nama jer ayam kg..tp aku guna ayam bandar...mana aku nak jumpa ayam kg kat jepun ni..resepi aku ambk dr blog cheiza..harap tuan punya resepi halal yer aku tempek resepinyer kat sini...senang aku nak rujuk kalu nak buat lain kali...resepi asal guna daun kunyit tp sbb aku x der daun kunyit aku ganti jer dgn daun limau.
Bahan-bahan
* 1 ekor ayam kampung
* 3sb lada boh
* *15 biji cili padi
* *3-4 biji bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1 inci halia
* *1 inci kunyit
* *1/ inci halia
* *2 batang serai.
* 2-3 helai daun kunyit
* 2 sb kerisik
* 3/4 cwn santan pekat
* Garam n gula
Cara-cara
1. Potong ayam kecil dan basuh....
2. Kisar bahan bertanda*
3. Masukkan ayam yg siap di basuh dlm kuali... Tuang bahan kisar kata atas ayam dgn lada boh..... Masak dgn api perlahan.... letaklah sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Masak hingga dgg ayam agak empuk..... Boleh letak sikit air lagi kalau agak2 kering....
5. Masukkan santan pekat n kerisik.... Masak lagi hingga ayam betul2 empuk.. lambat sikitlah ayam kg kan.... letak garam n gula sikit... leh letak msg kalau suka.....
6. masukkan daun kunyit yg telah dihiris halus terlebih dahulu.....
0 件のコメント:
コメントを投稿