2009年2月26日木曜日

APAM TEH HIJAU


dpt 8 biji size cup comel2...tp apam aku ni xler kembang setaman mcm resepi asal...ambk dr MyR,resepi taukenyer sendrik...hihihi!!!

ari ni ari APAM SEDUNIA sbb abis jer mkn apam ni(mkn 3beranak laa...bkn aku bedal sorg2)aku sambung buat apam mekar pulak..ahak!tunggu n3 selepas ni la pulak yer..

utk resepi ni ku kopipes jer;

Bahan-bahan ( 6 biji )

* 2 susu kecil green tea powder
* 1 biji telur
* 150g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu besar minyak masak
* 75ml susu segar
* 5 sudu besar gula

Cara-cara

1. Masukkan telur, gula, susu dan minyak masak. Pukul sehingga berbuih/ gula larut sepenuhnya.
2. Ayakkan tepung, green tea powder dan baking powder ke dalam mangkuk tadi. Kemudian kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kukuslah selama 8-10 minit atau sehingga masak.

2009年2月25日水曜日

LEMAK CILI API UDANG+REBUNG


pedasssss weeii..lps mkn nasik cepat2 aku mkn pisang+epal nk hilangkan pedas...tp kl x pedas xder selera pulak nk mkn nasik...resepi ku main letak jer!!

bhn mesin;

cili kering
cili api
kunyit
lengkuas
bwg merah
bwg putih(seulas jer)

bhn lain;
udang
rebung(ku celur sekejap)
santan
daun kari
gula
garam

1. semua bhn diats ku tumis biar pecah minyak...letak daun kari 2,3helai.
2. masukkan santan...kacau2 hgga m'gelegak.
3. letak udang...agak2 masak baru ku letak rebung,gula+garam....kdg2 ku letak serai..tp kali ni xletak pun...TERLUPA laa,hahahaha!!!!

MEGI BERAPI !!!!!!


megi pun bleh masuk blog ker????hihihihiiii...ni gara2 aku jeles tgk org mkn megi...mujur ader lg 2,3 bukus dlm peti besi aku(ni brg b'harga oiiii)nk mkn pun syg!!!nnti blk ni aku nk telan sepuas2nyer segala jenis megi...ehhh,megi kat msia skrg ni mahal kan???

aku mkn 3 beranak dgn aniq & bby....tp utk budak2 tu ku letak megi+air panas jer...hikhikhikhik!!!!budak2 mner bleh mkn pedassss....

2009年2月24日火曜日

TALAM KELADI


wlp p'mukaannyer m'gerutu tp sedap!!!....kena buat lg biar licin bahagian atas tu..
resepi NisaMBP...tq tuan resepi!

C&P dr myresepi;

Bahan-bahan ( satu famili )

* (utk lapis bawah)
* 300 ml santan dari 150 gm kelapa parut (buang kulit)(ku guna santan tin jerr..)
* Garam secukup rasa
* 65 gm tepung beras
* 1 tsp tepung gandum biasa
* 100 gm keladi (yam), potong dadu & kukus separuh masak & lenyek2kan sedikit
* 55 gm gula pasir
* (utk lapisan atas)
* 100 ml santan dari 100 gm kelapa parut (buang kulit)
* Garam secukup rasa
* 80 gm gula pasir
* 2 tbsp tepung beras
* 20 gm tepung jagung
* 1 biji telor, dipukul sedikit
* Sedikit pewarna unggu (purple or violet)

Cara-cara

1. Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.
2. Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8" bulat ber-griskan sedikit minyak.
3. Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min
4. (lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.
5. Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.
6. Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.
7. Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.
8. Alihkan untuk disejukkan & potong.
9. Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.

MAKARONI GORENG


menu ptg kemarin...sambil masak lauk utk dinner smpat lg aku buat makaroni ni...aku tgk budak2 ni lapar semcm jer...tu yg aku goreng makaroni ni sblm diorg mkn nasik...sbb mlm kena tunggu en.hb blk dulu baru mkn sama2...

ku buat mcm goreng mee/bihun jer....letak ayam cincng+lobak+kobis...tu jer!!!asal masuk perut,kenyangg!!!!

2009年2月23日月曜日

YONG TAU FU/STEAMBOT



sedap weiii kuah steambot ni...mcm jual kat p.malam....rugi la saper x try buat ni..tq minami share resepi yg mabeles ni...lain kali bleh buat lg!!!!

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 10 tangkai cili kering
* gula melaka atau kurozato
* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)
* 1 s.k garam
* 3 cm belacan
* 300 ml air
* 1 sudu besar minyak
* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto

Cara-cara

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

2009年2月22日日曜日

SESAME PANDANUS


resepi dr dapur yatt!!!
C&P jer...



SESAME PANDANUS

Bahan:-

1 cawan gula
1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
2 sudu makan mentega
3 biji telor
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan

Cara-Cara:-

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.Taburkan bijan dan bakar pada suhu 165 C sampai kuning/garing.


**ku bakar dlm acuan pound cake...muat2 utk 2bijik acuan kecik molek tu!!!
panas2 lg nih...xbleh potong lg..xsabar nk snap gmbr!!hihihi...