wujud la binatang ni(yer ker binatang?????)dah la byk aku tgk pun seriau wooooo...

kemarin ader org dtg sembur racun...tp pg td aku tgk ader lg dok b'senang lenang kat dahan pokok....kl dok kat kg ni dah lama aku suruh org tebang pokok ni...buat menyusahkan jer!!

kl mcm thn lps nk dkt winter baru binatang ni xwujud...tahu pun sejuk,bila time panas2 ni syok pulak dok b' jemur kat situ.

2009年7月7日火曜日

TOM YAM KHUNG


masa jln2 blog k.zana(InspirasiKu)tgk dia buat t.yam ni....nmpk best jer wlpn xguna perencah...prnh jugak aku buat tomyam putih ni tp guna serbuk perencah laaa.

tgk bhn2 pun mudah...dan yg suker sgt main campak jer dlm periok...tunggu masak & boleh hidang...sungguh mudah,aku sukerrrrr!!!!

percaya x lengkuas dlm freezer aku ni dh umur 2 thn...masa aku blk mesia thn 2007....sungguh pjg umur,ader lagi 2ketul besar penumbuk aniq..serta daun limau purut yg dh xder bau,tp aku masih syg nk buang...hehehehe!!!!

smlm aku duk hirup kuah tomyam sambil mkn nasik dgn ayam goreng kicap...budak2 suker sgt ayam goreng kicap,utk bapak budak aku buat kari kepala ikan...sungguh syorga mkn nasik smlm. Selesai mkn en.hb bwk budak2 g jolok air kat vending machine...oh,nikmatnyer lps mkn nasik minum pulak coke!!!

iss...byk pulak karangan aku tghri ni!!!!


Bahan-bahan ( 4 orang )

6 cawan air
2 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar
5 helai daun limau purut
300 gram udang(ku guna sotong & ayam)
5 biji limau nipis
cendawan tiram (ikut suka)
10 biji cili api (belah dua)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Masukkan air, lengkuas, serai, bawang besar & daun limau kedalam periuk. Jerangkan atas api sampai mendidih.
Kemudian masukkan udang dan perahan air limau. Jangan dikacau sehingga udang berubah warna.
Kemudian masukkan pula cendawan dan cili api. Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Sedia dihidang.

2009年7月5日日曜日

SERIMUKA KALER BROWN


ku c&p dr blog k.zana(CELOTEH ZANAZ)...dah byk kali buat kueh ni...sedap la tuhh!!!!


Bhn2;

1 3/4 cwn pulut
2 cwn santan cair
secubit garam
bhg atas:
2 cwn santan
1/2 cwn gula merah
1/2 cwn tpg gandum
1 sdb tpg jagung
1sdb tpg beras
1biji telur
secubit garam

Kukus pulut dlm loyang hingga masak then kuarkan dan ditekan2 skit dan diratakan. Untuk lapisan bwh, campur santan, telur, gula, tepung gandum, tpg beras, tpg jagung dan di blender or dikacau sebati. Kemudian masukkan telur dan di kisar sekejap. keluarkan dan seeloknya cedok buang buih nyer. Kemudian tuang ke atas pulut tadi dan kukus api sederhana selama 10-15 minit

2009年7月1日水曜日

PUDING ROTI MARBLE



ni semua org tahu resepi saper kan....ade ker yg xtau???hihiiiii...
mesti t'sedak2 tuanpunya resepi nih...hahahah!!ampunnnnnnnn hana.

ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( satu loyang )

* 4 keping roti(ku guna 3 buku kecik2 roti homemade punyerrr!!!)
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gram serbuk agar2
* 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
* 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan air
* 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

###kaler pink tu ku guna strawberry emulco.... nk melicinkan stok baking sblm blk 4 gud!!

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

NASI AYAM MADU


resepi cilok dr Myr...tuan empunya resepi ni Nadia!!!tq nadia krn menyumbang resepi ni...wlp lbh krg sama jer resepi nasi ayam ni tp ader jugak p'bezaan dr segi rasa dan bahan2.


Bahan-bahan ( 2 orang )

* 2 cawan beras
* 1/4 bawang besar
* 2 sudu mentega
* sehelai daun pandan
* 2 kiub ayam
* madu
* kicap pekat
* 1/2 ekor ayam
* 1 sup bunjut adabi
* sos tiram
* 1/2 sudu serbuk lada putih
* 1/2 inci halia
* 3 ulas bawang putih
* [hiasan]
* daun bawang
* daun sup
* bawang goreng
* daun salad/timun

Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi