2009年6月29日月曜日

KUEH KERIA


ni kueh utk bekpes pg ni...selain dr nasik goreng!!!resepi kueh keria dh prnh letak sblm ni...kali ni tgk gmbr jer lah!!

2009年6月27日土曜日

NUGGET AYAM


resepi yani....cilok dr MyR,

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 400g isi ayam
* 4 sudu besar mayonis
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 sudu kecil garam
* 100g okara/breadcrumbs
* 2 sudu besar tepung gandum
* sedikit tepung- utk salut kat luar nugget

Cara-cara

1. Masukkan isi ayam ke dalam pengisar. Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.
2. Buat bentuk bulat, golek-golek dalam tepung. Kemudian goreng dengan minyak penuh.

2009年6月25日木曜日

BUN NESTUM 3 in ONE



panas2 lg nih roti ni....xtry lg terus masukkan dlm ni...harum semerbak bau roti ni...ros,tq share resepi ni...mintak izin c&p dr blog ros!!!hehehehe....
mlm ni nmpknyer mkn roti ni jer la,hahahahaah!!!!

Bahan-bahannye;

200gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 paket Nestum 3 in One ( ros guna jenama nesvista)
1 sudu besar skim milk ( susu tepung)
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji telur letak dlm doh bakinya buat gliss pada roti)
2 sudu besar marjerin
100ml susu segar ( atau air suam)
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread softner ( tak guna pun takpe)


Caranya.

1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, glis pemukaan roti dengan baki telur dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 18 atau 20 minit. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam kedap udara. Sesuai untuk sarapan dan minum petang, satu lagi resepi bun yang berkhasiat untuk seisi keluarga anda.

2009年6月21日日曜日

WHAT'S 4 PAPA!!!!


xder beli ape pun...dan sememangnyer sejak duk kat jepun ni aku xpernah lg beli aper2 yg special utk en.hb!!!uhh,teruk kan???asyik duk m'habihkan duit dia sajo...sbbnyer aku rasa xbest sgt kl nak beli aper2 hadiah tp kena guna duit dia dan lg t'paksa ikut bontot dia kl nak ke mana2....

lain la kl duk mesia...aku g beli sendri & guna duit ku sendrik!! baru aci kan???takper lah dah x lama pun kami duk kat sini...nnti boleh la ku beli aper2 yg patut utknyer!

SELAMAT HARI PAPA...

PAKAI BEDAK SENDIRI....



tgk la anak daraku pakai bedak sampai ke kaki...abih separuh botol dikerjakan oleh budak ini...ikut perangai saper ler agaknyer ni...lps mandi sibuk nak pakai sgl jenis bedak & losyen.....nasib baik xambk lipstik ku!!!kl x ader la yg meroyan.

masa ni aku duk mandi...aniq & papa ader pun,tp boleh pulak diorg xsedar..

DAH SAMPAI.....



dpt parcel lg....kali ni kakakku nun juah d temerloh yg pos brg...dia guna pos laju dlm 8 hari selamat sampai kat jepun ni...tu pun lmbt sikit dr biasa...plg awal 5 hari aku dah terima.

ader mcm2 jenis air...yg nesvito tu teringat ader resepi roti yg ros buat guna benda tu....nnti boleh ku cobaaa!!!lain2 lg,kerpok,tepung goreng ayam & maruku.

utk k.na..
terima kasih daun keladi,
lps ni xpayah hantar dah lg...sbb tggl xlama dah lg ku nk blk!!!horayyyyy....

ader sesaper lg ker nk hntr brg utk aku...cepat2 la sblm ku berangkat pulang...wakakakaak!!!!

2009年6月19日金曜日

DEATH BY CHOCOLATE CAKE(KEK COKLAT)


resepi dari mrsdayat...sedap kek ni...moist!!!
xsempat nk topping,lain kali lah projek topping tu....


Bahan-bahan ( loyang 9" )

* 2 cwn gula (kisar)
* 2 cwn tepung (ayak)
* 3 biji telur grade A
* 1 cwn koko powder
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
* 1 cwn air panas didih
* 1 tsp soda bikarbonat
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp esen vanila
* **utk ganache**
* 2 cwn non dairy whipping cream
* 500g cooking chocolate
* 1/8 cwn golden syrup
* ##utk whipped cream
* 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
7. **utk ganache**
8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
10. tambahkan golden syrup
11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

SOTO AYAM


ni 1st time buat soto ayam tanpa rempah segera...biasa ku guna rempah soto MAK SITI....oleh sbb dh abih stok ku try pulak guna resepi dr DianaA...tp ku x masukkan santan....dah xjd resepi asli dr DianaA,tp utk bhn2 lain tu ku ikut sebijik2...sbb bhn2 pun ader kat dapurku...wlp xletak santan tp rasanyer ttp sedap....xpayah guna rempah segera dah lps ni...

nnti lain kali ku nk try letak santan pulak...lagi satu,kuah soto ni ku mkn dgn meehoon bkn dgn lontong...

resepi ni ku c&p dr MyR;

Bahan-bahan ( 12 orang )

* 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
* 2 ekor ayam, dibelah empat
* 3 - 4 liter air
* 1 cawan santan pekat
* 1/2 cawan serbuk ketumbar
* 2 sudu teh serbuk jintan halus
* 2 sudu teh serbuk lada putih
* 3 batang serai, dititik
* lengkuas sebesar ibu jari, dititik
* 1 batang kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 4 biji buah pelaga
* 5 tangkai bunga cengkih
* garam secukup rasa
* 1 cawan minyak untuk menumis
* Bahan untuk Dikisar
* 3 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup
* Bahan untuk Sambal Kicap
* 5 batang lada merah
* 20 biji lada padi merah thai
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 cawan kicap lemak manis
* Bahan Hiasan
* bergedil
* taugeh yang telah dicelur
* daun sup, dipotong halus
* bawang goreng
* sambal kicap
* ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

2009年6月18日木曜日

JUS TEMBIKAI


skrg ni dh masuk musim panas kat sini...mmg panas sgt2!!kdg2 tu rasa pening &sakit kepala...smlm dlm pkl 10mlm aku minum air tembikai ni...sbb dahaga sangat....tp sebenarnyer aku takut nak minum ais byk2...takut demam oiiiiiiii!!!sbnrnyer,teliur dgn AIR TEMBIKAI LAICI yg ros(onigiri) buat tp aku xder la pulak laici...jd ku blend jer tembikai sesajo...xletak gula pun sbb tembikai ni mmg manis....masa nak blend tu campur air skit...tu jer la cara ku buat...

nnti blk mesia ni ku gomol puas2 dgn air tembikai laici ni...tp kat mesia tembikai xmanis kan...kkdg tu tawar setawar tawarnyer kan??

2009年6月16日火曜日

KEK GULA HANGUS


resepi dr widad(MyR)....kek ku m'jd dgn jayanyer.hehehe!!!tq widad..

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 1 cawan gula
* 1 cawan air panas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan susu pekat
* 2 camt soda bikarbonat
* 4 biji telur
* 2 camb mentega

Cara-cara

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

2009年6月15日月曜日

SOTONG PEDAS MASAM MANIS


resepi dr Dayang Jack...c&p dr MyR.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 6-8 ekor sotong saiz M (dibersihkan, diperap dgn kunyit dan garam serta digoreng hingga garing)
* 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
* 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
* 3 sb cili kering kisar
* 2-3 biji cili api (diketuk) - optional
* 1 sb sos masam manis(ku gantikan dgn...sweet chilli sauce)
* 1 sb sos cili
* 1 sb sos tiram
* 1/2 inci halia (ditumbuk)
* 1/2 sdt garam dan gula
* 1 biji bawang besar dan cili merah (dihiris)

Cara-cara

1. Panaskan kuali dgn 2 sudu besar minyak masak/corn oil. Tumis bahan2 yg ditumbuk dan cili kisar hingga terbit bau.
2. Masukkan sos tiram, sos masam manis, sos tomato dan kacau hingga sebati. Masukkan sotong yg telah digoreng tadi. Kacau lagi. (gambar : sos masam manis keluaran 'life')
3. Kemudian masukkan cili api(jika suka), garam, gula, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga kuah agak pekat.
4. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.

***sesper nk tgk sos masam manis...sila ke Myresepi ok!!!

2009年6月13日土曜日

NASI GORENG TOMYAM


resepi dr hana...dah 2kali buat nasi goreng ni,sedap jugak sbb ader rasa masam & pedas...mkn ber2 dgn en.hb....budak2 xtahan dgn pedas!!!

kali ni ku buat xbrp cukup bhn,nnti nk cari udang & sotong baru ummmphhh!! ok,ni resepinyer;

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 2 mangkuk nasi
* 5-6 ekor udang segar
* 1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
* 200g daging ayam - potong kecil2
* 4 biji bawang merah - hiris
* 2 biji bawang putih - ketuk
* 3-4 biji cili padi - tumbuk@hiris - klu nk pedas
* 1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
* kubis - hiris kecil2
* carrot - hiris memanjang@dadu
* tomato - potong dadu
* 1 batang serai - ketuk
* 3 helai daun limau purut - racik2
* 1 biji telur
* garam

Cara-cara

1. Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
2. Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
3. Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
4. Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
5. Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
6. Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
7. Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.
8. SeLaMaT MenCuBe!

2009年6月11日木曜日

NAK BUKAK KEDAI RUNCIT......



hahahhahaah...tajuk bukan main gempakkkk lg,aku nk bukak kedai runcit kat jepun ni...susah sgt nak dptkan stok brg2 mesia...ni brg2 yg aku mintak MIL aku hantar bln lps,dan selamat sampai ke sini pg td....sebulan naik kapal ngko!!!tp ada lg brg yg t'lupa nk pos,nnti aku tunjuk brg BERHARGA ituuu....
hahahaha!!!!t'pksa MIL ku pos 2kali brg2 tu...

dan masa aku call kakak aku 2,3ari lps dia pun ader bgtau nak pos brg2 kat aku...aku cuma ckp nk teh boh jer sbb lama dah xminum,sbb kat sini xder teh boh...yg ader lipton,dan mcm2 jenis teh b'perisa tu...aku dah boring minum yg tu....sajer nak ngengada sbb yg ni mgkin bungkusan t'akhir dah utk aku...lps ni aku nk kemas sgl jenis brg utk masuk kontena pulak...xabis2 dgn kemas brg,pdhal xbyk pun!!!

tgk la aksi anak2ku bila sampai brg dr mesia....kakakaka!!!

ASAM PEDAS TETEL


sedap,sedap!!!
saper nk try ni resepinyer...ambik dr blog CMG!!!
Mat,akak c&p yer..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!..

ROTI NAIK VERSI KOKO PULAKKK!!!


sajer ngetest sedap ker tidak kl tambah serbuk koko utk roti ni...ku letak 2 sudu besar serbuk koko bancuh dgn air panas pastu tambah air sejuk ikut sukatan asal pd roti tersebut....best la jugakk!!!sajer2 gatal tgn nak ngubah resepi asal..hehehe!!!

lgpun senang jer,BM tolong ulikan...malas dh nak letak resepi sbb baru jer buat mggu lps kan..

2009年6月10日水曜日

SIRA LABU LIZA


rujuk cara liza dr MyR...sira labu ni mmg femes kat negeri tumpah darahku...aku cam confuse skit,labu jepun dgn labu mesia xsama ker...sbb bila masak tu mmg xder air lansung..kl tgk yg liza buat tu mcm b'kuah skit kat bawah tu...ker labu jepun ni kering skit!!!musykil2,tp xkesah la sbb sedap jugak style kering tu sebijik mcm yg jual kat supa2 d jepun ni.

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

* 1 biji buah labu sederhana besar
* 1 kerek manisan @ 1/2 ketul gula melaka
* 5 senduk kecil gula pasir
* 2-3 helai daun pandan
* kapur makan
* 2-3 sudu teh garam

Cara-cara

1. potong buah labu kepada ketulan-ketulan kecil...lumurkan dengan kapur makan...kemudian ketepikan selama sejam...ini untuk memastikan labu tidak hancur apabila dimasak nanti...
2. basuh labu bersih-bersih dan susunkan dalam periuk...masukkan manisan,gula pasir, garam dan daun pandan...ini gambar manisan (beli di Kelantan, sebungkus ada 10 kerek = RM10)...
3. renjiskan sedikit air...kemudian jerang labu atas api sederhana selama 30 minit dengan periuk dibiarkan sedikit tertutup...
4. agak-agak labu telah lembut,bolehlah diangkat...sedap dihidangkan sejuk :P

2009年6月9日火曜日

CERITA KEMARIN....





bukan jln kaki yer,jln2 naik bas..hahahaha!!!
3jam p'jlnn dr KAGAWA ke HIROSHIMA...b'tolak dr kagawa pkl 8.30pg sampai hiroshima pukul 11.30pg.....lepak2 sekejap kat dpn SOGO sambil minum & mkn sandwich...jln2 ambik gmbr menuju ke Atomic Bomb Dome...dan Museum,tempat tu sgt luas oiiii...mengamok sakan aniq sbb letih & panas...xtau brp kali beli air dan sempat lg mkn ais krim...sebg upah sbb b'jln jauh..hihihiiiii!!!!

dah selesai kat museum dlm pkl 2...sbg kenangan beli la keychain...terus terjah Hondori St.(t'ingt amysensei bgtau tpt utk shooping,nmpk ade Saizeriya...baru rasa lega lps mkn pizza & spegeti...dpt la duk tpt sejuk kejap drpd duk jln kat luar...entah kali ke brp aniq mengamok letih!!!
singgah beli brg kat kedai 315(xpasti pulak nama kedai tu..semua brg djual dgn harga 315yen(harus m'beli disitu).

pkl 3.30 dah t'congok kat dpn sogo...xtahu nak terjah kat mna dah sbb geram dgn aniq...dia xnk kemana2 dah...pusing2 dlm sogo sekejap sementara naik bas pukul 5.30ptg...pkl 8.30mlm dah selamat tiba d Kagawa...

sekian ceriti cerita yg b'laku di hari isnin.

2009年6月7日日曜日

ROTI JALA


Smlm buat kari ayam,pagi ni awal2 pg lg...dlm pkl 7 dah(xder awal mna pun,kat sini dah panas mcm pkl 11pg!!) start m'jala la pulak,sbb 2,3ari dah aniq duk suruh aku buat roti jala...nk buat benda ni kena time mood baik punyer kl x mmg xsabar dah abihkan 2 adunan..hohohoho!!!2 adunan tau aku buat...hihihihi!!

oklah ni resepinyer...c&p dr MyR,tq tulip

Bahan-bahan ( 4 org )

* 2 cawan tepung gandum
* 2 cawan air
* 5 sb susu tepung(xletak sbb air tu aku letak separuh sukatan air&separuh sukatan susu segar)
* 1 biji telur
* beberapa titik pewarna kuning
* 1 st garam

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
3. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.

COLEK IKAN


resepi ambk dr blog CMG..resepi asal dr zaliana MyResepi..COLEK TENGGIRI,tp aku guna ikan biasa jer,kl guna tenggiri lg sedap ni...timakasih utk zaliana & c.mat...

ku C&p dr blog Mat Gebu:


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan ikan tenggiri
1/3 cawan air masak
2 camca besar gula (mat guna 1 camca besar jee)
2 camca teh garam (mat guna 1 camca teh lebih sikit)
5 biji cili padi (mat guna 10 biji),
2 - 3 biji limau nipis, ambil jusnya
1 inci belacan, dibakar sedikit
1 biji tomato, didadu
1 biji bawang besar, didadu
Sedikit daun ketumbar, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan tenggiri dibersihkan, lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak. Susun dalam pinggan sesuai.
2. Tumbuk cili, gula garam dan belacan hingga hancur. Campur dengan semua bahan2 lain dan gaul rata. Tuang atas ikan tadi dan hidangkan segera bersama nasi hangat....ishh sedapp nihhh!!!

2009年6月5日金曜日

BLACK PEPPER BEEF


asalnyer duk berangan nk masak daging tempra...sbb t'tarik dgn kepelikkan nama masakan tu..tp tiba2 jer time duk jamu mata dgn resepi CMG,t'liur pulak dgn masakan ni....lain kali lah buat daging tempra tu.

ni c&p dr blog CMG,

Bahan-Bahannya:-
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus*
1 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
1 batang saleri, didadu
2 biji kentang, didadu dan goreng hingga empuk
1 biji cili merah, potong serong
1 biji bawang besar, potong berbaji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, dihiris halus
6 kuntum cendawan shitake segar, dipotong kecil
5 camca besar sos lada hitam "LIFE"
1 camca besar kicap cair
1 camca besar sos ikan (nampla)
1 camca teh minyak bijan
Sedikit gula

Cara membuatnya:-

1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tambah dengan minyak bijan dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan daging dan kacau goreng hingga daging kecut. Tambah sos lada hitam dan sedikit air. Biar mendidih.
2. Masukkan cendawan, saleri, bawang besar, cili dan kentang. Kacau hingga rata dan biar mereneh sebentar. Tuang kica cair dan sos ikan. Masak hingga daging lembut.
3. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Rasa tahap masinannya dan jika ok, boleh diangkat dan hidang bersama nasi hangat...

***ader jugak 2,3bhn yg xder kat dapur ku...t'paksa ku abaikan,tp ttp sedap jugak!!!

2009年6月4日木曜日

LAUK ARINI...



N3 ni xder resepi sbb menu u/tayang...sesaje nk letak,hihiiii!!

ni lauk lunch td...tp dh pukul 4 pun,kiranyer skali dgn dinner la tu..

ku masak ikan masam manis(kesukaan budak 2 org tu)
paprik ayam+segala sayur2an yg pedas berapi(utk aku)
lbhn kari kepala ikan smlm(ini menu feveret en.hb)

KARIPAP


rasanyer dh prnh letak resepi karipap ni...dr fp k.Rinnchan,mudah nk buat sbb guna cwn jer utk sukat tepung..kebetulan penimbang kesygnku abis bateri!!!kacau daun sungguh..sibbaik ader resepi sukat dgn cwn...utk inti ku guna keledek + kentang,malas nk kluarkan ayam/daging dlm freezer.hehehe!!!

KARIPAP INTI KENTANG & AYAM
Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
secubit garam
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, marjerin, minyak dan garam. Gaul dengan
hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
2. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli
sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.

Inti ubi kentang & ayam
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan beberapa kuntum bunga lawang, buah
pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan daun kari. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam, kacau dan masukkan ubi kentang yg telah dipotong kecil dan nipis.
Tambah sedikit air untuk cepat melembutkan ubi kentang.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga masak.

2009年6月3日水曜日

KARI KEPALA IKAN


kali ni cilok dr Mesra.net(sumber;Majalah Jelita)

Bahan-Bahan:
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dihiris halus
1 camca teh halba campur(ku xder benda ni)
3 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari
4 camca besar serbuk rempah ikan, dibancuh bersama 4 camca besar air
2 ekor kepala ikan merah(ku guna ikan tenggiri)
3 cawan pati santan
Sedikit garam
½ cawan air asam jawa(ni pun xder..ganti dgn asam keping)
5 biji bendi
2 biji tomato, dibelah dua
3 biji cili merah dan hijau
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan halba campur, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari. Masukkan serbuk rempah kari dan masak hingga kering. Masukkan kepala ikan, santan dan garam. Masak hingga mendidih. Masukkan air asam jawa, bendi, tomato, cili hijau. Kacau seketika, angkat dan hidangkan panas-panas.

ROTI NAIK



sedap,lembut,lemak/manis....tu yg boleh dgambrkan tentang roti ni...jom,pakat buat roti ni..resepi ambk dr umah CMG..

roti ni ku dah ubah jd roti sosej..kwang,kwang,kwang!!!dan 2 bijik roti bulat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)(ku xde pun benda ni)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)

**bhn2 lain ikut sebijk cik mat punyer!!!

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu...kalau nak tumbuk juga, koo tumbuk tembok simen yeaa!!..hahaha..Ucapan terima kasih pada kak pah JB......dia ni sifu oooo..jgn memain, kita terharu ni kak pah sudi bagi tips...kembang idung ceQ!!!!

2009年6月2日火曜日

JALAN2 HUJUNG MINGGU SAMBIL TGK BUNGA ROS!!






Gambar dah basi tp nk jugak letak kat sini...aktvt hujung mggu,selain cuci mata & cuci poket(padahl beli brg dapor jer)kami jln2 kat sunport..dah xtau nk g mne dahh..sbb xjauh dgn umah.

2009年6月1日月曜日

HATI GORENG BEREMPAH


masak lauk ni utk lunch arini,resepi tgk kat MyR...tq terataiungu!!

Bahan-bahan ( 3 orang )

* 250g hati lembu dipotong nipis
* *1/2 st serbuk ketumbar
* *1/2 st serbuk jintan manis
* *1/2 st serbuk jintan putih
* *1/4 st serbuk blackpepper
* *1/4 st serbuk kunyit
* 1 cm halia diketuk
* 2 ulas bawang putih diketuk
* cili padi di ketuk

Cara-cara

1. Hati lembu di bersihkn dan dilumur dengan bahan serbuk bertanda *. perasakn dengan garam. ketepikn selama 1/2 jam.
2. Panaskan 1 senduk minyak dan tumis halia dan bawang putih sehingga garing. masukkan hati. goreng hingga masak.
3. Masukkan bawang merah dan cili padi. goreng lagi untuk 2 minit.
4. Sedia untuk di hidang.