2008年12月3日水曜日

Nasi Arab Berempah


aku ni suka sgt mkn nasi yg jenis2 menambahkan lemak ni...ari2 mkn pun takper...angan2 nak b'baju kebaya nnti blk m'sia tu nampaknyer tggl angan2 jer...hukhukhukhuk!!!!

smlm aku buat nasik ni setlh g jln2 kat myresepi...t'tarik la pulak dgn resepi ni...lgpun ni nasik feveret family aku sejak dulu2 lg...arwah ayah ku mmg terror buat ni..almaklum laa..dulu2 dia dk kat mekah. Tp aku xpernah pun belajar dgn arwah ayah/ma...mcmna nak buat nasik ni.

timakasih yer tuan resepi...kongsi resepi ni.

Bahan-bahan ( 3 orang )

* 6 ketul ayam
* 4 ulas bwg merah
* 3 ulas bwg putih
* 1 inci halia
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 kuntum bunga lawang
* 1 btg kulit kayu manis
* 1 kiub ayam
* 1/2 sdk jintan manis
* 1/2 sdb lada hitam
* 1/2 sdk jintan putih
* 3 cwn beras basmathi
* 5 cawan air
* 2 sdb minyak sapi
* 1/2 biji bwg besar - di mayang
* 1/2 cawan sos tomato
* 2 sdb rempah kurma
* Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

0 件のコメント: